Monday, December 2, 2024

Vietnam Trip Day 6

15 September 


Menu sarapan hari ketiga di Dalat. Spaghetti bolognese dan carbonara. 


Semalam ronda ronda dengan skuter ambik angin memang best walaupun attraction dia free macam Lam Vien Square tu. Hari ni serta hari hari berikutnya kena pi attraction berbayarlah pulak. Nak merasa tengok tempat tempat yang lebih cantik lagi. 

Jadi attraction untuk pagi ni Puppy Farm. Ramai dok rekomen tempat ni jadi kena pergilah. Sekarang handphone depa pun dah ada internet access dan google map lagi senang la nak ke mana mana, bukan apa kalau terpisah pun taklah kalut.

Depa ni pi set laluan motor kat google map jadi dia bagi laluan kecil tepi rumah orang dan lalu tepi tepi sungai

Puppy Farm ni 6 km, dalam 13 minit perjalanan dari apartment jika ikut laluan motor. Jimat jugaklah jika nak dibandingkan dengan laluan kereta yang akan jadi 8.3km iaitu 19 minit. 

Dari kejauhan dah nampak sledding platform dia yang berwarna warni tu. Parking motor kena bayar tapi murah je.

 Kat sini depa bagi cop kat belakang tapak tangan. Bayaran masuk 100 000VND seorang dalam RM17

 Masuk masuk terus nampak cafe

Depan sikit ada jualan  

Berjalan jalan di tempat ni dan ditambah suasana sejuk segar memang sempoi. Selain kami ada jugak rombongan dari Malaysia kat sini. Bertegur sapa sekejap. 

Istimewanya, gabungan haiwan dan bunga bungaan menjadikan tempat ini lebih menyeronokkan.  

 Ground view 

 Tangga untuk naik ke bahagian atas

View dari atas bukit.

Kawasan kiri kanan kambing tu under construction. Entah apa nak ditambahnya lagi

Bahagian atas ada taman hyderangea. Jenuh jamu mata. Atas ni juga terletaknya Rainbow Slide. Popular slide ni. Nak naik biasalah kena que. Tapi kejap aje, cantiklah. 

Laju jugak dia punya sledding ni. Ramai yang menjerit jerit padahal tak tinggi mana. Jerit sebab terkejut lajulah kot. Haha. Aku dan wife sledding sekali aje, anak anak ulang lagi.


Menerebang dua beradik



Habis merayau kat atas, moh ler kita turun layan binatang pulak. Walaupun nama dia Puppy Farm tapi sikit aje anjingnya. Depa tempatkan kat satu kawasan berbumbung di belakang tempat unta sana. Memang tak perasan. Nak balik baru nampak. 

Paling banyak, kambing. Selain tu ada unta, kuda dan bintang binatang comel lain serta alpaca.

 Segak segak depa ni 


Hensem gaya rambut

Kambing yang dilepaskan untuk bersiar siar pun ada. Kalau lambat bagi makan dipanjat panjatnya kita



Walaupun dah beberapa kali pernah bagi makan alpaca tetap jugak best. 


Anak anak aku teruja dengan Guinea Pig. Kesian aku bintang ni dipanggil pig, padahal dia ni species Caviidae. Nasib kaulah bro. Lagi malang nasib dia ni jadi bahan ujikaji kat lab. 


Kesian betul tengok unta ni. Sedih takde kawan agaknya

Macam serigala pun ada


Masa dekat nak keluar tu staf dia pelawa untuk ke farm dia lagi satu. Depan sikit je dalam 50m macam tu. Free sebab farm dia jugak. Sini ada banyak tanaman dan jualan sayur fresh.


Besar betul cili hijau ni


Puas tengok pokok kami balik ke apartment semula. Lunch dan rehat rehat. Petang kemudian ke attraction berikutnya iaitu Dalat Old Train Station. 

Sebelum tu pusing pusing kejap dan berhenti kat tulisan DA LAT ni 

Lepas bayar parking motor terus masuk. Entrance fee untuk masuk ke platform train 5000VND sorang dalam 85sen.

Stesen keretapi ini dibina oleh orang Perancis tahun 1932. Tempat bersejarah ini juga sudah tidak digunakan lagi dan ditukar kepada tourist attraction. Laluan train ni membawa tourist ke Linh Phuoc Pagoda sejauh 7km di Trai Mat. Mula mula kami ingatkan train dan koc dia hiasan aje rupanya beroperasi. Nak naik ni ada bayaran lain. RM19 seorang. 

Kami tak naik pun train tu, sekadar bergambar dan rekod video sikit sikit. Di sini juga ada jualan dan souvenir.

Rekabentuk bangunan ini dibina menyerupai Lang Biang Mountain

Semua tu bas rombongan pelancong






Next melawat tasik. Melepak sini lagi enjoy. Untung warga Dalat dapat melepak tepi tasik nyaman ni sepanjang tahun.






Ada perarakan apa entah, last depa stop dekat depan Lam Vien Square


Tamatlah aktiviti untuk hari Ahad ini. Gerak semula kami ke apartment. Sebelum tu lalu kejap area night market. Tak berhenti pun tengok tengok je.



Menu makan malam ini nasi putih bersama sambal telur, sayur goreng, fillet sweet and sour dan telur dadar tauhu jepun. Cucur pun ada. Alhamdulillah.

No comments: