1 - 3 Jan & 14 - 16 Mac
Tajuk "from taiping with love" ni sempena kartun dalam komik Gila-Gila dulu dulu. Saja aku letak dalam entry ni sebagai mengenang nostalgia muda-muda.
Dah November ni. Entry Januari dan Mac pun baru nak publish. Penangan Covid 19 le gamaknya. Lagipun bila anak anak ada di rumah ni, terasa cepat betul masa berlalu . Macam tak sempat nak update blog hahaha. Dari bulan Februari tahun lepas depa ada di rumah. Alhamdulillah seronok rasa dapat berkumpul sama.
Pergi Taiping ni sempena kerajaan benarkan rentas daerah, jadi ambik peluanglah. Dua kali mai Taiping ni sebenarnya. Kali ke 2 bulan Mac tu sebab nak hantar Nabila ke UITM. Anak aku ni kene balik sebab ada kerja kerja lab katanya. Dekat nak raya baru balik rumah semula.
Tak berapa ingat rentetan peristiwanya, jadi campur campur pun kira ok lah.
Untuk penginapan kami tinggal di Hotel OYO Casavilla dan Wawa Golf Inn masa kunjungan Januari tu. Wawa Golf Inn tu katanya berhantu dan macam macam yang menakutkan kalau ikut ulasan. Tapi aku tengok elok aje, semua orang nyenyak tidur sampai ke pagi. Namun kedudukannya yang agak terpencil jauh dari bandar dan suasana agak suram dan menyedihkan seperti bangunan lama yang ditinggalkan mungkin menyebabkan hotel ni taklah berapa favourite. Tapi kami semua tak kisah belasah aje janji selesa😁
Hotel Seri Malaysia Taiping pulak masa kunjungan Mac. Macam macam benda yang best kat Taiping ni seperti berbasikal serta naik paddle boat di Taman Tasik, makan makan di gerai bawah Larut Matang, yang ni memang best dan penuh nostalgia. Serta melawat Zoo, Museum lama, menjenguk air terjun dan lain-lain.
Parking Wawa Golf Inn
Wawa Golf Inn ni background gunung yang cantik... takde la pulak nampak sebarang hantu. Harga rm45 je family room. Lepas tengok gambar bilik dengan harga yang macam tu, tu yang buat tak sabar nak booking hahaha. Plan asal nak tido Kuala Kangsar untuk malam kedua tapi entah macamana depa ni nak sambung Taiping lagi
OYO Casavilla ni betul-betul tengah bandar Taiping
Seri Malaysia... 2 malam sini
Attraction utama Taiping semestinya Taman Tasik. Tempat ni memang legend lah
Lepak lepak, bentang tikar... tak sedar masa berlalu
Jom naik bot
Ishh rambut anak aku niiii
Seronok dan terasa lebih family bonding naik Paddle Boat ni
Bukan Taiping lah kalau tak hujan😅
Ayuh anak anak kita masuk ke zoo ye
Train dalam zoo
Aku syak last masuk muzium masa depa kecik sangat lagi. Masa ni hujan tiba tiba, tu yang anak aku dapat idea nak masuk muzium
Muka bahagia dapat masuk muzium 😁
Burmese Pool. Singgah tengok aje
Makanan kat Medan Selera Larut Matang ni sedap sedap belaka. Paling mantap jiwa dia punya pasembor dan popia basah. Ada 2 gerai popia, yang melayu tu lagi sedap bagi aku
Sarapan kat Seri Malaysia
Dinner kat Damia Tomyam Western Food ni memang sedap, murah dan cepat. Lokasinya sebelah Bazar Kamunting
Gambar last ni masa dah sampai Penang. Makan makan sebelum hantar Nabila ke UITM. Sampai sana, PKP punya pasal hanya sorang je boleh hantar sampai ke dalam Kolej. Yang lain kena tunggu dekat area pintu depan.
No comments:
Post a Comment