Friday, October 9, 2026

Scandinavia Scenic Journey - Day 7

5 Mei, Selasa : Bergen → Vossvangen → Tvinderfossen → Gudvangen → Stegastein → Flam

_________________________________

Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan menuju ke Flåm. Istimewa hari ini sebelum bertolak, tetiba ada salji lebat turun. Best betul, bukan senang nak dapat tengok snowfall padahal dah dekat benar dengan summer. 



Nasi goreng pagi ni 

Jarak perjalanan untuk hari ini tak sampai 200km. Saja plan itinerary setiap hari supaya tidak terlalu jauh terutama area yang popular dengan keindahan alam semulajadi Norway macam fjord, gunung, air terjun, lembah, sungai dan sebagainya. Sayang pulak rasa kalau jalan aje tanpa enjoy view.

Elok habis je snow langit terus gloomy

Kawasan perumahan pun dah cantik



Singgah mall kejap nak masuk farmasi kat dalam ni.. hujan dah start rintik gayanya

Ada sorang customer Africa dalam farmasi sangatlah ramah layan 2 beradik ni, cakap pun punya lemah lembut. Patutlah ramai yang berkenan kat geng ni, ayat power😁


Kejap je hujan, dah kembali cerah

Singgah toilet kot masa ni

Depan sikit nampak pondok dan sungai depa ajak singgah sat


Macam pucuk paku je ni.. buat kerabu satgi baru tau

Di pondok kecil.. di pantai ombak


Sambung jalan


Ehh hujan semula

Haa cerah balik

 Seimsvatnet Viewpoint


Bus stop 



Tiba di Vossvangen



Monumen sebelah Tasik Vangsvatnet






Lepas sikit dari pekan Voss tadi, singgah kejap tepi sungai. Norway memang spesel, gerak sikit je jumpak lagi view cantik.









Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Voss, kami tiba di Tvindefossen. Salah satu air terjun terkenal di Norway. Sama macam Steindalfossen itu hari lokasinya sebelah jalan utama aje jadi rugilah kalau tak singgah.

View dari parking

Seronok tengok suasana air terjun yang cantik dalam kawasan lapang dan cerah benderang macam ni. Ditambah pulak dengan aliran sungai yang mengalir di kiri kanan tak jauh di bawahnya.




Balik dulu. Tepi jalan dekat parking sana ada kedai souvenir dan toilet berbayar. Setakat ni semua toilet free kecuali yang ni 1 je mungkin ini tanah Ahmad Albab yang punya

Lebih kurang setengah jam kemudian, sampai di Oppheimsvatnet. Berhenti kejap nak tengok tasik yang cantik ni sambil makan bekalan yang dibawa. Makan dengan view macam ni memang lain macam nikmatnya.

Oppheimsvatnet.. masa berhenti ni tak perasan pulak ni bus stop, belasah ajelah

Selain tortila wrap ada nasi putih bersama tomyam dan ayam masak merah


Teruskan perjalanan hingga sampai ke sungai yang cetek, luas dan airnya jernih ni. Cantik pulak suasana keliling. Moh ler kite bergambo sikit.


Air terjun turun dari celahan gunung

 


Laluan hari ni memang menarik. Sepanjang jalan dapat tengok lembah, sungai, tasik dan gunung yang tinggi di kiri kanan jalan. Memang mantap lah.


Lampu warna warni di Gudvanga Tunnel sepanjang 11.4km 


Tiba di Flam dan kami terus ke tepian Aurlandsfjord di kawasan Aurland dan sungai ni. Sini jugak terletaknya Flamsbana iaitu keretapi pelancongan yang popular di Flam. Train ni akan gerak menuju ke gunung tinggi atas sana melalui kawasan yang cantik termasuk air terjun dan terowong. Katanya laluan ni jugak paling curam di dunia. 
 
Sungai Flam atau bahasa Norway Flamselvi 

 Sungai ni mengalir dari gunung dan turun ke Aurlandsfjord

Cruise dah tunggu tu jom ler kita tengok.. tengok ajelah bukan kene bayo😁


Flam Beach



Habis tempat ni kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Lunde Camping, Aurland. Jaraknya dalam 10km dari sini.

Menyusuri Aurlandsfjord 


Lokasi penginapan kami ni cukup istimewa kerana terletak betul2 depan sungai yang jernih dan cantik dengan gunung ganang menghijau mengelilinginya. 



Hidup ni macamtu lah, kita tak boleh dapat semua.. dah ada sungai best depan mata macam ni tak dapat nak mandi pulak, ate mane membuatnye belum celup kaki pun udah ketor

Kemas dan cantik

Macam asrama 

Rumah semi D satu bilik ni serba comel, dapur pun kat sudut tu je


Selesai check in dan letak barang, kami tak buang masa lama2 terus menuju ke Stegastein Viewpoint. Perjalanan ke sana sejauh 9.5km dari penginapan, sekali lagi menyajikan view yang sangat hebat. Makin tinggi mendaki, makin luas lah pemandangan yang dapat dilihat. 

Agak seriau jugak sekali sekala rasa bila makin tinggi, lagi2 bila ada laluan yang takde divider.





Stegastien Viewpoint ialah platform unik yang terletak di atas Aurlandsfjord, Norway. Tingginya 650 meter dari fjord, dengan pemandangan luas gunung, fjord dan lembah di sekitar. Terkenal sebagai  spot pemandangan cantik Flam-Aurland

Sampai dah.. tinggi betul sampai snow pun masih banyak atas ni

 Stegastien Viewpoint




Hujung ni sempit aje tak boleh muat ramai orang. Masa kami sampai ada 1 couple ni, tak lama lepas tu ada lagi 1 couple baru sampai




Jom ler balik, jangan sampai bergelap atas gunung ni, nanges kita nanti

OTW balik tu singgah sini kejap. View kat sini rendah sikitlah dari tadi.

Aurlandsvangen Viewpoint



Di sebelah kiri viewpoint ni ada kambing 3 beranak

Setengah jam perjalanan kami pun sampai ke tempat penginapan semula. Campsite macam ni biasa air panas kena jimat sikitlah kalau tak, orang ujung2 mandi nanti gigil ler.

Malam ni spesel sikit ada nasi putih kari ekor dan crayfish goreng.. kentang goreng telur bawang pun ada sekali. Sedap aih, ada pulak kopi o bersama coklat panas uiii

Alhamdulillah untuk hari ke 7 ini berakhir dengan kenangan yang indah dan perjalanan yang penuh dengan suasana alam Norway yang sukar digambarkan dengan kata2.