Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Tuesday, May 26, 2026

OATH TAKING CEREMONY & GRADUATION DAY

27 SEPT 2025 : Oath Taking Ceremony - Kulliyyah of Medicine IIUM

Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran atas kejayaan anak lelaki sorang ni berjaya menamatkan pengajiannya di IIUM.

Suspen habaq hang dari dulu anak aku yang ni memang suka  bagi copot jantung. Yelah bila tanya pro exam hari tu boleh buat ke, jawapan cliche dia sama je.. taktaula macam susah ja. Dapat result pun masa dalam kereta tengah menuju Kuantan sebab dapat arahan untuk mengosongkan blok dan kena pindah bilik walaupun lulus atau tidak, sebab student baru nak masuk. Terharu sungguh masa Haikal call bagitau dia lulus tu.  

Syukurlah dah lulus, sebab ada je yang kena repeat semester atau repeat year.

Anak sepasang Allah bagi. Alhamdulillah kakaknya pulak dah lama graduate degree Electrical Engineering dan sekarang bekerja di Lumut. Sebelum ni di Kuantan.

Jadi pada 26 September semua gerak ke Kuantan untuk upacara angkat sumpah sebagai pengamal perubatan. On the way tu singgah makan kat Warung Rijab Ustaz, Kampung Sungai Haji Durani.  Menarik lokasinya dalam sawah padi yang menghijau. 

Ini kali kami menginap di Imperial Apartment Swiss Bell Tanjung Lumpur. Sayang biliknya best view cantik tapi bilik kurang bersih.

Gambar dibawah sempena upacara bersejarah tersebut. 




9 DEC 2025 : Hari Konvokesyen

Next sampailah ketika untuk graduation date yang sebenar, kali ini diadakan di IIUM Gombak pulak, maklumlah Gombak ni memang main campus. Ramai betul orang masa ni. Nak dapat parking pun susah sikit la.

Tahniah Dr Arif Haikal. Tentang lapor diri pulak, offer letter semua student pun dah dapat hari tu. Ada beberapa kali pengambilan HO dalam masa setahun, jadi boleh pilih nak join bila. 






Sepupu depa mai

Kawan seperjuangan


 Depa nak photoshoot so aku cadang ke Taman Tasik Titiwangsa.



Sunday, May 29, 2022

Arif Haikal ke IIUM Kuantan

Catatan 7 - 11 Nov 2021

Lama betul entry ni terbenam kat dalam draft. Kena publish la.

Nampaknya dah sampailah masa menghantar Arif Haikal ke IIUM Kuantan untuk menyambung pelajarannya lepas tamat Asasi di IIUM CFS. Yelah dekat 2 tahun belajar online mana boleh jadi. Dewan kuliah pun tak pernah jejak kaki. Paling best masuk aje dah 2nd year terus jadi senior tak payah attend orientasi bagai.

Maka pada hari Ahad bertolaklah semua ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Check in di GM Hotel selama 3 malam dan Veer Hotel selama 1 malam.

Hari Isnin pagi kami dah ada dalam IIUM ni. Terus pegi sarapan di kantin Mahallah Khalid Al Walid. Makanan boleh tahan sedap. Satu yang best IIUM ni procedure masuk tak ketat berbanding UITM, alhamdulillah.  

Untuk masuk kolej, student cuma perlu buat PCR test negatif  terus dapat bilik dan kunci.  

Selama 4 malam di sini, kesemuanya Arif Haikal  tidur dengan kami di hotel. Pagi pagi singgah sarapan dan terus pergi hantar dia ke kolej semula. Syukurlah keluar masuk tak ada masalah.

GM hotel ni memang ok, sewa dia RM144 semalam

Sarapan di kantin Mahallah. Lepas ni anak aku kena makan sinilah selalu

View dari kantin

Jualan makanan kat depan lift ni student punya agaknya, style ambik dan letak duit sebab takde sapa tunggu

Mahallah Khalid Al Walid

Satu dorm ada 4 orang dan dipisahkan bilik masing masing, kira privacy lah sikit

Ni makan malam kat Gerbang Bandar Indera Mahkota 

View dari tingkap bilik

Fakulti Arif Haikal 

Dua beradik ni pergi riki riki library. Tak cukup tu pi tengok swimming pool. Terkini anak aku bagitau dia dah beberapa kali pi mandi pool. Hebat IIUM siap ada pool


Masjid.... sini semua bangunan saiz besar


Tasik sebelah masjid

Depa ajak pi makan malam kat Texas Chicken. Malam berikutnya makan di Andaman Tomyam depan hotel, sedaplah jugak


Tepian sungai Kuantan memang menarik waktu malam. Ramai orang sampai nak cari parking pun payah


Makan malam di Ana Ikan Bakar... ni masa nak balik. Aku pegi awai sikit  jadi orang belum ramai macam ni

 Bilik Veer Hotel... semua ok je, cuma yang tak best sebelah hotel ni ada construction works. Dia punya piling memang bisinglah

Sarapan di Restoran Qaseh Adinda Indera Mahkota

Makan tengahari di Restoran D'wan family Indera Mahkota lagi

Sarapan kali ke 2 kat sini rasanya. Restoran D'WAFI ni famous... kerabat Diraja Pahang pun makan kat sini katanya

Takde apa aktiviti dibuat selain keluar makan. Sebab kedua anak aku ada kelas. Nabila kena kelas online. Aku sebenarnya takde plan nak tinggal banyak hari kat sini tapi tulah... maknya tak sampai hati nak balik awal. Huhuhu. Maklumlah dah lama sangat dok sama sama masa PKP. 

Dah 4 malam ni, dah dah lah tu maknye. Jomlah kita pulang ke pangkal jalan. Maka tiba masa kami pun tinggalkan Arif Haikal di IIUM Kuantan. Semoga dapat menyambung pelajaran dengan selesa dan sempurna. InshaAllah.

Otw balik singgah dulu Temerloh. Makan tengahari di Along Patin. Aku makan nasi lauk biasa je. Geng wanita ni suka beno dengan patin. Heran aku tak jemu jemu deme ni

Lewat petang, masa ni dekat nak sampai dah. Singgah makan di Lekir. Alhamdulillah Allah permudahkan  perjalanan pergi dan pulang kami dengan selamat

Friday, January 31, 2020

Konvokesyen Nur Nabila


6 November 2019

Alhamdulillah. Baru baru ini sekeluarga ke Permatang Pauh lagi untuk meraikan Konvokesyen Nabila. Syukur anak dara aku ni telah berjaya menamatkan diploma dalam bidang Electrical Engineering dan syukur sekali lagi kerana telah mendapat tawaran dan kini menyambung di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.

Untuk penginapan, kami stay di Hotel OYO Sri Indar. Ratenya RM 94.00 termasuk sarapan. Jauh sikit dari UITM, sebab hotel- hotel berdekatan semuanya penuh. Salah akulah tak booking awal-awal. 

Pagi - pagi lepas check out, terus ke UITM. Jauh pulak tempat parking yang ditetapkan dengan dewan konvo. Merata aku pusing cari tempat parking yang strategik, akhirnya terjumpa satu tempat kosong agak dekat area pusat kemudahan. Tak lah jauh sangat.

7.30 kena masuk dewan katanye. Sekali pukul 9.30 baru start. Lama menunggu tu. Tak pe lain kali aku dah tau pukul berapa nak datang. Silap-silap sama dengan chancellor baru aku mai 😆

Foto-foto di bawah sekitar hari Konvokesyen yang bersejarah ini.

 Family room hotel OYO Sri Indar

Cantik hiasannya

Gigih Nabila dan wife aku buat sendiri bunga ni. Memori katanye. Padahal punyalah ramai orang jual bunga-bunga macam ni otw ke UITM dan tepi dewan konvo tu haha

Bunga ke 2. Anak beruang tu free gift dari Vono entah zaman bila punya😅

Pentas bergambar sebelah dewan


Suasana dalam dewan... Aku mai agak lambat banding orang lain, itu yang kena dok belakang. Nampaknya geng depan lagi lamala kena tunggu

Depan dewan




Adik pun nak grad jugak

Anak anak sekelian, ayah pun teringin nak menunjuk yang ayah pun pernah grad tau. Tapi gambar ni dah berzaman punya la😅😅

Dahaga kot kena berjalan jauh ke cafe 

Menunggu depa dua beranak dok ambik gambar  dengan tabah sekali

Tahniah anakku sayang. Semoga lebih cemerlang di peringkat Ijazah.