6 November 2019
Alhamdulillah. Baru baru ini sekeluarga ke Permatang Pauh lagi untuk meraikan Konvokesyen Nabila. Syukur anak dara aku ni telah berjaya menamatkan diploma dalam bidang Electrical Engineering dan syukur sekali lagi kerana telah mendapat tawaran dan kini menyambung di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.
Untuk penginapan, kami stay di Hotel OYO Sri Indar. Ratenya RM 94.00 termasuk sarapan. Jauh sikit dari UITM, sebab hotel- hotel berdekatan semuanya penuh. Salah akulah tak booking awal-awal.
Pagi - pagi lepas check out, terus ke UITM. Jauh pulak tempat parking yang ditetapkan dengan dewan konvo. Merata aku pusing cari tempat parking yang strategik, akhirnya terjumpa satu tempat kosong agak dekat area pusat kemudahan. Tak lah jauh sangat.
7.30 kena masuk dewan katanye. Sekali pukul 9.30 baru start. Lama menunggu tu. Tak pe lain kali aku dah tau pukul berapa nak datang. Silap-silap sama dengan chancellor baru aku mai π
Foto-foto di bawah sekitar hari Konvokesyen yang bersejarah ini.
Family room hotel OYO Sri Indar
Cantik hiasannya
Gigih Nabila dan wife aku buat sendiri bunga ni. Memori katanye. Padahal punyalah ramai orang jual bunga-bunga macam ni otw ke UITM dan tepi dewan konvo tu haha
Bunga ke 2. Anak beruang tu free gift dari Vono entah zaman bila punyaπ
Pentas bergambar sebelah dewan
Suasana dalam dewan... Aku mai agak lambat banding orang lain, itu yang kena dok belakang. Nampaknya geng depan lagi lamala kena tunggu
Depan dewan
Adik pun nak grad jugak
Anak anak sekelian, ayah pun teringin nak menunjuk yang ayah pun pernah grad tau. Tapi gambar ni dah berzaman punya laπ
π
Dahaga kot kena berjalan jauh ke cafe
Menunggu depa dua beranak dok ambik gambar dengan tabah sekali
Tahniah anakku sayang. Semoga lebih cemerlang di peringkat Ijazah.
No comments:
Post a Comment