Sunday, July 13, 2025

SHORT GATEAWAY, SWEET MEMORIES

30 JAN - 1 FEB : PANTAI TELUK BIDARA & PANTAI JAMBU MANGKOK, TERENGGANU

Tak sampai 2 minggu balik dari Yunnan, depa ajak bercuti lagi. Untuk kesekian kali kami ke sini selama 3H2M. Yelah Terengganu ni taklah terlalu jauh mana dengan Kuantan nak dibandingkan kalau dari Manjung sana. Lagipun bukan senang nak dapat masa yang sesuai dengan Haikal, maklumlah study dia kat IIUM tu bukan main sibuk lagi.

Bukan ada plan apa pun nak pi mana, yang penting jalan dulu. Rasanya ni kali kedua guna highway ke Kuala Terengganu dari Kuantan.

Singgah satu kedai kat Beserah iaitu D' Zalira Cafe. Selalu je kami sarapan kat sini. Menu dia terutama nasi lemak kerang dan pulut rendang memang sedap.

Lebih kurang 2 jam perjalanan sampailah di RnR Paka. Singgah sini kejap. Nak beli kudap kudap.

         

Jalan terus depan sikit tiba di LPT Kuala Dungun Toll Plaza. Kami susur keluar ikut sini sebab nak tukar angin, nak lalu jalan tepian pantai pulak.. layan angin laut.


Sambung lagi hingga ke Pantai Teluk Bidara. Cantik pantainya dengan view hebat dari atas bukit. Sebelum ni pernah sampai tapi tak mai sampai bukit rumah api ni. Dengan pepohon kelapa yang melambai, rasa macam dalam drama pun ada.



Teruskan lagi perjalanan lebih kurang sejam sehingga sampai ke Pantai Pulau Kekabu. Sebelum tu singgah satu restoran tepi jalan dan tepi laut. Tak ingat pulak kedai apa. Menarik view dia, boleh nampak Pulau Kapas dari sini. 

Sotong celup tepung dia memang fresh dan padu. Selain tu order order sepinggan nasi ayam dan ikan celup tepung. Tak lapar sangat lagi sebab baru makan kat RnR tadi.


Sotong diselubungi tepung krup krap

Sini pon lawa tapi kami tak jalan jalan pun sampai hujung tebing tu, lain kalilah

Sampai Hotel Seri Malaysia pun dah petang. Takde keluar mana mana dah. Teman dah rase segan ni. Makan malam pun order grab aje.

Best dok hotel ni, ada view sungai. Ni gambar dari kafe hotel di tingkat bawah

Semua menu sedap belaka. Paling rare, ada nasi minyak untuk sarapan style Pantai Timur. Jarang jumpa menu macam ni kat tempat lain, lagi lagi hotel



Kenyang isi perut kami ke Mayang Mall saja pegi jamu mata, takde beli apa pun rasanya kat sini.




Selesai sudah senaman kaki dalam mall ni kami pun balik ke kereta.  Melintasi Kuala Terengganu Drawbridge untuk teruskan perjalanan ke utara. Laluan tenang cuaca pun cantik.

Asyik lalu bawah aje, naik atas belum pernah lagi

Waktu solat Jumaat dah tiba, jadi berhenti dulu untuk tunaikan kewajipan. Lepas solat sambung perjalanan sampailah terasa lapar terus singgah satu kedai tepi jalan ni. Tak ramai orang maklumlah dah lepas waktu puncak.

Makan tepi laut macam ni jadi bertambah sedap rasa kari kepala ikan ni.



Perut dah kenyang teruskan perjalanan lagi.. sekejap aje kemudian tibalah kami di Pantai Mangkok yang terletak di dalam daerah Setiu.

Pantai Mangkuk ni menjadi lokasi utama yang muncul dalam filem Pulang lakonan Remy Ishak. Dah alang alang ada di Kuala Terengganu ni terus jelah mai tengok sendiri.







Ada sungai di sebelah sana

Resort ni diberi nama sempena filem Pulang


Jeti Pelancongan Kampung Mangkok ni jugak salah satu lokasi penting filem Pulang termasuk jugak filem Polis Evo.





Otw patah balik ke Kuala Terengganu kami singgah sekejap lepak di Pantai Penarik sambil layan kudapan. 


Terus jalan lagi hingga tiba di Makming Keropok Lekor. Sebelahnya ada Kedai Nasi Ulam Cikgu Sauti yang terkenal dengan kari kepala kambing. Sempat jenguk kepala kambing tu nampak ada gigi dia sekali, seram pulak rasa. 

Walaupun dah petang, masih ramai pelanggan di kedua dua kedai ni. Kami sekadar beli keropok.


 Keropok jenama ni dari dulu makan memang rangup sedap

Sampai Kuala Terengganu pun dah malam. Apalagi terus cari tempat makan. Teringat pulak malam tadi nampak ada pasar malam sebelah hotel. Uptown Pulau Warisan namanya. Pulau Warisan Kuala Terengganu ni pulau buatan di muara Sungai Terengganu. 


Jalan Kg Cina depan Hotel Seri Malaysia

Pulau Warisan memang port lepak best. Pelbagai jenis makanan dan minuman ada. Dari menu tempatan sampai ke western, kudapan pun macam macam.  Tempatnya luas dan lapang, ada meja kerusi untuk makan. Parking pun senang, jadi memang santai ler kalau nak lepak malam malam.







Menu hidangan di hotel sebelum balik

Semalam nasi minyak, hari ni nasi hujan panas. Confused nak sarapan ke nak pi makan kenduri😁

Habis dah 2 malam bercuti, kami pun balik ke Kuantan. Dalam perjalanan tu singgah satu kedai beli ketupat sotong Terengganu. Versi Kelantan punya tak pernah nampak lagi kat sini.

Dulu dah try sekali.. yaa hari ni repeat lagi. Tapi kali ni sotong jenis besar sikit, jadi kurang lembut katanya 

Singgah Teluk Bidara sekali lagi untuk piknik santai. Sebelum tu sempat beli sedikit makanan dulu. Pantainya memang tak pernah mengecewakan. Cantik, pasir halus keemasan, air laut biru kehijauan, tenang.. syok habis.





Punya lama lepak sini siap buat penggambaran drama lagi

Ada ran atas pokok ni


Mana nak dapat tempat macam ni punya sempoi, siap boleh tidur atas pokok bertemankan angin dan pantai cantik


Selamat tinggal Terengganu, untuk moment indah. Sampai jumpa lagi, nanti kami datang lagi dan lagi😀🌊

No comments: