1 May, Jumaat : Oslo
__________________________________________________________
Alhamdulillah ada sehari lagi di Oslo. Pagi ni memang tak plan ke mana mana. Pakat berilek rilek kat rumah, masak masak, makan dan mendobi dulu.
Sarapan pagi dengan bihun goreng, cereal dan fillet burger yang dibuat oleh kakak untuk adiknya. Lepas tu sambung lepak sampai waktu makan tengahari.
Crayfish yang kami beli tempohari, wife buat masak kari dan goreng. Rasa dia memang padu, segar dan sedap.





Lepas selesai lunch dan semuanya beres, barulah kami gerak ke bandar Oslo. Ikutkan, rumah yang kami pilih ni agak jauh sikit dari bandar, hampir setengah jam perjalanan. Tapi tak kisahlah.. yang penting cantik, selesa, tenang dan harga berpatutan.
Cuaca pun sangat cantik dan terang benderang hari ni. Jom jalan jalan.
 |
| View area parking |
 |
| Rumah ni ada 3 tingkat. Paling atas tu rasanya loteng. Kami di tingkat bawah, masuk ikut tangga tepi rumah |
 |
| Gerak dulu.. laluan area rumah kat sini cantik betul |
 |
| Menuju Oslo Vigeland Park |
Dari Baerum ke Vigelandparken, kami melalui Sjolyst Marina yang penuh dengan bot dan kapal layar yang tersusun kemas. Cantik mata memandang.

 |
| Udah nyampei park |
Vigeland Park ni memang unik. Penuh dengan patung takde baju. Di Europe semua ni dikira sebagai karya seni bukannya bermaksud lucah. Seni mat saleh memang lain macam😂
Kami banyak berlegar legar di bahagian taman bunganya yang sememangnya cantik. Luas betul kawasan ni.
Habis dah senaman kaki di Vigerlandsparken ni, next kami naik ke Ekebergparken, sekitar 20 menit perjalanan. Tujuan utama nak tengok panorama Oslo dari viewpoint sana.
 |
| Tulip di tepi jalan |
 |
| OTW |
Dah sampai tu, nak cari parking pulak mencabar betul. Intai punya intai dapatle jugak. Bayaran guna wise atau debit card thru apps Easypark.
Akhirnya dapatlah tengok view bandar ni dari tempat tinggi.
 |
| Bangunan MUNCH dari jauh |
Habis di Ekeberg seterusnya misi cari ayam. Fillet dan crayfish dah ada tinggal ayam je belum. Sebenarnya kedai ni dekat aje, cuma sebab Ekeberg ni kawasan berbukit kena pusing sikitlah.
Kami ke NOR Kjott, parking pulak di depan Tasty Thai Gronland. Tak pasti boleh lama ke tak parking sini, jadi pokcik tunggu dalam kereta je sementara anak isteri pokcik membeli.
Area ni banyak restoran HALAL termasuk HALAL meat yang lain. Harga makanan di restoran pun mahal pulak kami tengok.
Dalam kedai ni macam macam ada. Kambing, lembu, ayam, sosej dan lain lain. Depa beli ayam dan daging kisar aje. Jadi le..
 |
| Velkommen til NOR Kjott |
Memandangkan kedai ni tak sampai 10 minit je dari Opera House dan hari pun masih cerah, kami singgah sekali lagi ke area sini. Nampaknya family pokcik seronok nak lepak sini lagi.
 |
| Tram lalu sekali dengan kereta di jalan raya |
 |
| Jalan pun tak busy langsung.. setahu aku Jumaat office tutup awal |
 |
| Terlebih seni ni kalau sampai macam ni punya bengkok |
 |
| Cafe tepi Opera House😁.. roti, air panas & kudap2, ni pun bukan main sedap dah rasa |
 |
| Ada tarian pulak petang ni tiba2, tua muda semua ada |
Petang dah makin lewat baru kami gerak balik rumah. Untuk dinner malam ni apa lagi, ayam goreng lah maklumlah stok ayam tengah menimbun 😁 Tambah pulak menu nasi impit dengan kuah kacang, bertambah kenyang le.
 |
| Ayam celup tepung & ayam goreng |
Dengan ini maka tamatlah Day 3. Esok sambung lagi pengembaraan kami di bumi Norway ini.