Tuesday, May 22, 2018

Korea Trip - Seoul : Day 2


17 April 2018

Nami Island

Itinerary hari ni memang nak enjoy Nami sahaja. Walaupun ada attraction lain dalam route ini iaitu Garden of Morning Calm dan Petite France, tapi kami tak pergi sana. Aku tak pergi Garden of Morning Calm sebab memang dah plan nak ke Everland yang pada jangkaan aku mempunyai taman bunga yang lebih hebat lagi. 

Cara nak ke Nami :

Station Iteawon  - ambik Line 6 ke Dongmyo Station - Tukar  Line 1 ke Cheongyangi Station - Dari sini ambik Train Express Jungang G line (green) ke Gapyeong Station - Ambil bas ke Nami Jeti

Memandangkan Nami ni agak jauh, pagi-pagi lagi lepas sarapan terus bertolak. Lancar aje naik train ni cuma ada sikit keliru masa nak ambik Express train kat Cheongyangi Station tu dan nak tau line mana nak naik, sebab ni bukan Metro line jadi susah sikit nak faham.

Silap aku sebab tak beli tiket secara online, maka terpaksalah beli tiket kat mesin. Tak ada tempat duduk khas pulak tu. Ada sorang budak Melayu tu (aku agak dia student guide orang Malaysia) bagitau kalau ambik tiket free seat macam ni kena duduk coach no 4, dan nasiblah kalau dapat tempat duduk.... adeh.

Macamanapun alhamdulillah masih dapat tempat duduk dan perjalanan mengambil masa sejam. Sampai di station Gapyeong terus ambik bas ke ferry stop. Sepanjang perjalanan kiri kanan jalan dipenuhi cherry blossom. Nampaknya area ni lebih banyak cherry blossom berbanding di Seoul. Suka family aku dengan suasana ini.

Ramai betul orang nak ke Nami nampaknya. Lepas beli tiket, terus naik feri. Lebih kurang 15 minit tak silap aku.

Suasana di jeti

Baru pintu gerbang dah ada perkataan Malaysia


Plan Nami



Memang seronok dan tak rasa bosan menghabiskan masa di Nami ni. Patutlah ramai orang tak kira orang Korea atau pelancong asing suka datang sini. Ramai pulak yang pakai pakaian unik dan ala ala traditional mai sini... nak buat photo shoot agaknya. Pulau yang terkenal kerana filem Winter Sonata ini memang indah dan menarik. Antara yang paling menarik adalah bunga-bunga yang berguguran bila ditiup angin.....fuhhhh....terasa macam dalam movie😁😁😁😁

Puas hati betul datang sini walaupun sebelum ni ada terbaca beberapa pendapat yang Nami ni tak de apa-apa, tapi bagi kami penggemar alam sekitar, Nami ni memang best.

Toilet pun cantik jugak... dinaungi bunga - bungaan gitu





Ada banyak la kata kata dalam Bahasa Malaysia di Nami ni... aku syak mesti pasai orang Malaysia kerap mai sini
















Teringin anak-anak aku nak stay kat chalet tepi laut ni



Belakang tu cherry blossom kaler pink... cantik jugak tapi depa ni dah malas nak jalan pegi ambik gambar. Lagipun kena queue sebab ada je orang dok tunggu nak bergambar situ


Pihak pengurusan tempat ni memang prihatin, kerana ada menyediakan surau yang agak besar dan selesa dalam sebuah bangunan. Susah nak cari kat oversea spot pelancong yang sudi menyediakan kemudahan sebaik ini. Gamsahamnida. 

Library ni sebelah dengan surau



Spot ni memang famous


Sedap jugak... hasil belian kambing dan ayam semalam, dua dua kasi campur dalam rendang Brahim's ni 😄



Menjelang petang kami pun balik semula ke Itaewon. Tamat hari kedua.

2 comments:

Farikica said...

Cantik nami island musim bunga... saya p time musim panas, bunga ada tp x berapa nak banyak mcm musim bunga... saya pon plan ke petite france tp x sempat...huhuhu

said...

Memang cantik pun, rasa nak ulang aje. Petite France tu jauh sikit macam tak berapa berbaloi tu yang tak pegi.