Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

FSO lagi...

hah dah nampak

tu..dia, dia mai dah

hooray... chopper dah sampai boleh balik




Main Deck FSO Ratu Songkhla

Isnin lepas aku pergi offshore lagi untuk condensate lifting yang pertama kali. Setelah sekian lama dok cerita dalam pelbagai meeting pasal hal ni, akhirnya masa yang ditunggu pun sampai jua akhirnya.

Macam biasa tidur dulu dekat Hotel Reinassance Kota Bharu. Malang bagi aku, bermimpi jumpa hantu kat bilik 1715 yang aku tinggal tu. Sepanjang malam aku berjuang dalam mimpi dengan hantu tu sampai akhirnya aku cabar dia tunjuk muka dia kalau dia berani, barulah selesai, lega..

Pagi-pagi dah berangkat ke FSO, nasib baik kali ni cuaca agak elok berbanding bulan lepas. Maka bekerjalah aku di sini untuk proses lifting tersebut. Penat sungguh. Apa yang di rancang tak menjadi kenyataan. Pumping condensete dari FSO ke kapal tangki sepatutnya 16 jam, sudah jadi 30 jam sebab pam yang bermasalah. Akibatnya tamat pumping sekitar 11.30 malam. Macamanapun, makan memang tip-top, macam hotel 5 bintang.

Ekoran dari itu terpaksalah aku bekerja 24 jam, tak tidur sampai pukul 11 pagi esoknya. Letih, mengantuk.....dan macam-macam rasa ada. Yang paling suspen masa dokumen-dokumen nak dipindahkan dari FSO ke kapal tangki tu, hanya menggunakan beg kecil yang diikat pada tali dan di tarik melintasi laut. Bayangkan kalau dokumen tu semua jatuh dalam laut, alangkah sia-sianya penat lelah menyediakan dokumen tu semua.

Alhamdulillah mas...(ada indon yang kerja kat kapal ni)semuanya selamat dan lifting crew semua berangkat pulang pada hari jumaat dengan chopper 12.00 pm. Sampai masa aku menulis catatan inipun masih ada lagi sisa-sisa mengantuk dan letih akibat tidak cukup rehat dan tidur tu.

Friday, March 5, 2010

FSO Ratu Songkhla


ni lah area FSO (Floating Storage Office) dan LQ yang aku pergi tu

Kali ni aku ke FSO- Ratu Songkha lagi untuk pre-SAT activities. Dulu dah pernah pegi tapi singgah sekejap saja. Aku kat laut ni 3 hari 2 malam.

Tidur semalam kat KB dulu sebelum naik heli ke FSO. Makan malam aku kat kedai mamak. Ingat tak perlu makan nasik jadi aku order bihun goreng. Nak makan yang ringan kononnya, betul-betul punya ringan la sebab pinggan kecik aje mamak tu kasi. Tengah malam barulah rasa lapar. Lastnya pukul 2 pagi aku masak maggi kat dalam bilik tu.

FSO ni lagi selesa dari LQ dulu sebab biliknya luas. Makanan boleh tahan, tapi lagi sedapla kat LQ. TV room dia memang best, macam tengok wayang aje. Apapun aku tetap rasa cam nak balik jugak.

bilik atas FSO


suasana di main deck

Bandar Kota Bharu dari 'rina' yang berkali kali disebut driver teksi, mula tu aku ingat pompuan mana rupanya shotform renaissance

bahagian main deck

winch and bollard

helideck

hose nilah yang di sambung dengan tanker ship masa nak condensate lifting, kat sinilah aku nampak ikan ikan yang cantik 

Kat sini yang bestnya boleh tengok macam macam ikan yang cantik dan pelik pelik. Cantik sungguh ikan ikan di tengah laut ni, macam macam warna ada. Tak pernah aku tengok ikan secantik tu.

Monday, November 23, 2009

Ke Offshore Lagi

Ahad. Hari yang sepatutnya santai dan penuh sejahtera ni aku terpaksa berada di sini dan terpaksa pula bekerja dalam suasana yang sungguh bosan ini. Datang sini malam sabtu. Bukan penting sangat nak datang sini sekadar nak meramaikan 1st gas punya aktiviti. Membazir masa, wang dan usaha.
Mungkin company aku kerja sekarang ni kaya sangat kot sampai langsung takde cost control. Suka suka hantar orang ke offshore yang belanjanya sangat tinggi. Rugi- rugi.

Tak sabar rasanya aku nak nanti hari Rabu, untk balik ke darat semula.

Wednesday, November 11, 2009

1st Time Offshore

Lanjutan dari kena pegi Bosset Training hari tu....maka sampailah masa aku kena pergi ke Offshore. Lepas peluk cium dan babai dengan tersayang sekelian, aku bertolak isnin 12.00 pm ke KL central. Dari situ aku amik ERL terus ke KLIA. Tambangnya RM35, so lain kali kalau nak pergi KLIA, cara termudah pakai ERL ni. Mewah, senyap dan laju. Sampai KLIA terus ke kaunter MAS dan amik tiket. Terlebih awal la pulak. Flight 3.30 baru jalan. Cuak jugak aku naik flight kecik aje ke Kota Bharu.

Sampai terus aku check in kat hotel Golden terminal. Kecik aje bilik.....just nice. Tapi bengang jugak aku pasal airport taxi mintak RM15 sedangkan hotel tu seberang jalan aje (walaupun boleh claim tapi sakit hati). Lepas check in, terus aku makan "nasi ayam paling tak sedap di dunia" kat kedai sebelah hotel tu. Tidur semalam.......tapi jangan tak percaya hotel ni ada HBO dan AXN.

Esoknya pukul 2pm bertolak dengan helicopter ke MDLQ. Heran pulak, naik kapalterbang rasa gayat sikit, tapi helikopter tak rasa apa apa pun. Sampai sana terus di beri taklimat dan makan petang.

MDLQ ni memang lengkap dan agak mewah. Malam boleh tengok TV screen besar, main snooker atau ping pong dan bebas buat apa apa tak ada sapa nak control. Patutlah budak budak muda suka datang offshore ni........tak de boss yang monitor. Yang kureng sikit pasal aku dapat katil atas, jenuh nak memanjat tu.....maklumlah dah lama tinggalkan "asrama putera SMCKK".

Masa aku menulis cerita ni aku sedang berada di atas kapal FSO nun di tengah lautan luas. Letih jugak aktiviti hari ni, tapi aku puas hati sebab semua kerja aku dah selesai dan esok aku boleh balik. Tadi buat inspection serata kapal dari atas dek sampai ke engine room. Sesak napas laa jugak......Lagi satu masa naik ke FSO tadi, crane operator yang angkat aku menggunakan lifting net tu kasar betullah. Sakit hati aku.

Satu hal yang nyata kat offshore ni, makan mewah betul......sampai tak terhabis. Macam makan kat hotel, boleh ambil ikut suka.

Processing Platform

  Platform waktu malam

Tingginya katil aku kena panjat

Atas Bourbon Liberty