18 SEPT 24
Dah masuk tahun baru 2025 ni. Kira jadi 2 tahunlah cerita pasal Dalat tak habis lagi. Hahaha. Akan tetapi akan ku habiskan jugak entry ni walau se slow kura-kura.
Hari ni menu nasi putih bersama sotong dalam tin. Fillet goreng dan telur. Tak ketinggalan menu favourite cucur segera cicah sambal.
Nabila sediakan tortila untuk Haikal. Kesian katanya nak biar adik dia makan nasi. Dia ingat adik dia ni mat saleh hahaha
Sekarang sampai giliran ke attraction berikutnya iaitu Valley of Love. Tengok review macam bagus. Katanya tempat ni tersenarai sebagai attraction pilihan kat Dalat. Ada peluang ada masa jangan disia siakan. Entry fee dia RM37/person. Dibuka setiap hari dari 7.30am sehingga 5pm.
Hari ni tak sewa skuter sebab cadang nak guna grab pulak. Habis sarapan dan selesai mengemas, semua orang pun bersiaplah nak jalan-jalan. Pukul 10 baru berjaya gerak. Perjalanan dalam 15 minit saja.
Berdasarkan peta, nampak tempat ni macam agak luas
Ada jambatan kaca kat depan entrance ni
Jalan depan sikit ada maze tapi depa kata nak try balik nanti.
The Maze of Love Valley. Bentuknya pun love
Laluan pertama dia pun dah gempak. Melambangkan Valley of Love.
Turun bukit sikit ada chess gergasi. Buaian dan pondok rehat jugak ada disediakan. Toilet pun ada kat area sini.
Ada muzium lilin jugak. Agent 007
Dalam semua tempat yang pernah kami pergi sepanjang di Dalat ni, tempat inilah yang paling luas. Menangis kalau nak berjalan kaki di sini. Nasib baik tempat ni ada sediakan buggy untuk pergi dari satu attraction ke attraction lain. Free, naiklah pi mai pi mai pun.
Lawa pulak view dari atas ni
Turun tangga untuk naik buggy
View dari atas buggy
First stop berenti kat garden ni. Memang best tempat ni. Boleh bagi makan ikan dan view taman taman indah.
Rombongan dari Malaysia pun ada mai sini. Dari Kembara Sufi kalau tak silap le. Pakej Vietnam 6 Negeri 6 Hari 5 Malam. Dahsyat juga pakej ni sampai 6 negeri depa pegi.
Rumah putih ni cafe
Bagi ikan makan ni special sikit sebab menggunakan botol susu. Kelakar le pulak. Seronok betul rasa bagi makan style ni banding campak-campak dalam air tu. Ikan-ikan ni sampai timbul-timbul berebut-rebut nak hisap botol susu. Haha.
Semua pakat bagi makan
Selesai bagi ikan makan, jalan-jalan ke area cafe sebelah sana. Sini ada lagi taman bunga macam seakan-akan maze. Kemas bersih tersusun cantik.
Habis dah pusing jomlah tunggu train ke tempat lain pulak.
Sebelah tempat tunggu train pun suasana punya cantik penuh kekuningan
Train membawa kami ke second stop iaitu 30 Wonders Valley of Love, iaitu kawasan replika bangunan-bangunan terkemuka di seluruh dunia. Tree top walk pon ada. Sini agak ramai orang termasuk orang Malaysia. Tadi dalam buggy pun ada Cina dari Sitiawan.
Sphinx Mesir dan Arch de Triomphe France. Hujung sana ada gerai-gerai
Colossium Italy
Taj Mahal India
Opera House Australia
St Basil's Cathedral Rusia
London Bridge UK
Bergen Norway
Stonehenge UK
Banyak sangat replika kat sini termasuk KLCC dan lain-lain. Puas merayau depa ajak makan aiskrim. Tengok geng pakej semua makan, kami pun sapu jela. Hehe.
Comel pulak eskrem bentuk durian ni
Berikutnya naik semula train dan turun dekat tasik. Nak naik itik pulak deme ni. Itik ni pun dah termasuk dalam harga tiket. Kayuhlah lama mana nak kayuh.
Taman depan tasik.
Selesai acara kayuh mengayuh dan bergambar depan tasik, kami terus naik buggy yang selalu ada ni untuk balik. Buggy ni akan berhenti kat stesen terakhir area chess tadi.
Kat sinilah kami turun. Tak lama lepas turun tu tetiba hujan sekejap
Laluan sama untuk balik
Menjelang 4 lebih, kami pun menuju ke bandar Dalat semula. Cari kedai makan la apa lagi. Terus restoran Halal Kampung Melayu. Nyaris nak tutup sekejap sebab staff dia dah letih layan rombongan cik kiah sebelum ni. Masa sampai tu aku nampak penuh pinggan mangkuk atas semua meja dia.
Nasib baik dah call dulu sebelum mai sini. Tak dapatlah dia nak mengelak. Rasa macam tak laku pulak duit aku ni. Hahahha.
Alhamdulillah kenyang. Rasanya sedap jugak tambahan tengah lapar camni maklumlah last kami makan pagi tadi
Terhibur Haikal ada menu roti. Bekalan roti haritu dah lama habis
Ini menu malam Nabila masak sup tauhu telur bersama jus tembikai
Tamat day 9... seharian di Valley of Love. Malam takde aktiviti dah.