15 April 2018
Jusangjeolli Cliff - Cheonjeyeon Waterfall - Mount Sanbangsan
~ Jusangjeolli Cliff ~
Selesai mengunjungi Oedolgae perjalanan diteruskan menuju attraction berikutnya iaitu Jusangjeolli Cliff. Bayaran masuk ke tempat ini adalah 2000 won untuk dewasa. Di sini ada jumpa beberapa orang Melayu.
Menarik sungguh view tempat ni. Bila diteliti, aku dapati batu-batu gunung berapi ini kelihatan seolah-olah ukiran manusia yang membentuk permukaan bongkah kuboid.
Batu-batu berbentuk bongkah kuboid ni memang menarik hati
Bagi yang ingin pergi lebih dekat dan menyentuh batu-batu tersebut ada aje package menaiki bot untuk tujuan tersebut
Batuan di sebelah kiri
Kat entrance
View sebelum sampai Jusangjeolli tadi
Seketika menghabiskan masa melihat view tempat ini, perjalanan disambung menuju Cheonjeyeon Waterfall pula.
~ Cheonjeyeon Waterfall ~
Mencari tempat ini agak mengambil masa sebab phone number untuk GPS yang aku dapat dari internet tu tak berapa betul, maka kenalah bertanya sedikit tempat ni baru jumpa. Nasib baik jumpa satu kedai yang staff dia faham English, terus dia bagi panduan. Alhamdulillah. Gitulah pentingnya "English Edukesyen" bak kata Usop Wilcha dalam movie Hantu Kak Limah.😁
Kawasan pintu masuk
Turun tangga sikit jumpalah air terjun yang pertama
Kemas laluan dia
Air terjun yang kedua
Macamanapun bagi aku waterfall ni taklah dahsyat sangat. Biasa aje walaupun ada beberapa tingkat. Kalau nak skip tempat ni pun takdelah rugi mana.
~ Mount Sanbangsan ~
Dah makin petang ni. Perjalanan disambung lagi menuju ke Mount Sanbangsan. Bukan nak panjat gunung, tapi nak jamu mata dengan canola.
Entry ke ladang yang paling hampir dengan gunung ni 1000 won sorang, kena bayar kat Ahjussi yang sedia menanti sebaik aje keluar dari kereta. Enjoy nampaknya anak isteri aku dalam ladang ni, maklumlah cuaca tak sejuk berbanding ladang canola semalam. Ditambah dengan matahari yang masih bersinar terang dan background Mount Sanbangsan menjadikan suasana cukup menarik.
Pelancong pun ramai kat sini. Tak putus putus mari. Kena mengelak sikit time nak ambik gambar. Tak lawa pulak gambar bunga ni nanti kalau penuh orang.
Tepi laut sana ada attraction Yeongmeori Coast... aku tak cadang pon nak pegi. Dah jenuh tengok batu dan laut rasanya hari ni.
Selesai ladang canola ni aku bergerak menuju ke AJ car rental untuk memulangkan kereta memandangkan hari sudah semakin lewat. Aku mengambil laluan highway ke sana. Skip next attraction iaitu Mysterious Road sebab aku bimbang sampai lewat sangat.
River of Canola.......On the way balik jumpa lagi ladang canola dan limau tepi jalan ni. Macam lawa la pulak...wife aku turun kejap ambik gambar
Sampai di AJ car rental terus pulangkan kereta. Rupanya system di sini, tak boleh call teksi, kena naik shuttle ke airport dan cari teksi di sana. Aku pasti yang kedudukan Hill View Hotel ni memang dekat dari sini, tapi dah regulation ikut ajelah.
Solat jamak pun kami buat di depan opis AJ ni aje, sebab aku rasa memang tak sempat nak sampai hotel sebelum maghrib.
Sampai di airport dah malam dan ada kesukaran baru iaitu kena beratur panjang dalam kesejukan untuk mendapatkan teksi.
Tambang teksi ke hotel ni dalam 6000 won sahaja. Tak mahal, sebab kedudukan dia tak jauh mana.
Hotel yang simple. Harga bilik ni RM225 semalam. Tak ada katil sebaliknya tidur atas tilam futon yang disediakan. Macam sebelum ni heating system bawah lantai digunakan.
Lepas check in, merayau-rayau kejap kat kawasan ni. Meriah nampaknya suasana malam depa. Sikit sujuk la.
Makan malam cuma panaskan menu nasik dan asam pedas yang asalnya plan untuk lunch tadi. Kenyang pulak seharian rasa makan bihun sarapan.
Esok pepagi dah nak ke Seoul.
No comments:
Post a Comment