Wednesday, October 23, 2024

Vietnam Trip Day 1

10 September

Pagi pagi lagi kami checkout dari hotel. Jangan dok buat lawak dengan Air Asia, ada yang terkandas di enterance gate walaupun hanya lambat beberapa minit.

Terus menuju ke ERL station Salak Tinggi. Fuh berpeluh aku dengan Haikal mencari parking. Dapat pun level atas sekali. Tak berlengah terus ambil ERL menuju ke KLIA 2.


Proses menimbang luggage ni pun ambik masa. Berbanding petugas Air Asia mesin ni lagilah straight, terlebih sikit pun kena reject. Aku ambik 40kg untuk sekeluarga. 


Auto gate check passport 


Melangkah masuk ke pesawat ni satu perasaan terpaling lega selamat dari sebarang kelewatan. Bukan apa aku dah pernah kena sekali dulu nyaris terlepas. Dah ler kat negara orang. Suspen oo satu family lari kejar flight. 


Aku tengok ada menu baru kat Air Asia ni. Yelah dah lama tak naik AA. Last dulu masa pergi Korea 2018. 

Menu dalam flight kali ini kami order Nasi Bukhara, Pak Nasir's Plant Based Nasi Lemak, 2 set  omelette dan 1 set sandwich. Semuanya sedap belaka. Maklumlah semua orang pun tak sempat bersarapan tadi maka bertambah sedaplah jadinya.



Cheese Stuffed Omelette ni masa flight balik nak order lagi sekali dah takde la pulak

Alhamdulillah selamat mendarat di Cam Ranh International Airport. Flight ambil masa dalam 2 jam 15 minit macam tu. Aku perasan ada satu je group Melayu dalam flight ni.

Cam Ranh International Airport 

Untuk Airport Transfer ke Nha Trang aku tempah sesiap dari booking.com. Harga dia RM60 lebih. Sampai aje luar airport driver dah sedia menunggu dengan papan nama. 

Perjalanan ke apartment tak sampai sejam. Dan kebanyakannya melalui laluan pesisiran pantai.


Nice view dari airport menuju ke Nha Trang

Untuk penginapan selama 3 malam di Nha Trang aku tempah Gold Beach Nha Trang One Bedroom Apartment. Bilik ni terletak di  tingkat 27. Ratenya RM112 semalam. View pun superb. Memang bestlah.


Ni dia bilik kami di Nha Trang


Lengkap dengan dapur dan washing machine. Sabun basuh kain pun ada sekali

Paling disukai di apartment ni view dari kedua tingkap cermin besar ni lah. Di hall dan di dalam bilik. Puas hati betul dapat tengok pemandangan laut direct sebab takde bangunan lain kat depan ni. 




Another nice view from hall.



Menu lewat petang. Dapogo rendang ayam dan daging kicap. Dua menu ni agak sedap dan cukup rasa

Sedikit roti dan biskut 

Sebelah malam turun bawah jalan jalan tengok tengok apa yang patut selain nak jengah taman tepi laut yang nampak cantik dari atas bilik ni.


Suasana tepi jalan. Sebelah kiri tu taman tepi laut

Jalan depan lagi sampai ke Vincom Plaza. Takdelah besar sangat supermarket ni tapi serba ada. Harga barang sini lebih kurang Malaysia. Sini aku guna cash. Nak guna kad pun boleh tapi kena charge 3%.



Dapatlah beli serba sikit bekalan tambahan untuk 2, 3 hari ni macam minuman segera, telur, susu, gula dan lain lain barang lagi. 

Depa jumpa jagung dalam paket. Balik tinggal tambah susu pekat dan sedikit garam untuk dibuat jagung cup. Butter depa ganti dengan minyak canola. Lembut sedap aje jagungnya.



Habis membeli terus ke Waterfront seberang jalan. 





Lawa taman ni malam malam. Meriah dengan lampu lampi. Orang pun ramai tengah bersiar siar.








Jenuh dah merayau rayau kat taman ni. Udah udah ler tu. 

Nampaknya jalan raya kawasan ni memang sentiasa sibuk tak kira jam. Apapun tak sukar kalau nak melintas jalan. Ok aje sebab budaya sini style tak bawak laju sangat.

Tuesday, October 15, 2024

Vietnam Trip 2024

9 September

Alhamdulillah selamat kami sekeluarga bercuti di Vietnam. 

Pergi luar negara terutama negara Asia yang dekat dekat ni kalau dapat tempat sejuk kira bonuslah. Nampaknya salah satu tempat sejuk di Vietnam adalah Dalat. Satu lagi Sapa.

Selain Dalat dan Sapa, Vietnam  ni ada banyak kawasan pelancongan seperti Phu Quoc, Mui Ne, Danang, Hanoi, Ho Chi Minh, Halong Bay, Nha Trang, dan lain lain.

Aku tengok ramai orang pergi Dalat melalui Ho Chin Minh. Tapi aku tak berapa berkenan sebab kena naik bas pulak banyak jam ke Dalat. Walaupun ada Sleeper Bus yang selesa katenya, aku dok cari cari option lain. 

Belek belek terjumpa flight ke Cam Ranh Airport yang merupakan airport terdekat dengan  Nha Trang. Manakala Nha Trang pula hanya 2 jam lebih je ke Dalat. Tempat ini popular dengan Theme Park yang hebat iaitu VinWonders Vinpearl. Jugak terkenal dengan aktiviti snorkeling dan island hopping selain pantainya yang cantik. 

Aku tengok flight Air Asia ke Cam Ranh berbanding Ho Chi Minh jimat 1K untuk kami empat orang. Bak kata mat saleh who want to give😆 

Tentang persediaan makanan Nabila order pek segera Dapogo dan Brahims. Sedia maklum kat Dalat ada lima enam buah restoran Muslim. Nha Trang pun ada jugak satu dua tak berapa pasti. 

Jadi kami buat kombinasi sepanjang di Dalat masak di apartment dan sesekali makan di restoran. Di Nha Trang cuma panaskan pek segera.

Awal sehari dari tarikh penerbangan kami pun bertolak dari Kuantan ke Salak Tinggi. Flight pukul 10 esok pagi jadi kami check in dulu di Alanis Core & Soho. 

Makan makan kat area berhampiran sebelum check in. Ni menu Nabila

Bercahaya indah poolnya

Best tempatnya view dan harga pun cantik. Cuma bilik airnya bahaya sikit bila malam risau nak buka lampu takut orang nampak sebab tinted glass tu bukan boleh percaya sangat. Nanti jadi macam yang viral di Cameron tu. Walaupun jarak antara bangunan terdekat pun sangat jauh. Kena hati hati juga.

Sunday, October 13, 2024

Kerteh

3 & 4 Jun

Nampaknya family aku ni nak ke Terengganu lagi. Tapi area yang dekat dekat jelah. Cuti  pun sekejap. Kalau anak anak ada cuti banyak hari bolehlah lajak atas sikit. Kunjungan ke Terengganu selama ini tak pernahnya ada itinerary, main hantam aje.

Rajin wife aku ni, siap masak bekal lagi nak mai piknik sini. Haha. Aku sebagai bapa dan suami mithali follow je. Lagipun duduk belakang tak payah drive. Semua depa.

Dalam 11 pagi macam tu gerak dari rumah. Dah tengahari sampailah kami semua ke Pantai Teluk Kalong ni. Terus buka meja kerusi.

Ayuh anak anak kita berkelah  dulu.


Makan nasi menu sambal ikan sembilang, lagi lagi tepi laut macam ni memang awesome. Padu. Ikan sembilang ni kalau buat kari pun sama sedap jugak. 

Tapi tak kira sedap macammana pun, bagi Haikal yang kurang berkenan dengan nasi ni dia sanggup singgah beli mee rojak dan makanan lain. Sampai hati dia tak pandang menu favourite kami bertiga ni. Haha.


Dah habis lunch lajak ke Pantai Penunjuk Kijal pulak. Sampai sini wajiblah terus ke jeti nelayan hujung sana. Suka depa view tempat ni.


Aku dah tak ingat apa lagi aktiviti yang dibuat selepas solat zohor tu, yang aku tahu tup tup makan pulak lagi kat tepi pantai ni. Dengan angin yang sepoi sepoi memang santailah. 



Dah dekat nak malam baru nak cari hotel. Ada beberapa bilik yang Nabila call. Dapatlah OYO hotel, tepi jalan besar. Bangunan 2 tingkat. Family room RM100.

Bilik selesa tapi malangnya tak kalis bunyi. Bila tengah malam aku dengar suara baby menangis. Lama jugak. Siap ada dialog lagi yang suami dia asyik kejutkan wife dia suruh tengokkan baby. Kering hati betul wife dia ni tak mahu bangun, tak kesian ke kat baby tu. Lama kot nangis.  

Depa ni selamat aje tidur, musykil  aku. Sekali aku bagitau wife aku terus diketuknya dinding bilik sebelah tu. Dinding tu pun rupanya bukan batu. Hahhh lega lepastu elok je senyap dah. 

Esoknya lepas check out terus pergi makan di Restoran dekat Kuala Kertih ni. Belum tengahari tapi menu dah penuh. Bagus. Popular gaya kedai ni.


Lepastu pergi rilek rilek jamu mata dekat sungai dan laut cantik Kuala Kertih ni. Jalan kaki sampai hujung tanjung, port orang mancing ni. 





Next depa ajak ke Menderu Waterfall. Tak jauh katanya jadi jom lah. Sebelum tu singgah solat di satu surau berdekatan. Sampai aje air terjun tu semua orang terkejut. Nahhh hai parking jem. Banyaknya kereta. Walaupun takde parking, depa ni turun jugak pergi tengok suasana air terjun alang alang dah sampai.

Sekali lagi terkejut tengok ramainya orang kat sini. Air pun cetek. Huhuhu. 


Jadi patah balik dan menuju ke Kuantan. Terus ke Santai di Kuala Kemasik. On the way tu singgah pantai di sebelahnya kejap.


Jom kita makan celup celup tepung dulu bersama ABC. Rangupp aje.


Tempat ni nama Kemaman Waterfront.


Dekat nak sampai Kuantan depa singgah Pantai Balok pulak. Saja nak tengok suasana pantai yang baru habis Pesta Layang Layang katanya.  

Luas sungguh pantai ni. Haikal pun dah beberapa kali buat family day kat sini dengan kelas dia. Selesa dan lapang. Memang sesuailah.




Usai Pantai Balok terus balik rumah.