Dunedin - Peninsula Otago - Larnach Castle
Peninsula Otago Road
Pagi yang tetap ceria di Dunedin walaupun cuaca agak mendung dan berangin. Destinasi hari ini semestinya Peninsula Otago Road yang diletakkan sebagai main attraction di Dunedin ni.
Selepas menikmati spaghetti goreng, kami terus check out dari motel yang best ni. Sebelum memasuki Peninsula Otago Road kami terlebih dahulu menyusuri bahagian persisiran pantai sebelah kiri sehingga ke Saint Leonard sebelum berpatah balik.
Isi minyak kasi penuh lagi
Laluan ni bersetentangan dengan Peninsula Otago Road di seberang sana
Unik........laluan keretapi di kiri kanannya ada laut
Selesai laluan ini, kami singgah sebentar di Train Station Dunedin yang katanya bersejarah. Nun di seberang sana terlihat pulak Cadbury Chocolate Factory tapi tak masuk pun.
Nampak segar suasana di train station ni. Yelah kan mestilah segar dalam sejuk-sejuk dan berangin ni....hehehhee.
Dunedin Train Station
Habis kat sini kamipun mula menyusuri Peninsula Otago Road. Pemandangan tetap nampak menarik sekalipun dalam cuaca seperti ini. Kami membayangkan yang view ini tentu jauh lebih cantik jika cuaca terang seperti di Milford Sound semalam.
Kalau aku ada magic macam Merlin......mesti aku dah buang kabus ni......barulah cantik
Laluannya agak berbukit dan jalan kadang-kadang sempit, tapi masih ada beberapa lookout yang boleh berhenti untuk menikmati pemandangan. Kami pergi sampai ke hujungnya iaitu di Harrington Point, Royal Albatross Colony.
Sejuknya kawasan ini ditambah dengan tiupan angin laut yang kencang. Menerokai kawasan ni memang mengambil masa yang agak lama sebab laluannya yang berliku-liku.
Sombong la depa ni...gigih wife aku intai nak dapatkan gambar dari dekat...kalau nampak mesti habis lari punya
Laluan persisiran pantai
Next kami singgah pula di Larnach Castle yang berada di laluan yang sama. Inilah satu-satunya Castle yang wujud di New Zealand ini. Bayaran masuk ke tamannya saja NZD32 untuk 4 orang. Kalau masuk dalam Castle kena tambah lagi.
Cantik tamannya tapi tak boleh nak berlama-lamaan sebab cuaca semakin dingin aku rasakan terutama bila kena tiup angin . Dah peringkat terketar-ketar ni.....
Berikutnya kami terus ke Dunedin Holiday Park untuk check in. Rupanya aku menempah apa yang dinamakan Tourist Flat. Biliknya simple dan kecik sikit dari semalam.
Tak de apa nak komplen, dapur lengkap, katil selesa, cuma rasa tak best sebab kat biliknya banyak betul kata-kata peringatan dan notis. Yelah.....rasa macam disiplin lebih, udah macam kat asrama masa teman kecik-kecik dulu.....itu yang teman tak berapa gemor.....hehehhe.
Sesapa yang terbaca blog aku ni, kalau kat Dunedin, aku lebih rekomen stay kat Beach Lodge Motel yang kami tidur semalam berbanding Holiday Park ni.
Lepas makan kami sekeluarga tertidur agak lama. Maklumlah, agak letih dan sejuk-sejuk macam ni mata asyik nak tertutup aje. Macam ada gam melekat kat pelupuk mata tu.
Beras yang sedap kat sini jenis yang gambar di atas. Jenis lain kurang sikit dari segi rasa.
Lewat petang baru terjaga...kami pun keluar sekejap pusing pusing bandar Dunedin dan masuk ke Supermarket Countdown. Sebelum balik ke bilik singgah kejap di St Kilda Beach...nampak gelap le pulak.
Menu malam ni kari salmon yang kami beli kat Countdown tadi. Rasanya tetap sedap cuma kurang sedikit dari salmon yang dibeli di High Country Salmon Farm tempohari. Agaknya datang dari ladang yang sama cuma sudah tersimpan beberapa hari.