Showing posts with label Lawatan Nabila. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Nabila. Show all posts

Sunday, February 2, 2020

Seri Malaysia Penang

15 - 17 November 2019


Maka tamatlah cuti anak bujang aku selama 3 minggu kat rumah. Jadi kenalah dia balik semula ke CFS Gambang untuk menyambung kuliahnya semester ke 2. Maka aku pun search la Firefly, macam mahal la pulak tambangnya. RM400 lebih  Penang - Kuantan sehala sahaja. 

Selalu aje aku search mana tau harga ada diskaun. Rupanya lagi tiga hari sebelum tarikh bertolak ada diskaun flight untuk hari Ahad 17 November harga RM246. Yes tak lepas peluang terus aku book flight ni. Nampaknya kalau last minit ada aje diskaun. Kalau Jumaat lagi murah RM100 lebih je , tapi takkan aku nak suruh dia balik awal pulak. Huhu.

Boleh aje terus hantar direct ke airport Penang  hari Ahad tu tapi memandangkan Nabila memang ada di Permatang Pauh, teruslah buat plan nak menginap di Penang, enjoy-enjoy dengan anak-anak. Ginilah keadaan kalau anak ada 2 orang aje. Sayang tu lebih😻

Dah berapa kali tukar hotel kat booking.com,  keputusan akhirnya adalah menginap di Seri Malaysia Penang dan ini kali pertama aku try book dari Agoda. Tak best Agoda ni, lembab dan nak dapat confirmation pun kena follow up. 

Nampaknya aku kena rujuk semula dengan booking.com sementelahan status aku di booking.com adalah "Genius Level 2" walaupun aku bukanlah genius... hehehehhe. Ratenya untuk 2 malam Family Room berharga RM321 termasuk sarapan untuk 3 orang. Tambahan untuk sorang makan RM18. Ni kali kedua check in di hotel yang sama... last dulu 2013.


Kereta ini dipandu oleh Arif Haikal. Untuk kali pertama kami menggunakan  Jambatan kedua iaitu jambatan Sultan Abdul Halim sebab tak perlu ke UITM lagi. Sepatutnya  terus pergi ambik Nabila, tapi dia ada tournament chess mewakili Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Malam baru habis pukul 10 katanye, jadi terpaksalah kami bertiga check in di  Hotel Seri Malaysia dulu. 

Terlebih enjoy view sampai terlupa nak ambik gambar masa atas jambatan

Bilik di Seri Malaysia

Anyway masa kat sini si Haikal check result exam, dia dapat 4 flat. Alhamdulillah. Dia punya gaya happy tu nak tergelak nengoknya. Hahaha


Mana dia result tu tak nampak pun😅

Sekali lepas maghrib Nabila call bagitau dah habis dan minta datang amik dia.Habis awal letu. Tournament ni team dia dapat Naib Johan. Kira ok lah. Kalo nak johan kenalah training dengan ayah dia... hehehee

Semua orang dah lapar tambahan hujan - hujan macam ni. Jadi singgah aje di Restoran Fais Station kegemaran semua. Macam biasalah order siakap sweet and sour dan lain lain. Sedap opkos dan cepat aje makanan siap. Habis makan tak ke mana lagi terus ke hotel semula.

Bangun pagi sebelum ke mana-mana sarapan dulu kat Cafe Seri Malaysia ni. Banyak jugak pilihan makanan dan sedap rasanya. Memang puas hatilah makan sini, boleh ulang lagi nampaknya. 

Makan pagi  kat Seri Malaysia memang best

Macam-macam ada

Suasana dalam Cafe 


Lobi 


Ada dua hari ni takkanlah nak duduk bilik aje walaupun aku tak tau dah nak pegi mana kat Penang ni, Tempat pertama yang ada dalam fikiran aku adalah Taman Metropolitan Relau. Maka kami pun menuju ke sana. Tak lama kat sini, sebab pernah datang dulu. Jalan-jalan kejap aje terus aku ajak ke Batu Ferringhi pulak. 

Relau Metropolitan Garden

Ada kolam untuk kanak-kanak mandi




Suasana pantai Batu Ferringhi


Teringin benor dua beradik tu nak naik benda ni. Berani ke tu?

Cendol sama rojak ni susah dilepaskan

Habis baru Ferringhi bergerak pulak ke Teluk Bahang nak tengok empangan katanya. Sebelum tu on the way singgah kejap solat jamak di Masjid Teluk Bahang. Cantik dan selesa masjidnya.


Empangan ni merupakan tadahan air terbesar di Penang




Singgah kejap Taman Rimba Teluk Bahang tapi tak masuk mandi pun. Sebelah ni ada Escape Penang yang agak baru dibuka


Pulut udang Teluk Bahang ni memang sedap. Besor pulak tu. Betul agakan aku kalau makanan jenis jual banyak bertimbun timbun dan sejenis je ni biasanya sedap 

Next menuju ke tempat penginapan semula. Lalu Shamrock Beach sekali lagi. Depa ajak singgah, singgah ajelah takde masalah. Sempat pulak depa makan pasembor, ABC dan entah apa lagi.



Shamrock Beach yang memang cun



Selesai pantai Shamrock terus menuju ke hotel semula. Susah pulak nak cari makan area ni, dapatlah beli makanan lapik perut sebab depa ni kata kenyang lagi. Plan asal nak makan steambot kat hotel Seri Malaysia. Sekali aku call staf dia bagitau tak ada steambot malam ni sebab ada orang buat majlis kat cafe. Alamak rosak plan. 

Aku dah dapat agak kalau malam je mesti semua orang malas nak keluar. Last-last aku call lagi dan order makanan ke bilik. Selesai masalah. 


2 set nasi goreng kampung dan 1 set Chicken Chop harganya RM53. Besar portionnya. Sedap.

Esoknya lepas sarapan sekali lagi kat hotel semua orang takde buat apa hanya melepak di bilik. Sampai masa gerak ke Penang Airport. Sempatlah makan kat KFC kejap sebelum anak aku masuk ke departure hall. 

Kalini masuk awal sikit sebab takmau jadi macam yang lepas siap nama Arif Haikal kena umum. Tak sangka kalini kena panggil jugak siap call pulak, lagi ganas nampaknya. Adeh... nangesss. Taktaulah pokcik berapa banyak awal la mau check in. 

Babai Arif sayang... semoga bertemu lagi dimasa akan datang. 

Selamat jalan anakku

Habis airport menuju ke Mydin pulak, beli apa-apa barang yang patut untuk Nabila. Masuk UITM semula hantar Nabila. Selesai semua kami suami isteri menuju ke Manjung. Kali ini aku mencuba laluan baru highway dari Beruas ke Sitiawan. Highway baru kereta pun jarang-jarang ada memang la best. Tambahlah lewat malam pulak tu. Alhamdulillah selamat sampai Manjung.


Highway baru siap ni menyambungkan Sitiawan ke Bruas sahaja, betapa bestnya kalau dah siap dari Beruas ke Changkat Jering pulak. Senang aku nak pi Penang

Friday, January 31, 2020

Konvokesyen Nur Nabila


6 November 2019

Alhamdulillah. Baru baru ini sekeluarga ke Permatang Pauh lagi untuk meraikan Konvokesyen Nabila. Syukur anak dara aku ni telah berjaya menamatkan diploma dalam bidang Electrical Engineering dan syukur sekali lagi kerana telah mendapat tawaran dan kini menyambung di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.

Untuk penginapan, kami stay di Hotel OYO Sri Indar. Ratenya RM 94.00 termasuk sarapan. Jauh sikit dari UITM, sebab hotel- hotel berdekatan semuanya penuh. Salah akulah tak booking awal-awal. 

Pagi - pagi lepas check out, terus ke UITM. Jauh pulak tempat parking yang ditetapkan dengan dewan konvo. Merata aku pusing cari tempat parking yang strategik, akhirnya terjumpa satu tempat kosong agak dekat area pusat kemudahan. Tak lah jauh sangat.

7.30 kena masuk dewan katanye. Sekali pukul 9.30 baru start. Lama menunggu tu. Tak pe lain kali aku dah tau pukul berapa nak datang. Silap-silap sama dengan chancellor baru aku mai 😆

Foto-foto di bawah sekitar hari Konvokesyen yang bersejarah ini.

 Family room hotel OYO Sri Indar

Cantik hiasannya

Gigih Nabila dan wife aku buat sendiri bunga ni. Memori katanye. Padahal punyalah ramai orang jual bunga-bunga macam ni otw ke UITM dan tepi dewan konvo tu haha

Bunga ke 2. Anak beruang tu free gift dari Vono entah zaman bila punya😅

Pentas bergambar sebelah dewan


Suasana dalam dewan... Aku mai agak lambat banding orang lain, itu yang kena dok belakang. Nampaknya geng depan lagi lamala kena tunggu

Depan dewan




Adik pun nak grad jugak

Anak anak sekelian, ayah pun teringin nak menunjuk yang ayah pun pernah grad tau. Tapi gambar ni dah berzaman punya la😅😅

Dahaga kot kena berjalan jauh ke cafe 

Menunggu depa dua beranak dok ambik gambar  dengan tabah sekali

Tahniah anakku sayang. Semoga lebih cemerlang di peringkat Ijazah.

Wednesday, November 20, 2019

Pertemuan 3 Penjuru


13 - 16 September

Dua orang kat Perak, sorang kat Pahang dan sorang kat Penang. Nampaknya dah terpisah merata ahli keluarga aku ni. Tak boleh jadi ni, kena organize meeting point yang sesuai dan mudah untuk semua orang. 

Aku search flight Kuantan - Penang, tengok ada Firefly yang macam berpatutan saja harganya. Search pulak cuti yang bersambungan, nampaknya 13 - 16 September adalah tarikh yang sesuai sebab 16 haribulan tu hari Malaysia. Maka aku pun book tiket untuk anak aku pada tarikh tersebut. Dapatlah 3 malam untuk perjumpaan sekeluarga ni. 

Jumaat pagi-pagi tu aku dan Nora dah bertolak ke Penang. Singgah sarapan kat kedai makan kak ipar aku ni, letaknya betul-betul sebelah Masjid An Nawawi Pengkalan Baru Pantai Remis. Pilihan kuih dia sangatlah banyak. Macam-macam menu ada sini. 

Yang pakai lebai tu tokei dia Abang Sudeen biras aku... pernah pegi Perth dengan aku dulu 

Ni orang kampung aku... Che Ani nama dia. Best friend arwah ayah aku. Pak Long Che Ani ni kira lejen la dulu-dulu. Kalau ada kenduri-kendara masa gotong royong dialah celebriti tumpuan. Pandai buat lawak dan penglipurlara terkenal. Sekarang slow sikitlah. Cerita yang sering dia ulang bilamana dia, ayah aku dan sorang lagi tu masa depa kecik-kecik dulu pergi lastik sarang tebuan, pastu lari masuk dalam kelambu. Malangnya kelambu tu berlubang, dipaksanya member sorang lagi tutup dengan jari. Naya la member tu kena gigit tebuan... adehhh

Selesai sarapan terus gerak. Dalam perjalanan tu singgah dulu menziarahi emak aku di Pondok Nur As Salam, Selama. Emak aku ni baru 2 minggu tinggal pondok sini. Selesa dan sistematik nampaknya tempat ni. Kemudahan pun ok. Alhamdulillah. Masa ni mak aku belum boleh balik ke rumah selama 40 hari dari tarikh mula masuk tu... tu syarat sekolah bagi.

Nampak sihat mak aku kat pondok ni


Bahagian depan dan belakang pondok ni mengadap padang jadi suasana sangat lapang. Pondok ni kecik aje sesuailah untuk sorang tinggal. Kalau ada tetamu nak pergi tidur lagi 2 atau 3 orang lepas la 

Lepas bawak mak aku lunch di pekan dan beli blender baru untuk kegunaan mak aku di pondok, ada masa sikit kami ke Air Terjun Tebing Tinggi Selama. Cantik tempat ni nampaknya. Ada chalet lagi, dengar khabar sewanya RM80. 

Rasa macam nak mandi aje tapi malaslah pulak nak bersalin semua lagipun risau takut terlambat pula ke airport nanti. Jamu mata ajelah dulu. Anak-anak aku bukan main teringin lagi tengok tempat ni bila aku whatsapp  beberapa gambar bagi depa tengok😄

Menawan bukan?


Chalet ni aje yang betul betul tepi air... yang lain semua ke belakang sikit. Kalau nak mandi kena turun bawah 


Balik dari air terjun tadi aku singgah sini kejap, nak bekalkan sesiap makan petang untuk mak aku nanti sebab kami dah nak berangkat terus jap lagi... ni aje kedai makan yang wujud kat area pondok ni yang aku perasan


Haikal send gambar ni bagitau dia dah nak terbang... kejap je lebih kurang sejam macam tu

Masa pun dah makin dekat untuk mengambil Nabila di UITM dan Haikal di Airport Bayan Lepas. Lepas hantar mak aku, kami terus bertolak ke sana. Amik Nabila dulu kemudian menyeberangi jambatan Pulau Pinang menuju Bayan Lepas. Alhamdulillah masa kami tiba di airport bertepatan sungguh dengan masa arrival Haikal. 

Terus menuju ke penginapan iaitu Woodsbury Studio Apartment, Butterworth. RM413 untuk 3 malam. Sekejap aje sampai pasal jambatan taklah sesak ketika ini. Urusan masuk pun tak lah begitu sukar, isi borang dan amik kunci kat key box dia berdasarkan panduan dari owner. Parking pulak kenalah naik di tingkat 4. Bab parking ni la yang tak bestnya huhu.

Boleh tahan selesa apartment ni. Sangatlah lengkap termasuk bantal yang mencukupi. Ada aircond di dalam bilik dan ruang tamu. Kolamnya pun sangat cantik dan sama level dengan bilik kami di tingkat 8.

Lawa infinity pool ni

View senja



Suasana dalam bilik... katil bujang dan tilam extra pun ada dalam ni

Sesapa yang nak lepas geram ke apa bolehla pegi kat ujung tu


View dari apartment

Kegemaran depa... Butterscotch dan Indulgence. Dia style order bukan ready made sebab brader ni jual dari rumah. Anyway selain nak jamu depa, kek ni jugak sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22. Happy Anniversary My Dear Wife hehe

Hari Sabtu memang kami tak pergi mana. Lepak bilik, mandi kolam dan keluar makan-makan aje. Maklumlah bukan senang nak jumpa macam ni lagi, paling cepat pun sebulan sekali. 

Sampai hari Ahad depa ajak masuk pulau pulak. Aku ni walaupun banyak kali ke Penang tapi jarang masuk pulau. Aku ok aje cuma suasana asyik mendung aje sejak semalam tu yang susah nak plan apa-apa. Macamanapun lepas sarapan kami menyeberang jambatan masuk ke pulau sekali lagi. 

Timbullah idea spontan nak ke Bukit Bendera. Masuk pulau ni pun takde plan apa-apa. Tempat ni asyik gagal aje sebab orang terlampau ramai. Dulu berjaya naik sekali... itu pun gunakan Jeep. Kalo guna train setakat ni belum berjaya. Memang betullah... tak berjaya lagi. Punyalah ramai orang sampai tak sanggup rasa nak beratur panjang. Dah upgrade facilities ke tak upgrade ke sama aje. Tak de rezeki nak naik le tu. Lain kali kalau plan nak mai sini kena awal-awal pagi.


Masa menunggu yang terlalu lama macam ni menyebabkan semua sepakat kensel aje Bukit Bendera ni

Tak dapat Bukit Bendera tak mengapa. Cari jelah alternatif lain.  Jomlah kita ke Botanical Garden pulak. Masa ni dah 11 lebih. Sekejap aje nak sampai sini. 

Tempat ni memang cantik, tapi cuaca pulak mendung. Jalan-jalan kejap aje dah kena hujan. Musim hujan nampaknya Penang ni. Semua agree nasib baik tak naik Bukit Bendera tadi kalo tidak kena hujan ajelah dah la penat beratur. 

Macam cantik lagi cuaca masa ni




Tak sempat nak lari, semua terperangkap kat bawah pondok kecik ni... tapi anak aku kata ni baru sweet memory macam dalam movie. Adeh

Sikit punya lebat ke macamana mau lari




Lama pulak hujan ni tak mau berhenti. Tengok hujan makin slow, apa lagi berlari-lari teruslah ke kereta. Dah pukul 1 dah masa ni. Lalu area Georgetown, susah nampaknya nak dapat makanan halal sini. Salah tempat nampaknya. Cari gerai Melayu haram tak de. Dah macam Hong Kong aje Georgetown penuh dengan gerai makan Cina. Jem teruk pulak kat sini tiba-tiba. 


Terpaksa la menuju satu shopping Centre sebelah Komtar. Confirmlah ada banyak restoran kat dalam tu. Settle.

Dah petang sikit depa ajak ke Padang Kota pulak. Paling koman orang Penang kata boleh makan rojak ke cendol ke. Ramai orang jugak Padang Kota ni pun. Nak parking pun susah. Tapi dah memang rezeki, Alhamdulillah ada satu parking kosong yang strategik betul. Bagus.


Depa pi order pasembor, cendol, ABC dan laksa. Boleh tahan rasanya dan harga pun taklah pekena orang macam dulu-dulu. Peniaga pun takde dah datang serbu cari pelanggan sampai stress macam sebelum ni. Ada perubahan. 



Senyuman aku ni khas sebab aku tengah syok nak makan laksa yang memang favourite aku


Untung brader ni haha... tak berhenti orang beli mainan kat dia



Esoknya lepas check out kami menghantar Arif ke Penang Airport. Masa suntuk nampaknya tulah aku suruh siap cepat depa buat ralit je. Makan McD kat airport pun kena cepat-cepat. 

Tak cukup tu ada lawak last minit iaitu pengumuman di PA system "Diminta penumpang terakhir Arif Haikal datang segera ke balai perlepasan". Aku ingat domestik bolehlah lewat-lewatkan sikit rupanya tak boleh juga. Mendapatlah satu airport dengar nama dia ....😅😅

Sekejap benor flight Penang-Kuantan ni. Belum sempat hantar kakak dia, dia dah call bagitau selamat mendarat. Tak sampai sejam rasanya... Alhamdulillah. 

Lunch @ Bangkok Station Bandar Perda. Nabila kata kedai ni agak top kat sini. Masa tengah nak makan ni lah Arif bagitau dah sampai... tambah senang hati la nak makan hehehe

Selesai menghantar Nabila pulak, kami suami isteri bertolak ke Manjung. Selamat tinggal sayang-sayang sekelian.