Monday, November 18, 2024

Vietnam Trip Day 4

13 September 

Dah hari ke 4. Sampailah masa pergi ke Dalat pulak. Plan nak ke sana tengahari nanti. Boleh solat Zohor sesiap sebelum check out sebab waktu Zohor di Nha Trang ni masuk  dalam 11 lebih.

Ikutkan nak ke Dalat pagi ni tapi memandangkan semalam rasa tak puas pulak meronda sebab hujan, jadi pagi ni jomlah kita pusing pusing lagi sikit sementelahan skuter pun masih ada dengan kami. Tengahari nanti baru expired skuter tu. Lagipun minyak masih banyak lagi ni. Haha.

Jadi lepas sarapan terus menuju ke Dam Market yang merupakan salah satu attraction di Nha Trang. Jomlah kita pergi tengok apa yang ada di sini.

Dalam masa yang sama nak intai kot kot ada money changer. Sejak aku perasan yang hotel hotel sini lebih suka guna cash dari card, aku rasa patutlah aku tukar RM yang aku spare kat tangan aku ni ke VND.

Sampai dah... apesal panjang pulak nama market ni 

Ramai betul orang berjualan kat sini rupanya. Macam macam yang dijualnya. Ada bahagian luar dan bahagian dalam bangunan. Rasa aku 3 tingkat jugak bangunan ni siap ada lif lagi.

Gerai di luar bangunan dipenuhi dengan barangan basah. Tapi tengok macam barangan lain  pun ada jugak. Eh entahlah yang penting macam macamlah ada. Meriah betul. Kat bahagian luar ni kami lalu dengan skuter je slow slow takut jugak kang terlanggar bakul bakul ni semua tak ke naya.



Di bahagian dalamnya pula dipenuhi jualan berasaskan makanan kering macam udang kering, ikan,  sotong, buah buahan kering dan bermacam benda kering lagi yang tak dapat dikenal pasti.


Sini jugak ada banyak sourvenir yang comel dan menarik jugak ada barangan kraftangan. Tapi kami tak beli apa pun kat sini. Sekadar pusing pusing jamu mata dan hanyalah membeli buah anggur sebelum balik.




Dekat makcik nilah Nabila pergi beli anggur. Manis dan fresh.


Senyumm aje makcik ni kat Nabila

Habis market ni kami ke tepian pantai pulak. Lepak lepak kejap.

Panas panas macam ni lega betul dapat air kelapa sejuk ni

Dah habis pusing jomlah kita balik kemas barang. Ayuh kita ke Dalat.

Roundabout spesel 

Lepas makan tengahari bersiap siap untuk checkout. Untuk pengangkutan ke sana, malam tadi Nabila dah tempah kereta pada harga RM260. 

SUV 7 seater 

Disebabkan tak jumpa money changer tadi, jadi aku minta jelah driver ni singgah kejap mana mana money changer yang dia tahu. Hah lega dapat tukar. Ratenya agak rendah. Ini sudah bagus.

Tukar duit di kedai emas 

Perjalanan ke Dalat lancar dan makan masa dalam 3 jam macam tu. Kereta selesa aje, cuma driver ni suka hon pantang berselisih. Huhu. Memang style dia macam ni kot. Bila sampai area bukit bukau lagi bertambahlah hon dia. 

Makin dekat dengan Dalat makin sejuk. Driver pon dah start buka tingkap dah. Maklumlah Dalat ni digelar " City of Eternal Spring".

Terus menuju ke penginapan kami di Dalat ni iaitu TTR Studio Apartment. Sampai sini lewat petang.

Receptionist dia menempatkan kami di tingkat 2. Walaupun ada lif dan biliknya agak cantik tapi view tingkap tu nampak belakang rumah orang. Jadi macam kurang bestlah family room ni jadi mintak tukarlah. Lagipun nak tinggal banyak hari. 

Alhamdulillah dia bagi kami bilik kat ground floor yang lebih luas dan selesa pada kadar yang sama iaitu RM830 untuk 8 malam. 

Alhamdulillah sudah sampai. View rumah orang depan TTR Apartment

Memang bestlah bilik dia. Apartment 1 bilik. Ada mesin basuh, peti ais dan katil pun sangat selesa. Cuma takde aircond. Nak buat apa aircond kalau dah sejuk macam ni😁





View dari tingkap bilik

Lepas Isyak, Nabila tempah grab untuk pergi makan. Solat jamak dah expired maklumlah tinggal di Dalat ni lebih dari 4 hari.

Dinner kami di salah satu restoran halal yang terkenal di Dalat ni iatu Restoran Sarah. Memang bestlah restoran ni. Makanan sedap dan harga berpatutan. 




Menu malam ni nasi goreng padprik, nasi goreng ayam, kuetiau goreng, mee goreng dan popia goreng. 


Telur mata pun dihiasnya


Makanan punya sedap gaya punya serius udah kenapa 


Lepas makan tak ke mana terus balik ke apartment semula.

No comments: