Catatan 28 November 2014
Nyamannya suasana pagi di bilik 1009 Somkiet Buri Resort ini. Bangun pagi-pagi terus aku menjengah balkoni. Aku nampak dalam air tu macam ada ikan. Aku pun amik sisa-sisa roti dan campak sikit. Waaaa....bukan macam ada, memang ada ikan. Besar-besar pulak tu. Lagi laa best.
Mula-mula beberapa ekor lepas tu makin banyak....sudahnya jadi pesta bagi makan ikan. Nabila pulak bangun.....dia ni penggemar haiwan. Suka la tu. First time kami dapat merasa tinggal di hotel yang special macam ni.
Next agenda mestilah makan pagi. Menarik nampaknya tempat makan ni. Ala-ala tradisional. Mungkin owner tempat ni selalu terkenangkan kampung halamannya. Tu yang dia design resort dia macam ni. Makanan pun sedap-sedap belaka. Apalagi........balun cukup cukup.
Suasana kafeteria
Kuah masak lemaknya memang sedap.....rasa macam nak mintak resepi aje
Sedap sungguh salad ni
Merayau rayau sekitar resort ni memang best... sambil menyedut udara yang segar
Anak sungainya yang jernih
Mandi manda sebelum check out
Deevana Plaza Krabi
Lepas check out dari tempat ni kami menuju ke hotel berikutnya iaitu Deevana Plaza. Sekali lagi kami berangkut dengan motosikal. Walaupun bagi sesetengah orang check in, check out macam ni agak leceh, kami tak kisah sebab objektifnya adalah nak merasa suasana yang baru dan merasai pengalaman yang berbeza-beza. Lagipun bukan susah sangat pun.
Untuk high season macam sekarang harga yang kami dapat ni adalah yang terakhir kat sini menurut receptionistnya. Lepas ni harganya lebih mahal sebab hotel ni yang asalnya bernama Mercure Deevana Krabi telah di ambil alih dan secara automatik harga bilik-biliknya meningkat.
Welcome drink... sirap biru
Sayangku @ lobi
Lepas check in keluar makan dulu kat sebelah masjid ni. Sedap. Total RM55
Menu tambahan burger musti ada
Nice view
Ini betul-betul idea merapu... ada ke patut dia punya bidai tu letak kat luar. Kalau sesapa tengah mandi, ada orang tarik ke atas cemana... tak ke mengelabah biawak... hehehehhehe
Gembira nampaknya ahli-ahli keluarga aku kat hotel ni. Aku pun suka jugak. Ini kali pertama merasa bilik yang ada access swimming pool.
Family Access pool room ni memang best. Semua orang suka, maklumlah kolam renang dah ada depan mata. Tak de kerja lainlah kat sini...berendam sakanlah nampaknya.
Unik.....mana depa dapat idea buat sudu bengkok macam ni
Sebelah malamnya kami merayau-rayau di kedai-kedai dan pasar malam kat sini. Tengok-tengok apa yang patut.
Esok dah nak balik Malaysia jadi hari ini nikmatilah percutian di Krabi ini sepuas-puasnya.