16 JAN : LIJIANG - SHANGRI-LA
❤Shuhe Ancient Town ❤Tiger Leaping Gorge
Program hari ini adalah ke Shangri La tapi singgah dulu di Tiger Leaping Gorge yang memang terkenal. Sebenarnya, ikutkan perjalanan terus ke Shangri La naik train lebih jimat tapi sebab nak ambil peluang singgah di Leaping Gorge, kami pilih untuk naik Didi.
Sebelum tu nak ke Shuhe Ancient Town sekejap.
Mulakan pagi dengan sarapan ringkas iaitu roti dan buah buahan, termasuk limau manis yang sentiasa setia menanti di lobi hotel, free aje. Sebelum keluar, sempat juga packing barang barang.
Pintu gerbang ke Ancient Town
Shuhe ni lebih kurang dalam 10 ke 15 minit dari hotel. Ia merupakan sebuah perkampungan lama etnik Naxi yang bersejarah.
Laluan batu yang disusun di laluan pejalan kaki sejak zaman Dinasti Qing dan Ming ini terasa unik dan klasik
Shuhe Ancient Town yang wujud lebih awal berbanding Lijiang Old Town ini lebih tenang, santai dan tidak sesak. Namun dari segi tarikan, Lijiang Old Town lebih meriah dan menyeronokkan.
Jernih airnya
Seketika di sini kami pun beredar. Balik semula ke hotel untuk ambil semua beg dan checkout. Lagi sekali order Didi untuk ke Tiger Leaping Gorge
Perjalanan kali ni kurang bernasib baik. Tersalah letak location dalam apps Didi. Nama yang sepatutnya ialah Tiger Leaping Gorge di Qiaotou Town. Masa nak letak nama tu dia akan keluar Tiger Leaping Gorge di 3 tempat berlainan. Pernah terbaca yang ni tapi sampai masa terlupa le pulak.
Kami memang percaya kat driver ni, jadi takde sapa cek map dalam Didi waktu tu. Lagipun tempat sepopular ini mustahil driver tak tahu. Sepatutnya, sebaik aku tunjuk gambar Tiger Leaping Gorge iaitu gambar harimau batu, dia boleh betulkan arah. Tapi dia hanya angguk angguk tanda takde masalah. Kami rasa mungkin dia ambil kesempatan sebab nak cover kerugian perjalanan balik atau risau takde pelanggan.
Perjalanan dari Lijiang ke Tiger Leaping Gorge mengambil masa dalam sejam lebih. Tambang asal Didi RM116, namun kami terpaksa tambah beberapa puluh ringgit lagi. Sayang juga, masa terbuang camtu je.
Tapi itulah... menipu tu kan tak baik. Lepas drop kami dan nak buat u turn terus kereta dia terlanggar divider, kemek bahagian depan. Kena karma letew.
Perjalanan
Tiket masuk ke Tiger Leaping Gorge ni seorang 65 yuan dibayar di pintu utama sebelum sampai sini. Untuk geng hiking rate dia lain. Manakala bagi yang nak guna escalator kena tambah lagi 70 yuan seorang.
Setibanya di sini kami terus pergi simpan dulu semua beg kat peti simpanan. Area tangga ni aje. Pastikan set up masa penyimpanan beg yang mencukupi. Sistem kat sini straight sikit.
Peti simpanan
Dah sampai. Turun tangga menuju ke escalator
View dari platform yang menempatkan escalator, toilet dan kedai kedai
Tiket entrance Tiger Leaping Gorg + tiket escalator
Sesiapa yang tak sudi guna escalator ni boleh je turun 500 anak tangga ke bawah, sihat pun sihat
Curam gaya escalator ni. Cantik laluan dia
Special kat sini boleh tengok view dari tebing tinggi dan sungai dia yang sangat deras selain batu harimau melompat tu.
Sungai ni biasanya keruh disebabkan hujan, hakisan tanah dan lain lain. Time winter macamni dapatlah tengok sungai turquoise jernih dan cantik
Tiger Leaping Gorge ni ialah satu lembah dalam yang terletak di antara Gunung Jade Dragon dan Gunung Haba. Dinamakan berdasarkan lagenda seekor harimau yang melompat merentasi sungai untuk melarikan diri dari pemburu.
Selesai meneroka Leaping Gorge dah agak lewat, jadi waktu balik tu kami terus ambil kereta sapu. Info dari security yang ada di situ. Kami setuju dengan harganya yang berpatutan walaupun jumlah sebenar dah tak ingat.
Alhamdulillah selamat tiba di Shangri La meskipun hari sudah malam. Sesampainya di Chunhe Courtyard HS ni, owner terus buka pintu sambut kami dengan senyuman dan peramah sebaik pintu diketuk oleh driver kami.
Tak cukup dengan layanan mesra dia suruh pulak kami ambik limau banyak mana pun kami nak. Kami pun ambiklah sikit... dalam hati segan juga. Takpe esok pagi pagi sambung ambik lagi😁
Homestay ni agak unik seakan akan ada sebuah rumah lain di dalam sebuah gudang
Bilik ni di tingkat 2
Dah serupa library dalam bilik kami ni
Laluan ke bilik mandi, tandas dan bilik mekap. Semuanya nampak bersih, moden, kemas dan nampak baru. Sepanjang kat Yunnan, inilah bilik air paling tip top
Masuk tandas je lampu biru menyala
Lepas urusan check in selesai dan letak semua beg, kami tak tunggu lama sebab misi seterusnya cari makan. Mujur masih ada Didi yang sudi jemput kami malam malam begini.
Jumpa satu kedai makan HALAL yang tak jauh dari hotel. Elok je terletak di tepi jalan besar.
Macam yang sebelum sebelum ni yak di mana mana
Sedap makan kat sini
Usai menikmati hidangan malam, tak ronda mana dah perut kenyang mata pun berat semacam. Terus balik hotel. Selamat malam Shangri La.