Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, April 14, 2021

Selamat Hari Lahir Arif Haikal

14 April 2021

Selamat Hari lahir yang ke 20 ku ucapkan kepada anak lelaki kesayangan Arif Haikal. Dah besar anak ayah dan Umi. Terasa baru semalam mendukung anakku ini, alangkah cepatnya masa berlalu. 

Ya Allah, Engkau kurniakanlah sehabis habis banyak rahmat, kebaikan  dan kejayaan kepada anakku ini sehingga dia menjadi hambaMu yang benar-benar beriman, bertakwa dan berjaya dalam hidup dunia dan lebih penting lagi di akhirat.

Amin


Monday, January 21, 2019

Selamat Hari Lahir Nur Nabila 13 Dec 2018


Sanah HelwahSakinah Mawaddah Barakah Warahmah

Selamat hari lahir kepada Puteri Kesayangan Keluarga. Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan, kegembiraan dan kebahagian hidup kepada mu.

Sunday, March 8, 2015

Selamat Hari Lahir Sayangku

Selamat hari lahir ku ucapkan kepada isteriku yang tercinta. Semoga dilimpahi rahmat dan kebahagiaan yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan dan hidup yang sentiasa gembira. 

Ya Allah,
Engkau kurniakanlah sebaik-baik kebajikan dan sehabis-habis rahmatMu kepadanya. Aku kasih padanya, maka engkau kasihilah dia. Aku sayang dia, maka sayangilah dia. Aku meredhai dia, maka Engkau redhailah dia. 

Berikanlah dia SyurgaMu dan pertemukanlah kami di dalamnya nanti sebagai suami isteri sekali lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin 


Tuesday, August 26, 2014

Birthday Arif Haikal

Catatan 14 April 2014 - Edisi entri tertangguh

Besday Arif Haikal datang lagi. Alhamdulillah dah makin besar anak aku ni. Macam besday Nabila yang lepas, dia pun nak makan kat Medan Ikan Bakar Teluk Muroh, walaupun aku offer makan kan Restoran Dayang Teluk Batik Resort yang lebih 'class'. Kalau dah berkenan macam tu lah.

Semoga Allah mengurniakan keberkatan dan kehidupan yang bahagia, gembira kepada anakku ini. We all love you. 




Depa pilih kek aiskrim.


 Restoran ni kat hujung tanjung...suasana memang best

Birthday Nur Nabila

Catatan 13 December 2013 - Edisi entri tertangguh

Macam tahun tahun yang sudah besday Nabila ni kami sambut sederhana dan penuh kesyukuran. Memang sangat-sangat bersyukur sebab Allah telah mengurniakan kami sekuntum bunga sebagai penyeri rumahtangga kami ini.

Memang dah jadi kebiasaan kalau besday kami bagi pilihan kat depa nak makan apa dan makan kat mana. Akan tetapi dah banyak kali depa suka nak pilih Medan Ikan Bakar Teluk Muroh walaupun tempat ni memang dah selalu datang. Tetap jugak depa suka nak makan sini.

Menu favourite mestilah ikan jenahak sweet and sour, ketam masak sambal, sup kambing ( yang ni order kat restoran Dunia Sup Kambing - memang power sup ni ), sotong goreng tepung dan kailan ikan masin. Sedap sampai licin kami balun.

Semoga Allah memberkati dan mengurniakan kehidupan yang ceria, bahagia untuk anakku yang kini sudah berusia 15 tahun. Amin. 



Tuesday, April 16, 2013

Selamat Hari Lahir Arif Haikal

Ahad 14 April 2013

Ya Allah...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkanlah hati-hati mereka ...
Masukkanlah Nur HidayahMu ke dalam hati mereka...

Hari ni hari lahir anak aku yang ke 12. Maknanya dah 12 tahun anakku ini menjadi sinaran kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Ayah doakan anak lelaki kesayangan ayah ini sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Monday, December 24, 2012

Makan-makan Sempena Besday Nur Nabila




Sempena Birthday Nabila yang ke 14, kami pun makan-makan di sebuah restoran tepi masjid Lumut. Walaupun agak tersorok kedudukannya, tetap jugak ramai orang maklumlah makanannya agak sedap. Sebelum ke sini, pegi beli kek dulu kat Billion ke 2 yang baru bukak tu.

Thursday, December 13, 2012

Selamat Harilahir Nur Nabila

13 December 2012

Hari ini 13 December ulangtahun kelahiran anak perempuan kesayanganku yang ke 14. Dah makin besar anak ayah ni rupanya.

Ayah berdoa semoga puteri ayah ini sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan dianugerahkan kehidupan yang bahagia oleh Allah.

Birthday Girl
Nah ayah hadiahkan bunga Daisy ni khas untuk Nabila.

Monday, April 30, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Arif Haikal Yang Ke 11

Catatan Sabtu 14 April 2012

Tahun ni besday Haikal yang ke 11 kena sambut di Lorient lah nampaknya. Kalau tahun lepas sambut kat Pizza Hut Sitiawan, penuh dengan pelbagai makanan, tapi tahun ni makanannya simple aje. Apa apa yang halal yang ada kat MC D Lorient ni la. Kesian jugak aku kat dia. Takpe lah yang penting ada jugak sambutan.

Ayah, Ummi dan Kakak berdoa semoga Haikal akan membesar menjadi seorang yang  berjaya di dunia dan di akhirat dan berakhlak mulia..Amin. Kami sentiasa menyayangimu.


Birthday Boy bersama roti Perancis. Balik tu terus dia minta buat roti garlic. Dia suka, lagipun guna roti ni jadi lebih sedap rupanya. Makan pulak dengan sup vono yang dibawak hari tu.



Friday, January 13, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Nabila

Besday Nabila tahun ni jatuh pada hari Selasa 13 Dec. Dah 13 tahun dah. Macam baru aje aku mendukungnya atau menolaknya ke sana ke mari dengan kereta sorong. Sangat seronok mendukungnya dulu-dulu sebab badan dan pipi dia sangat tembam. Comelnya dia masa tu.

Kalau ada ramai orang sikit mula laa dia macam nak nangis sambil cakap "oyang yamai"......lepas tu pulak kalau dia merajuk kena pujuk dengan ayat macam ni "sayang ayah, baju merah, belang-belang putihhhhh..!" boleh pulak dia tambah perkataan lain sambil tunjuk kat butang dia "butang?". Kenalah ulang lagi sekali " sayang ayah, baju merah, belang-belang putihhhhh, butang hitammmmm". Hahhahhaha.

Masa aku menderita kerinduan selama 6 bulan kat Hamburg, Germany dulu, dialah penyanyi utama lagu "air pasang pagi" tiap-tiap hari tak pernah miss melalui telefon. Sekarang pulak dia dah jadi peyanyi solo nasyid kat sekolah. Nasib baik nasyid.

Blueberry Cake

Sambutan kali ni di buat di Restoran Azmie Teluk Batik. Selain dari kek, aku order sikap bakar, sotong bakar, sup sayur dan telur mata. Seafood ni memang strategik, tepi laut dan suasana pun santai.Tapi rasa makanannya biasa-biasa aje. Tapi sekarang aku dah jumpa restoran ikan bakar yang mantap punya. Dia punya siakap atau gerot-gerot bakar dengan sambal........Perghhhhh........meleleh air liur beb.

Ayah, Umi dan Haikal berdoa semoga satu - satunya anak gadis  kesayangan keluarga ini di rahmati Allah, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Masa ni umur Nabila lebih kurang 3 tahun

                                   
Nah ayah bagi hadiah bunga satu ladang untuk Nabila

Wednesday, April 20, 2011

Arif Haikal's Birthday. Allah Selamatkan Kamu....

Besday Haikal tahun ni sebenarnya jatuh pada 14 April 2011. Dah 10 tahun umur anak aku ni. Hadiah besday dah dapat 2 minggu in advance maka sambutannya dilewatkan sedikit. Tanya tuan punya besday dia cakap nak celebrate kat Pizza Hut Sitiawan. Dan dengan tamaknya dia cakap "ayah kita budget 2 ratus ringgit makan kat Pizza". Aku gelak aje "hehehhe.....Haikal ni nak order gajah ke apa sampai 2 ratus?"
 sehingga menjilat jari




Kalau kakak dia Nabila cukup senang pasal bab makan minum ni. Haikal ni je susah sikit nak bagi makan terutama nasik, jenuh berpantun......tapi kalau makanan macam pizza ni cukup-cukup dia makan. Tu yang dia nak budget sampai 2 ratus tu.

Kali ni order pizza yang siap ada udang tempura kat atas. Sedap.

Penuh meja sampai tak habis makan dan bungkus lagi. Apapun takdelah sampai macam budget birthday boy tu, seratus pun tak habis. Selamat Hari Lahir Haikal Sayang...

Thursday, March 31, 2011

Birthday 2011 @ Teluk Senangin

 26 Mac 2011

Sambutan tahun ni kira kira konsep outdoor ler kononnya. Teluk Senangin ler apa lagi. Tunda seminggu. Macam biasa tidur kat chalet Pak Kamal lagi kali ni.

Menu cadangan utama adalah sate. Minggu lepas baru berangan, minggu ni dah jadi. Senang je rupanya buat sate ni.


Bakar satelah acara paling best. Lembut betul sate kalau guna ayam bahagian tigh ni rupanya. Orang takde gigi pun boleh makan.

 Tak ketinggalan jugak siput remis yang depa cari sendiri pun depa bakar sekali





Selain itu ada jugak buat kuew teow goreng sebelah petang dan nasi lemak keesokan pagi. Budak-budak ni pulak asyik berendam aje. Biaq hitam kulit baru depa tau.

Friday, December 17, 2010

Nur Nabila's Birthday

13 December. Harilahir Nur Nabila yang ke 12. Dah makin besar anak dara aku...tapi dimata aku ni aku rasa macam dia masih lagi seorang budak...tahun depan dah nak masuk tingkatan satu Sekolah Menengah. 

Aku tak cadang nak hantar dia ke asrama mana mana buat masa sekarang dan dia sendiri pun tak tunjuk minat nak pergi. Tapi lepas form 3 nanti kalau kalau dia minat bolehlah hantar. Lagi satu kalau dia ke asrama alamatnya tinggallah Haikal seorang.







Besday dia kali ni ada sikit malang le pulak. Mula mula kereta yang Nora nak gunakan untuk beli hadiah dan persiapan besday dia buat hal (battery kong).....so tertangguh sampai petang sebab rancangan asal nak masak masak sikit untuk dia ni. 

Balik kerja petang tu baru aku pegi beli kek. Lagi sekali kesian.....kek dia terjatuh pulak dah....Sampai rumah try la repair sikit sikit mana yang mampu. Apapun tetap aku teruskan macam biasa. Order pizza, lasagna, crispy chicken, kebab.....semuanya lebih  sikit. 

Ayah berdoa semoga anak ayah ni menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.