18 JAN : SHANGRI LA - KUNMING
Masa pun dah tiba untuk bergerak ke destinasi terakhir dalam trip ni iaitu Kunming. Rasa lega dan syukur sebab semalam owner guesthouse dengan baik hati offer nak hantar kami awal pagi ke stesen keretapi Shangrila. Tak payah fikir nak cari Didi atau risau terlewat. Alhamdulillah.
Pagi ni kami bangun awal, kemas barang dan turun dengan hati yang tenang. Dalam cuaca sejuk di Shangrila ni kami pun bergerak ke stesen keretapi. Semuanya lancar dan on time maklumlah ada driver pagi ni 😎.
Tiba di stesen Kunming terus book Didi. Lama jugak menunggu katanya dah sampai, tapi bayang pun tak nampak. Rupa rupanya dia tunggu nun seberang sana jalan, mana ler kami perasan. Anak anak aku pegi cek baru dapat. Tak tahu pulak sini Didi tak masuk. Huhu. Menapak le lagi sikit.
Stesen Kunming ni memang sentiasa meriah dan paling ramai manusia setakat ni. Tak pasti sebab weekend atau sebab ni stesen utama. Semua orang pun pakat pilih hari yang sama nak travel ke macamana.
Tak ambil masa lama pun sebenarnya nak sampai ke Mingfanju Hotel yang terletak di Yuntai Building ni, tapi sebab jalan jem tadi, sampai pun jadi lewat sikit.
Dah agak petang baru sampai hotel. Reception hotel ni pulak bukan macam biasa di tingkat bawah, kena naik lift dulu entah di tingkat berapa kami pun dah lupa, janji sampai😅
Masuk je bilik... terus semua macam wow! Bestnya. Siap ada dua bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Tak perasan pulak ada peralatan memasak ke tak. Yang pasti dapur elektrik dan cerek air ada.
Ni kira malam terakhir kami semua di bumi Yunnan. Esok dah nak balik Malaysia. Cepat betul masa berlalu.
No comments:
Post a Comment