Showing posts with label Jeju. Show all posts
Showing posts with label Jeju. Show all posts

Saturday, January 19, 2019

Korea Trip : Seoul Day 6 ~ Selamat Tinggal Korea

21 April 2018

Pagi ni flight dari Airport Gimpo ke Jeju pukul 11.45 pagi. Tak larat rasanya nak naik train, jadi sampai masa terus aku cari teksi depan Sultan Kebab dan lepastu dia datang ambik aku kat apartment ni. Tambang teksi tak lah mahal mana kalau berempat macam lebih kurang dengan harga naik train plus dah tentu lebih selesa.

Sampai Airport Gimpo macam biasa buat apa yang patut. Sebelum tu aku pergi claim re-fund T-Money semua orang yang masih berbaki kat kedai CU. 

 Kedai CU Airport Gimpo

                                         
Semua lancar termasuk flight berikutnya iaitu Jeju - KL pukul 2.50 petang. Alhamdulillah. Flight sampai di KLIA 2 dalam pukul 7.50 malam. Segera ke ERL dan turun di Station Salak Tinggi semula. Ambil kereta kat level 2. 



Sebab dah malam dan sangat letih rasa nak drive balik rumah jadi aku check in hotel. Sebelum tu ke medan selera berhampiran untuk makan malam dulu. Sedap pulak rasa makan siakap 3 rasa kat sini, maklumlah dah seminggu tak makan macam ni haha. Tak sangka area Salak Tinggi ni makanan dia best dan murah. 

Selesai makan terus ke City View Hotel Kota Warisan. RM150 semalam. Esok paginya bertolaklah ke Permatang Pauh menghantar Nabila sebelum pulang ke Manjung. 

Sampai berjumpa lagi. Babai Korea.

Korea Trip Sepintas Lalu

Trip Korea sememangnya menyeronokkan. Maklumlah sebelum ni tengok Korea dalam drama aje. Aku kekadang ada jugak tengok drama Korea dengan depa. Tukang cari drama semestinyalah Nabila. Tak nafikan best jugak drama drama depa ni.

Bagi aku orang Korea ni memang disiplin dan sistematiklah. Orang-orangnya pun kelihatan kemas, kacak dan lawa, sampai anak-anak aku bagitau depa terasa diri hodoh bila tengok orang Korea kat dalam train... hahhahaha. Attractionnya pun bersih-bersih belaka. Kemudahan pun bagus dan serba lengkap. 

Jeju pulak bagi aku memang terbaiklah. Ada lagi cita-cita nak datang Jeju sekali lagi sebab rasa macam tak berapa puas berkereta kat pulau ni. Masih banyak attraction yang belum sempat pergi. Lagipun tambang ke Jeju ni tak lah mahal sangat. Kalau ada peluang apa salahnya... InsyaAllah.

Saturday, May 5, 2018

Korea Trip - Seoul : Day 1

16 April 2018

Jeju Airport - Gimpo Airport - White Gold Itaewon - Yeouido Park - Itaewon Mosque


Pagi-pagi lagi sekitar jam 7.00 pagi kami sudah bersedia untuk ke Jeju Airport  memandangkan flight 8.45 pagi. Urusan lebih mudah sebab hotel ni ada service pengangkutan ke airport secara percuma. 

Sampai airport segera aku mencari kaunter T'ways Air ini. Urusan luggage mudah aje sebab setiap orang boleh bawak sampai 15kg, jadi total untuk kami sekeluarga adalah 60kg. Masuk lambat sikit pun tak ada masalah sebab departure gatenya dekatnya alahai kalau dibandingkan dengan KLIA 2. Boarding flight pun 15 minit sebelum flight take off. Memang sempoi sungguh depa ni.

Penerbangan ke Seoul cuma mengambil masa 1 jam 10 minit sahaja... tak sempat nak terlelap pun. Sampai aje Gimpo Airport, terus keluar tanpa banyak masalah check luggage. Segera aku ke kedai CU untuk membeli T-Money. Untuk permulaan aku beli sebanyak 20,000 won setiap orang. Tak risau terlebih ke apa sebab boleh re-fund semula. 

View Seoul dekat nak landing

Oleh kerana luggage kami taklah sebanyak mana maka aku ambik keputusan naik Metro aje untuk ke Itaewon. Routenya macam ni :

Ambil Seoul Metro dari  Gimpo Airport  Station  - Line 5  - ke  Gongdeok Station  - kemudian tukar ke  line 6  dan turun di Itaewon Station Exit 4

Mula-mula tercangak-cangak le... kena jalan jauh la sikit bila nak transfer line. Kot manapon train ni memang banyak berjalanlah.

Senang jumpa nampaknya White Gold Apartment ni sebab dalam booking.com sudah ada panduan yang cukup jelas. Rate untuk apartment ni 611,100won untuk 5 malam.

Cuma kalo nak bayar guna kredit kad dia mintak 10% extra charge. Tak kuasa aku nak cari cash, jadi aku mintak 5% aje  dan dia setuju. Total credit card aku kena charge RM2380 maknanya RM476 semalam.

Dekat dengan train, supermarket dan ada banyak makanan halal di sekitar.  Memang berbaloi-baloi.

Dapur selama 6 hari kat sini. Mesin basuh pun ada... kerap jugak basuh kain maklumlah bawak pakaian sikit je

 Laluan ke bilik...apartment ni ada 2 bilik. Depan pintu masuk terus jumpa dapur


Sebelum buat apa-apa aktiviti, eloklah makan dulu. Sejuk-sejuk ni memang jadi sedaplah makanan tu semua walaupun simpe-simple je. 

Itinerary aku untuk setengah hari yang berbaki ni ialah ke Yeouido Park dan setelah tu ke masjid Itaewon. Untuk ke park ni route dia macam ni : 

Ambik line 6 Itaewon Station - turun Station Gongdeok - ambik Line 5 ke  Station Yeouido 

Kena berjalan kaki sikitlah nak ke taman ni, tapi cuaca nyaman macam ni memang takde hal kalau berjalan jauh sikit.  Kami dapati walaupun  Cherry Blossom Festival sudah  berakhir minggu lepas masih ada lagi baki pokok cherry yang berbunga serta ada banyak bunga azalea yang berkembang mekar di taman ini. 

Dah namanya ke taman... maka gambar kat entry ni penuhlah gambar bunga-bungaan. Dah macam blog kebun bunga pulak jadinya.

Seronok jugak melepak-lepak di taman ini beberapa ketika.  

On the way nak ke park

 Yeouido Park


Azalea yang bermacam warna

Banyak basikal disediakan bagi yang nak menyewa

Cherry Blossom











Jenuh dah jamu mata di Yeoudo Park tadi, aku pun patah balik ke Itaewon untuk melawat masjid di Korea ni. Kena naik bukit sikit dari jalan besar kalau nak ke masjid ni.

Sambil-sambil berjalan tu, mata aku tengok sana sini akhirnya terjumpa sebuah kedai handphone. Apalagi teruslah  masuk. Dia ada package data internet untuk 1 minggu. Cantiklah. Harganya pun sangat berpatutan tapi aku dah lupa, maka tak perlulah aku nak ambik Pocket Wi- Fi ke apa. Lagipun apartment aku wi fi dia memang laju.

Lama pulak proses ni. Sementara orang tu nak masukkan data waktu pun dah nak Maghrib. Terus kami tinggalkan handphone dan ke Masjid Itaewon. Depan-depan tu jugak, dekat je.

Masjid 3 tingkat ni agak luas. Perempuan kat tingkat atas, tapi cara masuk untuk kawasan perempuan ni kena naik tangga dari dalam bangunan. Walaupun 3 tingkat tapi wife aku kata macam 4,5  tingkat rasa tinggi dia... haha tinggi habis. Confirm lah sejuk waktu ni.....tahap gigil ni bila berwuduk😁. 

Tak nampak pulak muka orang Korea kat dalam masjid ni. Semua orang asing. Terjumpa seorang budak Melayu kat depan tangga masjid. Company hantar sini katanya. Dia cakap dia dah seminggu hari-hari  berulang alik dari Myeongdong ke Itaeawon ni cari makanan halal. Kat Myeongdong tak berapa best katanya. Alamak kuatnya kau dik panjat bukit hari-hari nak ke sini.

Cantik masjid ni waktu malam. Menurut keterangan, masjid ini dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi

Masa baru sampai... lepak sat depan masjid tunggu Maghrib

Tempat solat lelaki... gambar ni dari atas tempat wanita  

Turun dari masjid, data internet pun dah siap. Nampak pulak kedai daging kat depan kedai tu handphone ni... tadi tak perasan pun. Apalagi, terus masuk dalam dan beli sekilo ayam dan setengah kilo kambing. Kalau matching ayam dan kambing ni dengan paste rendang segera serta paste kari yang dibawak, confirm terangkat punya.

Habis kedai ni sambung beli barang runcit pulak serba sikit dekat-dekat ni jugak. Lorong yang sama aje. Sambil jalan tu sambil perhati kedai mana la nak singgah beli makanan ni... banyak pulak pilihannya adeh. 


Potong kambing ke bang... elok-elok ye, kasi kecik lagi sikit

Tetiba adala sorang mamat ni dok panggil masuk kedai dia. Mula-mula buat tak tahu aje jalan terus... lepastu wife aku patah balik sebab terperasan menu yang dia letak atas jalan tu macam ada nasik la apa la. Terus masuk dan order burger serta nasi putih lauk ayam goreng. 

Susah nak jumpa kebab yang sedap kat oversea, tapi kat Itaewon ni tak sangka ada kebab dan burger yang sedap. Ayam goreng dia pun lazat. Walaupun ownernya ala-ala Arab, aku agak dia dah adjust ikut taste Asia. 

Susunan dan hiasan dalam kedai dia yang comel... sorang-sorang aje dia masak dan layan apa semua 

Internet dah ada. Jadi bab cari jalan short cut ni serah aje kat wife aku, ni memang kepakaran dia. Dekat sikit nak ke apartment bila ikut jalan pintas. Sekejap dah sampai... maklumlah kebetulan turun bukit pulak tu hahaha...

Dah nak sampai dekat bilik dah, ehhh pegi intai pulak menu kat kedai Sultan Kebab ni... nak standby untuk esok letew... nanges pokcik

Selesai makan malam... Alhamdulillah... boleh dah tidur lena

Ini masa untuk berehat dan memulihkan tenaga. Esok nak ke Pulau Nami.

Wednesday, May 2, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 2 ~ Part 2


15 April 2018

Jusangjeolli Cliff - Cheonjeyeon Waterfall - Mount Sanbangsan

~ Jusangjeolli Cliff ~

Selesai mengunjungi Oedolgae perjalanan diteruskan menuju attraction berikutnya iaitu Jusangjeolli Cliff. Bayaran masuk ke tempat ini adalah 2000 won untuk dewasa. Di sini ada jumpa beberapa orang Melayu. 

Menarik sungguh view tempat ni. Bila diteliti, aku dapati batu-batu gunung berapi ini kelihatan seolah-olah ukiran manusia yang  membentuk permukaan bongkah kuboid. 

Batu-batu berbentuk bongkah kuboid ni memang menarik hati


Bagi yang ingin pergi lebih dekat dan menyentuh batu-batu tersebut ada aje package menaiki bot untuk tujuan tersebut

Batuan di sebelah kiri

Kat entrance


View sebelum sampai Jusangjeolli tadi

Seketika menghabiskan masa melihat view tempat ini, perjalanan disambung menuju Cheonjeyeon Waterfall pula. 

~ Cheonjeyeon Waterfall ~

Mencari tempat ini agak mengambil masa sebab phone number untuk GPS yang aku dapat dari internet tu tak berapa betul, maka kenalah bertanya sedikit tempat ni baru jumpa. Nasib baik jumpa satu kedai yang staff dia faham English, terus dia bagi panduan. Alhamdulillah. Gitulah pentingnya "English Edukesyen" bak kata Usop Wilcha dalam movie Hantu Kak Limah.😁

Kawasan pintu masuk

Turun tangga sikit jumpalah air terjun yang pertama

Kemas laluan dia

Air terjun yang kedua


Macamanapun bagi aku waterfall ni taklah dahsyat sangat. Biasa aje walaupun ada beberapa tingkat. Kalau nak skip tempat ni pun takdelah rugi mana.

~ Mount Sanbangsan ~

Dah makin petang ni. Perjalanan disambung lagi menuju ke Mount Sanbangsan. Bukan nak panjat gunung, tapi nak jamu mata dengan canola. 

Entry ke ladang yang paling hampir dengan gunung ni 1000 won sorang, kena bayar kat Ahjussi yang sedia menanti sebaik aje keluar dari kereta. Enjoy nampaknya anak isteri aku dalam ladang ni, maklumlah cuaca tak  sejuk berbanding ladang canola semalam. Ditambah dengan matahari yang masih bersinar terang dan background Mount Sanbangsan menjadikan suasana cukup menarik.

Pelancong pun ramai kat sini. Tak putus putus mari. Kena mengelak sikit time nak ambik gambar. Tak lawa pulak gambar bunga ni nanti kalau penuh orang.

Tepi laut sana ada attraction Yeongmeori Coast... aku tak cadang pon nak pegi. Dah jenuh tengok batu dan laut rasanya hari ni.



Selesai ladang canola ni aku bergerak menuju ke AJ car rental untuk memulangkan kereta memandangkan hari sudah semakin lewat. Aku mengambil laluan highway ke sana.  Skip next attraction iaitu Mysterious Road sebab aku bimbang sampai lewat sangat.

River of Canola.......On the way balik jumpa lagi ladang canola dan limau tepi jalan ni. Macam lawa la pulak...wife aku turun kejap ambik gambar

Sampai di AJ car rental terus pulangkan kereta. Rupanya system di sini, tak boleh call teksi, kena naik shuttle ke airport dan cari teksi di sana. Aku pasti yang kedudukan Hill View Hotel ni memang dekat dari sini, tapi dah regulation ikut ajelah. 

Solat jamak pun kami buat di depan opis AJ ni aje, sebab aku rasa memang tak sempat nak sampai hotel sebelum maghrib.

Sampai di airport dah malam dan ada kesukaran baru iaitu  kena beratur panjang dalam kesejukan untuk mendapatkan teksi. 

Tambang teksi ke hotel ni dalam 6000 won sahaja. Tak mahal, sebab kedudukan dia tak jauh mana.



Hotel yang simple. Harga bilik ni RM225 semalam. Tak ada katil sebaliknya tidur atas tilam futon yang disediakan. Macam sebelum ni heating system bawah lantai digunakan. 

Lepas check in, merayau-rayau kejap kat kawasan ni. Meriah nampaknya suasana malam depa. Sikit sujuk la. 

Makan malam cuma panaskan menu nasik dan asam pedas yang asalnya plan untuk lunch tadi. Kenyang pulak seharian rasa makan bihun sarapan. 

Esok pepagi dah nak ke Seoul.

Tuesday, May 1, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 2 ~ Part 1

15 April 2018

Seongsan llchulbong - Seopjikoji - Oedolgae

Sedia maklum yang Jeju ni memang banyak tarikannya. Jadi aku pilih mana-mana attraction yang dikira sesuai dan matching dengan route. Konsepnya biar sederhana jumlah attraction tapi enjoy. 

Menu makan pagi hari ini bihun goreng sementara bekal makanan tengahari asam pedas dan sambal tumis telur.

~Seongsan llchulbong~

Pagi-pagi lagi dalam pukul 5 lebih kami sudah ke kaki gunung ini. Kalau betul-betul berhajat nak tengok matahari terbit di puncak kena lagi awal dari ni... tapi tak kuase le teman. Bersemangat nampaknya ahli keluarga aku. Waktu spring ni Subuh pukul 4.37 pagi.

Mendaki tempat ni mengambil masa setengah jam campur berehat sikit-sikit. Turun biasala kejap aje... menikmati view tu yang jadi lama.

View tempat ni memang cantik malah ia telah diregister sebagai tapak Warisan UNESCO. Puncak yang terhasil dari letusan gunung berapi kira-kira 100,000 tahun dahulu ini kelihatan hebat.

Kalau ke Jeju tempat ni kira A must go.




Platform di puncak... bolehlah lepak lepak tengok sunrise kat sini sambil minum minum 

Permukaan kawah gunung berapi dari puncak



Nice view

Sini tempat show lady divers



Selesai tempat ni kami ke apartment semula, makan pagi, berkemas dan check out. Peramah betul tuan punya apartment ni. Tolong angkat beg dan ambil gambar lagi. Setakat ni mana-mana hotel yang kami pernah stay, tidak pernah jumpa owner seramah  dan sebaik ini layanannya. Good job Ahjuma.👍👍👍

Depan Apartment

Menu sepanjang hari

~ Seopjikoji ~

Next kami berkereta menuju ke Seopjikoji. Dekat je dari Seongsan tadi, lebih kurang 15 minit perjalanan. Laluan pesisiran laut menghala ke Seopjikoji ni memang cantik dan menarik. Cuaca pun baik.



  Boleh tahan jugak suasana kat sini


Seafood grill pun ada

Tak lama pun kat sini, terus menuju ke Oeldogae. On the way  keluar tu, singgah sekejap lookout ni. Nun di kejauhan kelihatan Seongsan Ilchulbong... indah sungguh.




~ Oedolgae ~

Laluan nak ke Oedolgae ni pun menarik macam tadi. Kiri kanan kelihatan meriah dengan bunga-bungaan dan pokok limau. Kena memandu berhati-hati sebab speed limitnya sentiasa berubah-ubah dan ada banyak speed trap. Max 70km / hr.

Suasana musim bunga yang ceria

Untung laa.....tanam limau tepi rumah pun buah kemain lebat



Sampai di Oedolgae. Lagi sekali sini pun cantik dan best jugak. Ada taman di sebelah kiri dan kanan kawasan batu berdiri ni. Tak rugilah datang tempat ni ditambah tiupan angin yang nyaman. 

Masuk free. Parking je kena bayar sama macam di Seopjikoji tadi. 


Laluan nak ke taman


Lalang hijau yang berombak cantik bila ditiup angin


Limau kecik ni manis dan boleh makan dengan kulit sekali. Jualan dia style takde orang tunggu. Letak harga dan bakul duit... pepandaila nak bayar. Kalau tempat kita jual macam ni alamat limau cerah licin dan bakul duit kosonglah jawabnya.....😁


Habis tempat ni kami ke next attraction iaitu Jusangjeolli Cliff.