Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Sydney : Day 4

Catatan 30 November 2013

Cuaca pagi ni sungguh baik sekali. Terang benderang. Disebabkan kerja-kerja renovation di Malaysian Hall, jadi tiada makanan untuk pagi ini.

Aku tanya kat sorang staf mana nak pegi makan, dia bagitau biasanya orang pegi makan kat Taste of Thai di alamat 16, Belmore Road Randwick. Oleh kerana awal lagi maka restoran tu belum bukak, jadi aku beli roti je dulu kat kedai berhampiran dan cadang nak beli lunch kat sini nanti.

Tidak membuang masa kamipun menuju ke kedai idaman kaum wanita iaitu World Kitchen di alamat O'riordan Street, St Alexandria. Kedai peralatan dapur ni memang terkenal dengan jenama Corelle dan Pyrex.

 World Kitchen


Harga pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan dapur kat sini memang jauh lebih murah dari Malaysia. Sejam lebih kami menghabiskan masa kat sini,  dan dapatlah beli serba sedikit  pinggan mangkuk serta peralatan dapur.


Ishhhh sapa pulak pinjam kete aku ni tak bagitau 

Habis tempat ni kami terus ke Restoran Taste of Thai. Restoran ni termasuk senarai restoran yang menjual makanan yang disahkan halal.

Untuk lunch kami dua jenis nasi goreng (tak ingat nama dia) dan mee goreng bungkus sebab cadang nak makan kat Bondi Beach nanti. Tak buang masa terus jalan..




Rupanya Bondi Beach ni dekat je dengan restoran ni. Sekejap dah sampai. Cantik tempat ni. Pantai pun bersih, langit membiru dan angin bertiup segar.

Memang sedap nasi goreng dan mee yang kami beli bungkus tadi. Dengan suasana yang menarik begini rasa lagi best laa makan kat sini.

  







Banyak .......sampai tak terhabis.


Habis Bondi Beach atas permintaan kanak-kanak kami ke tempat jual game pulak di Supa Centa. Anak aku ni tak boleh tahan dia kalau datang oversea mesti dia teringat nak beli game murah kat sini. Memang lebih murah pun berbanding beli kat Malaysia. Layankan aje.


seronok nampak...

Kemudian ada permintaan tambahan dari ibu kanak-kanak pulak nak ke World Kitchen sekali lagi. Nak tambah lagi 1 set katanya. Layankan aje...lagipun pinggan Corell tadi, aku pun rasa berkenan jugak tengok designnya. So pergilah ke tempat yang sama sekali lagi.

Oleh kerana kena pulangkan kereta 6.30 petang jadi ada sedikit masa lagi dan kami pun menuju ke Paddy's Market.

Sebab simpangnya dekat-dekat, walaupun ada GPS entah macam mana aku tersalah masuk lorong sampai melintas Anzac Bridge. Masa nak pusing balik tu terjumpa pula pasar barangan terpakai Rozelle Market. Turun kejap kat sini kot ada apa apa yang menarik......tapi tak adelah nampaknya.

 




Anzac Bridge 

Reset semula GPS dan cari balik Paddy's Market. Jumpa akhirnya, tapi susah nak dapat parking pulak. Pusing punya pusing akhirnya jumpa satu petak kosong. Lega. Akhirnya dapat jugak kami ke tempat yang famous dikalangan pelancong ini.

Sini pun ada Petaling Street




Masa yang tinggal agak terhad, jadi kami segera ke kedai souvenir di sini. Ownernya Cina Malaysia. Tak cukup tu ada sorang Pak Arab boleh cakap Melayu kat kedai ni.....lucu aku dengar Pak Arab ni cakap Melayu.....hehehheh. Maka kamipun belilah souvenir apa yang patut untuk dibawa pulang.

On the way ke airport singgah sekejap kat sebuah taman berhampiran dan menghabiskan baki makanan yang masih tinggal, maklumlah flight 9.30 malam, lambat baru nak boleh order makanan dalam Air Asia nanti.



Sampai airport lepas pulangkan kereta kami terus ke kaunter check in. Seperti dijangka mesti kena adjust lagi sekali hand carry kami maklumlah sudah tambah pinggan mangkuk dan beberapa souvenir lagi. Kali ni mamat India yang jaga kat lugage tu kerek habis. Sampai kena adjust dua kali baru settle. Sama macam mula datang dulu, walaupun aku yakin memang total tak sampai 28kg pun.

Lepas pun agaknya sebab masa kami dok adjust beg tu, aku tengok mamat india tadi bukan main gedik lagi bergurau-senda dengan sekumpulan penumpang perempuan bangsa India. Agaknya sebab syok lebih......dia pun bagi kami lepas ......begitulah kuatnya kuasa "kuch kuch hota hai".......hahhahaha.
  
9.30 malam flight pun berlepas ke Malaysia. Dengan ini berakhirlah percutian kami untuk tahun 2013. Makanan kali ni rendang ayam dan nasi putih. Tak sedap pun.....lapar punya pasal.......balun.

Kami tiba di LCCT pukul 4.30 pagi. Lepas makan kat Marry Brown (mee kari dia memang wowww), terus call adik aku Aziz datang pick up kami.

Segala puji bagi Mu ya Allah yang telah memberikan kami keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik ini.

Sydney : Day 3

Catatan 29 November 2013


Tiba di Sydney dari Christchurch sekali lagi melepasi kastam tanpa sebarang pemeriksaan luggage. Alhamdulillah.

Keluar aje aku terus ke kaunter Budget Car Hire untuk selesaikan booking kereta aku. Kali ini dikenakan bayaran AUD 112 untuk dua hari penggunaan. Kereta yang diberi lebih kurang sama aje, tapi harganya lebih rendah dari sebelum ini (masa datang dulu AUD 164). Entah dia kira macam mana aku pun tak tau.

Dapat aje kereta, lepas load semua barang kami terus menuju ke Blue Mountain. Bagi yang ke New Zealand dulu, kemudian baru ke Sydney  mesti tau perbezaan yang ketara dari segi view sepanjang perjalanan ini.

Nampaknya view New Zealand jauh lebih indah dari ini sehingga menjadikan view ini terasa biasa-biasa je. Apapun dah ada masa dan peluang jangan dilepaskan.

 


Beberapa jam perjalanan yang tidak berapa lancar akibat kesesakan, akhirnya kami tiba di Katoomba dan seterusnya ke Echo Point. Tak ada rezeki kami kali ini, suasana agak gelap dan berkabus, langsung tak nampak 3 Sister yang dikatakan famous tu.

Echo Point. Blue Mountain la sangattt.......ini aje yang nampak



Dapat la tengok gunung dalam 10 saat. Sebelum tempoh berharga ini merasa jugaklah tengok fenomena luarbiasa di mana kabus tebal di sekeliling gunung terangkat perlahan-lahan bagaikan tirai yang tersingkap. Subhanallah. 

Habis tempoh 10 saat tu, kabus datang semula kali ini lebih tebal lagi sampai tak nampak apa-apa. Tak cukup tu hujan lebat pulak datang. Habis semua orang lari masuk dalam kedai souvenir. Yang balik pun ada.

Dalam keadaan macam ni, idea nak ke Scenic World pun kena cancel.

Mujurlah kami dah puas dengan view di New Zealand, jadi taklah terasa apa-apa sangat. Kalaulah kami memang datang khas untuk ke Sydney sahaja mau tergolek-golek kecewa dibuatnya......heheheheh



On the way balik....dekat Katoomba

Lewat petang kami tiba di Malaysian Hall sekali lagi. Terus masuk ke bilik. Kali ini kami diberikan bilik nombor 22. Malaysian Hall ni tengah dalam proses nak buat renovation rupanya, jadi suasana agak kelam kabut sikit.

Oleh kerana sudah pukul 6 lebih, makanan pun dah ready. Apa lagi terus order kat Mr Sam (mujurlah masih ada makanan lebih kalau tak, nangis.....). Menu malam ni kari salmon dan daging masak hitam serta sayur. Memang sungguh lazat, apa lagi balun cukup-cukup.

Friday, December 6, 2013

Sydney : Day 2

Catatan 20 November 2013

Lega rasanya dapat berehat semalaman di Malaysian Hall ni. Selepas mandi manda dan berkemas seluruh ahli keluarga kini telah bersiap sedia untuk berjalan-jalan sekitar Sydney. 

Yelah....walaupun Sydney ni sekadar transit untuk ke New Zealand, takkan nak lepaskan peluang melawat kota yang agak terkenal ni.

Sarapan....kurang sedap berbanding semalam, aku order untuk 3 orang pagi ni

Destinasi pertama untuk hari ni Opera House. Kata pujangga, kalau datang Sydney tu kira tak sah kalau tak melawat Opera House ni. Lagipun kat dalam TV kalau tunjuk Sydney mesti ada gambar Opera House termasuklah dalam cerita "Finding Nemo" yang box office tu.   


Sydney Harbour Bridge dari Opera House


Kenangan bersamamu di Opera House & Sydney Harbour Bridge

Kami tak lama kat sini sebab aktiviti utama orang kat sini adalah mengambil gambar yang tak begitu mengambil banyak masa......kecualilah memang nak menonton teater atau nak makan minum kat sini......mana mungkin tonton teater mat saleh, sedangkan teater Melayu pun tak tengok.



Habis kat Opera House kami ke destinasi seterusnya iaitu Manly Beach yang kira-kira 45 minit perjalanan.

Walaupun traffic light kat Sydney ni sekali sekala agak confuse dan sukar untuk difahami  tapi aku tetap jugak suka nak berkereta sebab bagi aku keselesaannya jauh lebih baik dari naik pengangkutan awam, mana nak tarik tangan anak lagi, nak angkut beg, nak survey route, masa menunggu dan lain-lain.


Terjumpa pelabuhan ni...apa nama entah aku pun tak tau...boleh nampak Sydney Harbour Bridge dari sini

 Melintasi Sydney Harbour Bridge
  
Kami dapati Manly Beach ni memang cantik  dengan laut dan langit yang kebiruan, pantai putih bersih dan tiupan angin dingin.





On the balik dari Manly Beach ternampak pulak view yang cantik ni

Macam terlebih, nampak sangat lapar hahahaa....maklumlah sejak lepas sarapan tadi asyik pulun buah buah je

Lepas puas melepak di Manly Beach masih ada sedikit masa lagi sebelum flight ke Christchurch New Zealand iaitu pukul 7.45pm. Kami ke tempat semalam (bahagian hujung tanjung bertentangan dengan Opera House). Menikmati  suasana di siang hari pulak.

Tempat ni memang favourite pelancong yang suka mengambil gambar Opera House dari jauh. Santai-santai sekejap di sini sebelum ke Airport.




  Kolam di sebelah laut...untuk latihan renang agaknya

Dah cukup masa kami pun bertolak ke Sydney Airport untuk ke destinasi seterusnya iaitu Christchurch New Zealand. Jam 7.45 malam waktu Australia pesawat Jet Star pun berlepas ke destinasi utama kami ini dan perjalanan mengambil masa 3 jam.