30 September 2022
Babusar Pass - Naran - Abbotabad - Islamabad
Masa untuk menyambung perjalanan setelah semalaman berehat di Babusar Pass ni. Akan tetapi lepas check-out, eloklah bersarapan terlebih dahulu memandangkan Moon Restaurant sudah ada di depan mata. Besar restoran ni.
Ada harapan makan yang sedap sedap. Sekali yang ada roti prata sahaja. Alamak dah tak berapa boleh jalan dengan prata ni.
Pagi pagi di Moon Restaurant... kami pelanggan pertama agaknya
Katil tetap ada di kedai makan... agaknya restoran ni offer orang tempatan macam driver lori ke, kot perlu tidur sini sementara menyambung perjalanan yang sangat jauh
Banyak menu, akan tetapi...😆
Selain prata cuma omelette dan telur separuh masak aje yang ada waktu pagi. Itupun setelah susah payah menerangkan tentang telur separuh masak sebab depa sini tau telur rebus je
Habis sarapan kami memulakan perjalanan untuk hari ke 12 ini. Jarak dari Besar atau Besal ini ke Islamabad dalam 321km selama 6 jam setengah. Jauh gak tu aku rasa. Aku pernah tengok youtube ada pakej yang sampai berbelas jam dalam van nak ke satu satu tempat. Heran aku takde rasa lenguh ke, kuat betul diorang tu... adeh.
Ni kira first time lah anak aku naikkan drone sambil kereta bergerak
Kasi bukak bumbung sikit boleh intai dari dalam
Repair...
Melimpah air jernih atas jalan
Tak salah aku, khemah ni semua kepunyaan golongan nomad yang hidup berpindah randah sambil pelihara binatang ternakan
Ada banyak hotel area ni
Dalam sejam macamtu sampailah area Batakundi ni
Seketika kami semakin hampir dengan Naran. Makin hampir makin cantik view dia. Tak boleh jadi ni kena singgah la. Masa datang hari tu macam tak perasan pulak. Tertidur agaknya masa lalu tu haha.
Mantap dia punya view
Santai santai tepian sungai
Sini pun ada water rafting tapi kami naik yang lagi satu
Jalan depan sikit depa nampak ada lagi rafting aktiviti menyusuri sungai. Ada dua tempat rafting sini. Depa ajak cuba. Maklumlah bukan senang nak jumpa rafting kat sungai turquoise macam ni. Rate dia USD 10 untuk kami 4 orang. Harga berpatutan sungguh.
Pakai life jaket dulu... keselamatan diutamakan
Kunhar River ni cantik dan jernih
Enjoy betul water rafting ni
Sampai dah
Merasa naik jeep kejap masa habis rafting untuk ke tempat parking kereta semula. Orang lain mai Pakistan naik jeep untuk ke attraction yang sukar, kami naik jeep kat sini je hahah
Habis rafting perjalanan disambung semula menuju ke Abbotabat. On the way tu lepas sikit pekan Naran, singgah sekejap beli makanan. Biriyani lah apa lagi. Kedai ni jual bungkus je. Sedap nasi dia. Akan tetapi sebab biriyani ni sangat popular aku syak, kami cuma dapat nasi sahaja. Lauk dah habis. Sambung drive dengan harapan depan sana ada kedai yang jual lauk.
Membeli biriyani
Macam pernah tengok je ayat ni haha
Alhamdulillah. Jumpa gerai yang ada jual ayam goreng
Seterusnya kami tiba di Abbotabat. Plan asal memang nak cari hotel dan tidur sini. Sekali timbul pulak idea alang alang dah dekat tidur Islamabad ajelah. Jadi singgah RnR sini untuk solat aje. Nampak kemas dan cantik je bangunan sini.
Jadi aku pun search hotel di Islamabad dan jumpa hotel ni iaitu Travelodge Guesthouse. Lancar aje perjalanan ke sana, highway lah katakan.
Travelodge Guesthouse
Guesthouse ni terletak dalam perumahan mewah. Rasanya owner modify rumah dia buat guesthouse. Cantik dan selesa betul bilik dia. Rate dia RM127 semalam. Esok nak pusing-pusing Islamabad pulak.
1 comment:
Wowwwww memang best..!!! Thanks kongsi.
Post a Comment