Cukup bulan hari tu ada cuti 3 hari (bersambung dengan cuti 1 May hari buruh). Pergi melawat emak mertua aku di Bagan Serai sana. Mak mertua aku ni dah 14 tahun lebih dah tinggal kat pondok ni semenjak arwah pak mertua aku meninggal dulu. Biasanya time budak budak sekolah aje mak mertua aku stay kat sini. Tapi kalau rasa nak balik bila bila masa pun boleh.
Macam-macam idea sebenarnya bila datang area sini sebab pondok tu dekat aje dengan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau ikut hati rasanya macam nak masuk aje theme park ni. Walaupun dah banyak kali masuk sini, tak jemu jemu punya kalau dengan budak budak ni. Tapi aku tau aktiviti ni pasti amat meletihkan dan bila tiba hari nak kerja atau pergi sekolah mesti masing-masing letih terkapaq dan mulalah datang idea nak memonteng. Takpe nanti aku cari satu masa cuti yang sesuai untuk datang mandi manda kat theme park ni.
Sampai sini dah tengahari. Sebelum tu aku dah siap siap tapau mee rebus dari Segari untuk dimakan kat pondok nanti. Keluarga ipar aku pun ada sekali tapi depa sampai petang sikit.
Itik oh itik
Pulun nampak
Tok dan cucu cucunya
Paip gergasi kat tasik Bukit Merah
Belakang tu semua pondok tok tok...lepas check out, ramai ramai ikut pergi tempat parking untuk acara babai
Sebelah petangnya bawak depa main game kat Bukit Merah. On the way singgah dulu kat pasar malam beli makan petang. Yelah sambil sambil ambil angin tu, boleh la mengunyap. Dalam pada tu sempat jugak menjenguk apartment Suria kat Laketown ni. Nampak macam menarik aje kalau bersantai-santai kat sini. Kolam renang dia pun besar dan suasana cantik. Mesti budak berdua tu seronok abis kalau aku stay kat sini.
Esok pagi tu lepas sarapan laksami kuah (baru jumpak laksami melayu yang halal) yang sedap kat pondok, merayau ke pasar tani kejap. Balik tu terus packing barang dan jalan....