22 August 2023
Hari ni cadang nak pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.
Sebelum tu kita pegi sarapan dulu. Depa search tempat makan yang famous dan recomended.
Jumpalah satu kedai ni tak ingat nama pulak. Dah tak ramai orang ada 2 meja je maklumlah dah lewat check out tadi. Jadi jom kita cuba tengok.
Banyak pulak dia punya peringatan
Rasa macam masuk asrama dulu dulu pun ada. Itu tak boleh ini tak boleh hahahaha
Selain nasi kerabu, nasi minyak pun order jugak. Sejak selalu tengok youtube Indon ni, rajin pulak makan nasi dengan keropok
Lepas makan, terus ke Jambatan Angkat yang katanya famous. Agak panas cuaca masa ni, jadi cancel la nak singgah. Tengok dari dalam kereta sudah le.
Menuju Jambatan Angkat
Cantik view jambatan ni
Lepas sikit dari jambatan nampak Pantai Miami dan terus melalui Pantai Seberang Takir. Terus jalan lagi sampai nampak aiport Sultan Mahmud.
Cantik dan meriah pantai area sini tapi tak ingatlah pantai mana, Ketapang ke, Tok Jembal atau lain sebab main jalan aje deme ni. Pantai agak meriah dengan pelbagai jualan makanan dan minuman. Dua beradik ni apa lagi turun pi beli lah. Memanglah jualan tu nampak best, tapi rasa aku macam baru je lagi sarapan tadi.
Ada satu gerai tu jual sengkuang cicah depa punya rasa kelakar sebab makcik tu terlalu sistematik dan kemas sangat masa dia buat kerja tu. Apa pun sengkuang dia memang terpaling sedap kami pernah makan.
Cantik tersusun
Anak anak aku memang peminat la minuman semua ni. Orang lama macam aku pelik macamana lah depa boleh suka air yang ada campur macam macam ni
Bawa makanan tadi sampai ke Pantai Takir semula. Best tempat ni walaupun tepi sangat dengan jalan. View lautnya cantik dan angin sejuk berhembus. Apalagi teruslah keluarkan camping chair dan lepak sini
Unik... first time makan sotong pulut ni. Lemak manis gitu.
Rasa cam telur sotong pun ado pulut tu. Rm20 sebekas.
Next singgah Pasar Payang. Famous tempat ni. Ntah apa yang depa beli kat sini aku pun tak tau. Off season macam ni tak ramai orang.
Pasar Payang
Antara jualan Pasar Payang
Destinasi berikut adalah Pantai Batu Buruk. Cantik pantainya. Angin pun kencang. Best.
Pantai Batu Buruk
Dah sampai masa kena cari tempat bermalam. Lepas search kat internet kami pun menuju satu chalet tepi pantai. Yang tak bestnya sebelah chalet ni ada tempat pembuangan sampah. Nampak kotor, terus rasa tak jadi tidur sini walaupun bilik dan harga memang ok.
Sayang betul tempat cantik macam ni dibiar kotor macam ni. Apa salahnya owner chalet bersihkan sikit
Terpaksa cari hotel lain area bandar lagi. Alhamdulillah, dapat sebuah hotel yang agak selesa terus ambik.
Sebelum tu singgah di Masjid Terapung. Ramai sungguh orang solat kat sini masa ni. Ceramah pun ada.
Makan malam pula kami ke Restoran Kuala Ibai Bawah Jambatan. Alhamdulillah
Menu padprik seafood ni rasa biasa. Sotong tepung dia sedap
No comments:
Post a Comment