12 September
Hari ke 3 di Nha Trang. Ini sarapan kami hari ini. Ada nasi goreng, mee segera dan roti. Alhamdulillah sangat kenyang. Bersempena dengan aktiviti yang bukan bukan semalam, jadi semua orang pakat letih terkapar tak habis lagi. Jadi jomlah sambung lena.
Lunch pula nasi putih beserta lauk pauk DapoGo. Sekali makan buka 2 paket dan tambahan telur dadar.
Bilik ni tak ada sebarang jug maka terpaksalah bancuh air coklat di dalam mangkuk besar ni
Esok dah nak ke Dalat. Jadi ada baki lagi setengah hari ni bolehlah ronda ronda mana yang sempat. Lepas dah selesai solat jamak dan lunch semua kami bersiap untuk turun.
Untuk tujuan tu aku sewa skuter dari tempat menginap ni. Dua buah skuter sewanya RM48 selama 24 jam. Oleh kerana start sewa lebih kurang jam 1 petang jadi boleh guna sampai 1 petang esok.
Macam biasalah skuter sewa mana pernah ada minyak. Reserve level memanjang. Jadi terus pergi cari stesyen minyak dan isi. Lama dah aku tak naik skuter ke motor ke, jadi aku agak kekok sikitlah. Lagi satu nak sesuaikan dengan jalan di sebelah kanan.
Wife aku elok je aku tengok. Dah la first time dia bawak sebelah kanan tu.
Sampai petrol pump ada yang lawak sikit. Sikit jelah. Duit VND depa kan puluh puluh ribu punya. Jadi pening kejap, nak isi berapa. Kalau terlalu banyak confirm tak habis pasal jalan dekat dekat aje. Rugilah. Kalau sikit sangat tak cukup pulak.
Pastu aku main bantai aje hulur, sekali mamat tu tunjuk isyarat camni. Terlalu sikit sangat ler tu. Pilu hati dia gamaknya. Haha.
Pokok kat petrol pump ni dok dalam pasu aje, tapi boleh ada buah yang besar masak ranum macam ni
Sini ada banyak aktiviti laut macam island hopping, snorkeling atau cruising. Tapi kami takde plan nak pergi.
Habis isi minyak tadi teruslah pusing pusing Nha Trang ni mana yang patut. Laluan tepi pantai nampak menarik. Singgah di pantai yang paling hujung ni kejap.
Ke pantai lain pulak. Depan sikit dari yang tadi. Lawa sini. Dengan pohon kelapanya yang melambai lambai.
Lajak lagi sikit kami singgah di Tram Huong Tower. Ianya merupakan landmark di Nha Trang. Malam malam nampak cantik dataran ni.
Ni suasana kawasan di hadapan tower.
Inilah Night Market yang kami tak jadi pergi tu
Habis tengok tengok sini lajak lagi ke pantai hujung sana pulak. Tak sampai 15 minit pun duduk duduk kejap tiba tiba je hujan lebat. Kelam kabut ke motor ambik baju hujan.
Ada cek weather forecast kata memang hujan lebat harini. Masa keluar tadi cuaca nampak cerah aje. Itu yang kami tukar plan ke Vinpearl awal sehari disebabkan katanya harini hujan.
Plan lepas pantai tadi nak ke Nha Trang Night Market. Tak jadilah nampaknya. Terus balik bilik. Bawak motor dalam keadaan hujan lebat, kalut jadinya.
Sebelum masuk bilik tu singgah kejap kat kedai kecil sebelah receptionist ni. Dah lalu banyak kali tapi tak teringat nak singgah. Beli telur, minuman dan sedikit beras.
No comments:
Post a Comment