Monday, May 23, 2011

Cinema Cinema Cinema : Pirates of the Caribbean On Stranger Tides

Malam Sabtu baru ni aku sekeluarga pergi menonton cerita Pirates of Caribbean on Stranger Tides. Mana lagi, kat Sitiawan la tayangan 9.30 malam. Eloklah tu, lepas isyak terus jalan. Kali ni Haikal ler orang paling excited nak tengok cerita ni. Awal- awal lagi dia suruh aku booking online dan 4,5 bulan sebelum ni lagi dia dah siap siap ingat cerita ni akan ditayangkan pada bulan May.


Dalam pada tu ada jugak la benda spoil masa nak pergi. Aku sebenarnya dah siap-siap nak beli roti kat kedai Fasa 3C. Bukan apa takut lapar kat dalam panggung ni sebab tayangannya sampai dekat 3 jam. Malangnya Haikal pulak sakit perut.....tak boleh tahan. Terpaksalah bagi dia pegi toilet kat kedai tu dulu. Masa makin suntuk, dah 9.15 masa tu. Lama lepastu baru dia keluar.....terus ler menuju Sitiawan. Sekali dia sakit perut lagi.....ala ala emergency. Seram aku takut berterabur kat dalam kereta ni.

Aku agak nasib dia ni sama macam aku, kalau teringin sangat sesuatu...mulalah ada halangan menimpa. Terpaksalah aku singgah Petronas pulak bagi dia melepaskan hajat. Macamanapun jadi jugak masuk panggung....walaupun lewat sikit dan cerita dah start. 

Cerita ni memang best. Penuh adventure, suasana baru dan pemandangan yang indah. Memang puas hati betullah tengok. Balik rumah pun ada lagi ulasan depa pasal cerita ni. Paling best scene pasal ikan duyung tu.....memang nampak luarbiasa teknologi dan idea depa ni. Nampak gaya lepas ni sure depa mintak nak tengok Harry Potter dan Transformer pulak. Nangis pokcik.

Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Ke Teluk Medan Perak

Cukup bulan hari tu ada cuti 3 hari (bersambung dengan cuti 1 May hari buruh). Pergi melawat emak mertua aku di Bagan Serai sana. Mak mertua aku ni dah 14 tahun lebih dah tinggal kat pondok ni semenjak arwah pak mertua aku meninggal dulu. Biasanya time budak budak sekolah aje mak mertua aku stay kat sini. Tapi kalau rasa nak balik bila bila masa pun boleh. 

Macam-macam idea sebenarnya bila datang area sini sebab pondok tu dekat aje dengan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau ikut hati rasanya macam nak masuk aje theme park ni. Walaupun dah banyak kali masuk sini, tak jemu jemu punya kalau dengan budak budak ni. Tapi aku tau aktiviti ni pasti amat meletihkan dan bila tiba hari nak kerja atau pergi sekolah mesti masing-masing letih terkapaq dan mulalah datang idea nak memonteng. Takpe nanti aku cari satu masa cuti yang sesuai untuk datang mandi manda kat theme park ni.

Sampai sini dah tengahari. Sebelum tu aku dah siap siap tapau mee rebus dari Segari untuk dimakan kat pondok nanti. Keluarga ipar aku pun ada sekali tapi depa sampai petang sikit.

Itik oh itik

Pulun nampak

Tok dan cucu cucunya
               
Paip gergasi kat tasik Bukit Merah

Belakang tu semua pondok tok tok...lepas check out, ramai ramai ikut pergi tempat parking untuk acara babai 
 
Sebelah petangnya bawak depa main game kat Bukit Merah. On the way singgah dulu kat pasar malam beli makan petang.  Yelah sambil sambil ambil angin tu, boleh la mengunyap. Dalam pada tu sempat jugak menjenguk apartment Suria kat Laketown ni. Nampak macam menarik aje kalau bersantai-santai kat sini. Kolam renang dia pun besar dan suasana cantik. Mesti budak berdua tu seronok abis kalau aku stay kat sini.
 
Esok pagi tu lepas sarapan laksami kuah (baru jumpak laksami melayu yang halal) yang sedap kat pondok, merayau ke pasar tani kejap. Balik tu terus packing barang dan jalan....