14 September
Pagi hari Sabtu ni bangun bangun terasa berbeza dari semalam. Sebab apa, sebab terlebih sejuk ler hehee.
Untuk sarapan pagi ni kami makan menu nasi beserta pek segera Dapogo lagi. Nanti dah beli bahan mentah bolehlah masak menu menu lain pulak.
Untuk itinerary di Dalat ni tak ada proper plan sebenarnya. Sebab kami memang terlebih masa kat sini. Jadi itinerary pun sangatlah santai. Biasanya aku tengok kebanyakan orang Malaysia bercuti ke Dalat paling lama pun 3, 4 hari. Kalau dengan pakej pulak depa mai 1 atau 2 hari saja. Kami ni dah terlebih enjoy gamaknya.
Di sini Subuh masuk dalam 4.30 pagi. Tapi jam 9 baru gerak. Sebab masih terikut ikut dengan jam Malaysia dan terasa macam masih awal pulak. Padahal matahari pun nyaris dah nak tegak atas kepala.
Aktiviti mengisi minyak. Kalini isi lebih pun takpe sebab dah sewa untuk 4 hari sesiap
Harini plan utama nak kena tambah access internet dulu. Maklumlah setakat ni aku saja yang ada data sebab dah buat roaming sebelum ni. Selain tu nak cari barang dapur sikit.
Untuk tujuan tu kami menyewa 2 buah skuter pada harga RM22 sebuah. Owner apartment ni kiranya ejenlah untuk sewaan tersebut.
Teruslah menuju ke Mobifone. Untuk first day bawak slow sikit sebab nak membiasakan diri jalan di pekan Dalat ni. Proses internet data ni pulak dalam setengah jam macam tu.
Jangan lupa bawak passport
Habis Mobifone ni terus menuju ke GO! Da Lat sekaligus Lam Vien Square sebab sebelahnya aje.
Free parking motor GO Da Lat
Memang cantiklah Lam Vien Square ni. Ada banyak bunga hyderangea beserta dengan view Xuan Hong Lake di depannya dan sejuk pulak tu bertambah seronok melepak sini.
Bangunan ni direka bentuk ala ala giant wild sunflower. Dalam ni ada pentas untuk apa apa aktiviti persembahan
Lagi dekat lagi besar
Cantik bunga ni macam macam kaler
Yang ni pulak design giant artichoke flower bud. Bentuknya macam siput pun ada tapi Nabila panggil bawang, bawang pun bawanglah. Bila matahari terbit bawang ni nampak bercahaya terang. Konsep illuminating light
Nampak tasik buat suasana lagi best. Nanti nanti kita mai lepak betul betul tepi tasik pulak sekali pakej ngeteh
Bersih kemas lapang
Hyderangea pink
Next ke Supermarket Go! Da Lat yang berkembar dengan Square ni. GO Da Lat ni juga sebenarnya underground shopping centre. Jomlah kita kasi penuh peti ais kita maklumlah ada 8 malam kot.
Seronok pulak membeli belah di sini. Bahan mentahnya macam seafood taklah mahal. Harga macam di Malaysia malah ada banyak barangan lain yang lebih murah.
Ini laluan direct acces dari Lam Vien Square tadi ke GO! Da Lat
Buah buahan yang segar pun ada banyak kat sini. Macam macam depa beli sampai lenguh kaki aku dibuatnya😁. Sarat skuter dengan barang barang kalau macam ni.
Merelit relit aih
Nabila bagitau bawang putih dan merah depa ni kecik kecik betul, tak jumpa yang saiz normal kat sini ke memang tak wujud tak tahulah, jenuhlah Nabila kata nak kupas nanti. Haha.
Kena hati hati sikitlah takut terbeli barang barang area yang ada heo.
Apalah depa ni dok pergi round kawasan makanan pack ready to eat. Bukan boleh makan pun. Ini baru satu sudut je nunn ada lagi berderet penuh sampai ke hujung
Nabila ler ni yang ambik gambar binatang pelik pelik ni. Section katak siap siang pun ada comel je lepak dalam ais
Beli yang frozen ni senang. Macam macam ada. Udang, sotong, salmon, fillet dan ikan ikan lain
Belajar bahasa pulak
Barang barang ni semua kebanyakannya boleh je bawa balik. Risau jugak tadi takut susah bawak. Tak sangka storage skuter rupanya besar jugak
Untuk tengahari cadang nak makan di Halal Food Ismael pula. 3.3km dari shopping centre tadi. Elok sampai sana nampak ada satu bas depan kedai dia. Tak sempat kami nak turun dari motor staf dia lambai lambai dari atas kedai bagitahu restoran tengah penuh. Oh tak ada rezeki nak try sini.
Tak apalah jom kita rujuk dengan Sarah semula. Nasi goreng lagi untuk hari ni. Pataya, Kampung dan Padprik. Ye, semua sedap alhamdulillah.
Dah habis makan baliklah kami. Nak ke mana lagi dengan barang penuh dalam motor haha.
Ni buah buah yang dibeli tadi. Semua manis belaka. Paling sempoi buah mata kucing tu rangup fresh manis dan murah.
Mushroom ni sedap buat celup tepung
Makan malam pulak ada menu sotong celup tepung dan telur dadar. Juga sup sayur, sambal udang beserta sos cili home made. Nabila buat sos sendiri kat sini. Haikal request haha.
Ini pulak barang yang diorder dari kedai melalui runner. Yogurt, air dan telur. Tadi siang pergi sampai 2 jam kat mall pun masih ada lagi barang yang tertinggal, adeh.
Selesai makan dan tengok video serta gambar sikit sikit, tidurlah. Dengan itu habislah jalan jalan untuk hari ini di Dalat.
No comments:
Post a Comment