Friday, December 6, 2013

Sydney : Day 2

Catatan 20 November 2013

Lega rasanya dapat berehat semalaman di Malaysian Hall ni. Selepas mandi manda dan berkemas seluruh ahli keluarga kini telah bersiap sedia untuk berjalan-jalan sekitar Sydney. 

Yelah....walaupun Sydney ni sekadar transit untuk ke New Zealand, takkan nak lepaskan peluang melawat kota yang agak terkenal ni.

Sarapan....kurang sedap berbanding semalam, aku order untuk 3 orang pagi ni

Destinasi pertama untuk hari ni Opera House. Kata pujangga, kalau datang Sydney tu kira tak sah kalau tak melawat Opera House ni. Lagipun kat dalam TV kalau tunjuk Sydney mesti ada gambar Opera House termasuklah dalam cerita "Finding Nemo" yang box office tu.   


Sydney Harbour Bridge dari Opera House


Kenangan bersamamu di Opera House & Sydney Harbour Bridge

Kami tak lama kat sini sebab aktiviti utama orang kat sini adalah mengambil gambar yang tak begitu mengambil banyak masa......kecualilah memang nak menonton teater atau nak makan minum kat sini......mana mungkin tonton teater mat saleh, sedangkan teater Melayu pun tak tengok.



Habis kat Opera House kami ke destinasi seterusnya iaitu Manly Beach yang kira-kira 45 minit perjalanan.

Walaupun traffic light kat Sydney ni sekali sekala agak confuse dan sukar untuk difahami  tapi aku tetap jugak suka nak berkereta sebab bagi aku keselesaannya jauh lebih baik dari naik pengangkutan awam, mana nak tarik tangan anak lagi, nak angkut beg, nak survey route, masa menunggu dan lain-lain.


Terjumpa pelabuhan ni...apa nama entah aku pun tak tau...boleh nampak Sydney Harbour Bridge dari sini

 Melintasi Sydney Harbour Bridge
  
Kami dapati Manly Beach ni memang cantik  dengan laut dan langit yang kebiruan, pantai putih bersih dan tiupan angin dingin.





On the balik dari Manly Beach ternampak pulak view yang cantik ni

Macam terlebih, nampak sangat lapar hahahaa....maklumlah sejak lepas sarapan tadi asyik pulun buah buah je

Lepas puas melepak di Manly Beach masih ada sedikit masa lagi sebelum flight ke Christchurch New Zealand iaitu pukul 7.45pm. Kami ke tempat semalam (bahagian hujung tanjung bertentangan dengan Opera House). Menikmati  suasana di siang hari pulak.

Tempat ni memang favourite pelancong yang suka mengambil gambar Opera House dari jauh. Santai-santai sekejap di sini sebelum ke Airport.




  Kolam di sebelah laut...untuk latihan renang agaknya

Dah cukup masa kami pun bertolak ke Sydney Airport untuk ke destinasi seterusnya iaitu Christchurch New Zealand. Jam 7.45 malam waktu Australia pesawat Jet Star pun berlepas ke destinasi utama kami ini dan perjalanan mengambil masa 3 jam.

Thursday, December 5, 2013

Cuti Cuti Sydney : Day 1

Catatan 19 November 2013

Pesawat mendarat di Sydney Airport lebih kurang 10.45 pagi. Alhamdulillah pemeriksaan passport dan beg-beg berjalan lancar termasuklah beg yang mengandungi makanan dan ubatan. In fact beg aku langsung tak diperiksa.

Nampaknya list yang telah dibuat benar-benar membantu. Kastam yang tengok list tu dengan mudah release kami ke lorong yang terus ke luar, malah dia secara bergurau bertanya kalau ada list-list makanan tersebut boleh bagi kat dia sikit. Aku cakap "sure" dengan hati yang gembira sebab langsung tak de masalah.



Keluar aje terus aku ke kaunter Budget Car Hire. Untuk dua hari penggunaan Hyundai Auto yang masih baru ni AUD164.00 dikenakan. Memang agak mahal maklumlah rate sudah dikira sebagai summer season, tapi demi keselesaan sekeluarga sewa ajelah.



Lepas sumbat segala barang ke dalam kereta ni, aku pun segera set GPS aku ke Malaysian Hall di alamat 2, Alison Road, Randwick. Walaupun masih awal untuk check in, tujuan aku adalah untuk mendapatkan kunci terlebih dahulu dan nak order makan malam dan pagi siap-siap.


Urusan check in mudah aje dan Warden Malaysian Hall Kak Nani menempatkan kami di family room No 21. Sewa dikenakan sebanyak AUD120 dengan cagaran sebanyak AUD200. Memang murah rate ni berbanding mana-mana hotel di sini.

Aku difahamkan bilik belum ready lagi dan aku pun memang tak bercadang nak masuk lagi.....so takde masalah. Janji dapat kunci dulu.....bukan apa risau jugak kalau kalau lewat sangat nanti takde orang pulak.


Selesai aje urusan check in kami terus ke Sydney Fish Market. On the way tu singgah beli air dan buah buahan sikit. Alas perut. Fish Market ni agak terkenal di sini terutama kepada penggemar makanan laut. Sampai sini jam sudah pun menunjukkan pukul 3 lebih. 



Ambik tiket parking dulu...1 jam AUD 8



        
Banyak sungguh pilihan seafood yang ada kat dalam ni. Sebab nak merasa Lobster Australia maka kami pun order la sekor dan ditambah dengan udang besar, fish fillet, sotong dan oyster.

Dua bekas ni pun tak mampu nak dihabiskan....apalagi bawak balik ler. 

Mat saleh dua orang ni memang peramah habis. Siap nak bagi makanan dia lagi. Interview kami dua beranak macam macam dan tanya kalau kalau aku bercadang nak kerja kat Sydney, aku ketawa aje.....apalah kerja yang sesuai dengan aku kat negeri orang putih ni

Abis Sydney Fish Market kami ke Malaysian Hall semula untuk berehat, mandi dan solat jamak. 

Bilik yang simple dan selesa.

Dah puas berehat rehat, lewat petang tu kami keluar menuju ke Mrs Macquarie's Chair Road dekat Royal Botanic Garden. Sebelum keluar siap siap minta kakak tu bungkuskan makan malam kami. Dengan adanya bekas makanan yang kami bawa dari Malaysia semua makanan ni dibungkus rapi. Banyak makanannya dan cukup untuk 4 orang makan walaupun kami hanya order untuk 2 orang sahaja. AUD 7 untuk seorang.

Sydney ni yang aku tak berapa gemar ialah traffic yang kurang lancar dan pemandunya yang agak kurang ajar berbanding di Melbourne atau Gold Coast.

Walaupun dengan adanya GPS tetap jugak confuse sebab banyak jalan yang dijadikan jalan sehala dan tidak diupdate dalam GPS.

Apa pun sampai jugak ke Mrs Macquarie's Chair ni. Aku tengok ramai pelancong kat sini terutama di bahagian hujung jalan sedang mengambil gambar suasana malam Sydney Harbour Bridge dan Opera House.




Bila perut agak lapar, kami pun buka bekalan makanan dan apa lagi.....balun kat satu sudut bawah pohon yang sangat rendang di bawah sinaran lampu yang samar samar. Menu hari ni yang dimasak oleh Chef Sam dan pembantunya adalah ayam masak sedap...(sebab aku taktau masakan apa ntah) dan sayur. Memang best. 

Tetiba tengah sedap-sedap makan datang seekor binatang yang mukanya macam tikus lalu dan berenti kat belakang aku. Suspen aku nak bergerak......rupanya baru perasan yang kami makan kat depan rumah dia dalam lubang kat pokok ni. Hari dah malam, dah tentu lah dia nak masuk rumah dia.

Terpaksalah kami berganjak sedikit sampai tertinggal sedikit ayam kat situ. Luar dugaan binatang ni keluar semula dari lubang terus makan ayam tu. Patutlah sebelum tu aku tengok ayam macam lebih aje dari yang di order rupanya rezeki makhluk lain. 

Subhanallah.....teringat kami perihal rezeki makhluk. Alangkah jauhnya rezeki binatang itu di hantar Allah oleh orang dari Malaysia sedangkan binatang ini mungkin tidak pernah makan ayam seumur hidupnya. 

Begitulah Allah mengatur rezeki tiap-tiap makhluk kadang-kadang dari sumber yang tidak diketahuinya. Tak lama kemudian lalu sorang mat saleh yang bagitau binatang ni tak merbahaya cuma kalau terkena cakarnya boleh kena jangkitan kuman.

Inilah rupa binatang mata bulat warna merah yang datang malam tu...nama dia POSSUM. Saiz dia besar sikit dari bapak kucing...gigih aku copy gambar ni dari internet

Dah jenuh jamu mata dan ambik angin malam kat sini, kami pun balik ke kereta dan ronda ronda tengok suasana malam bandar Sydney sebelum pulang semula ke Malaysian Hall.

Selesai sudah hari pertama kat Sydney... 

New Zealand Trip - Travel Day

Manjung - LCCT - Sydney Airport

Travel Date : 18 Nov 2013

Maka masa yang ditunggu pun tiba. Isnin 18 November kami pun bertolak ke Putrajaya rumah adik aku Amir. Tujuannya sebagai transit pertama dan nak menumpangkan kereta aku di rumahnya. 

Perjalanan agak lancar pada mulanya sehinggalah semakin hampir dengan Putrajaya. Walaupun langit memang sedia mendung, tetiba aje turun hujan yang tersangatlah lebatnya diiringi ribut petir. Lebat sungguh hujan sampai jarak penglihatan jadi terhad.

Suspen jugak aku memandu dalam keadaan macam ni, tambahan pulak air makin naik dan banyak dahan kelihatan berguguran.....adeh.

Macamanapun alhamdulillah selamat sampai ke Putrajaya dan kami ke Alamanda sebentar melihat-lihat apa yang ada sebelum ke rumah Amir.

Lepas rehat kejap dan selesai mandi semua serta makan malam, Amir dan keluarga serta adik bongsu aku Aziz dan isteri menghantar kami ke LCCT.



Bilalah KLIA 2 nak siap.....tak payah berjalan kaki macam ni lagi

Kat Airport macam biasa check in dulu. Tapi ada jugak yang aku musykil tentang Air Asia ni. Sekarang ni diorang lebih strict dan hanya membenarkan hand carry maximum 7kg aje. Oleh kerana kami 4 orang seharusnya boleh sampai 28kg.

Tapi yang sakit hati dia tak mahu combine total weight sebaliknya setiap satu mesti less dari 7kg. Terpaksalah adjust balik 2 beg roda dan 1 beg galas yang ada tu. Ikutkan total semua hand carry aku tak sampai pun 20kg. Aku pun sedar gitulah kalau naik flight untuk rakyat marhein......kena banyak bersabar.

Aku tak berapa aware pasal ni mungkin sebab sebelum ni hand carry aku sentiasa less dari 7kg kot.  

Seperti dijadual lebih kurang 11.40 malam flight pun departure menuju Sydney Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam.


Lega....sikitttt aje lagi dah nak sampai

Wednesday, December 4, 2013

New Zealand Trip - Booking & Preparation

Booking Date : 3 June 2013

Tetiba aje tergerak hati aku nak tengok website Air Asia. Mana tau kot-kot ada offer baik punya. Try beberapa negara termasuk Japan dan Korea. Tak memberansangkan. Macam mahal je...

Tengok pulak Sydney. Bravo!!!.RM3880 returned untuk 4 Pax. Yes.....inilah peluang yang aku nantikan untuk mencapai percutian idaman kami ke New Zealand. Tengok pulak website Jetstar untuk route Sydney - Christchurch AUD 1256 returned untuk 4 pax.

Maknanya total RM7773 semua sekali. Bagi aku harga ni boleh tahan memandangkan tarikh departure 18 November sudah penghujung spring dan macam biasa le harga semua mesti sudah adjust macam summer punya rate.

Tarikh ni yang paling sesuai bagi kami sebab bebudak dua orang ni dah habis periksa dan cuti panjang. Lagi satu dapat jugak merasa melawat Sydney yang akan aku jadikan transit selama 2 hari pergi dan 2 hari balik. Maka pada 3 June aku pun booking kedua-dua flight.   

Terbeli benda ni masa flight ke Gold Coast tempohari. Adakah gambar ini relevan dengan booking date??

Preparation

Rentetan dari itu kamipun mula membuat pelbagai persedian yang secara ringkasnya seperti berikut :

1. Sebab aku dah memang plan nak amik kereta di Sydney dan campevan di New Zealand maka akupun belilah GPS di AEON Seri Manjung dan save semua favourite destination dan main attraction di Sydney dan New Zealand semua sekali termasuk tempat penginapan di kedua-dua tempat ini.

Tips aku untuk set up destination ni ialah pengguna kena pastikan tempat yang dituju adalah tepat malah kena confirm dengan google map sebab kadang-kadang ada alamat yang tak betul dan bertindih-tindih sudahnya boleh menangis tak berlagu bila sesat.

Terbang duit aku RM500++....install map AUS & NZ kena lagi RM100

2. Sebenarnya ada 3 option iaitu menyewa kereta, Motorhome ataupun Campervan. Search punya search aku buat keputusan untuk menyewa Campervan Jucy Rentals yang lebih kecil dan mudah dikendalikan berbanding Motorhome. Oleh kerana harganya  jauh lebih rendah dari Motorhome dan walaupun Jucy Campervan ni ada katil yang lengkap, demi keselesaan aku buat decision untuk tidur di motel setiap malam kecuali di Milford Sound sebab motelnya full house. Tambahan pula harga Powered Campervan Site (harga ikut pax - NZD 20/pax) di mana - mana Holiday Park beza sikit aje dengan harga sewa motel. Ada lebih baik aku amik motel.

Ertinya dalam hal ni aku dapat 2 kelebihan dengan kombinasi Campervan Jucy dan motel iaitu perjalanan yang selesa untuk anak-anak aku sebab boleh tidur atas katil masa travel (salah kalau ikut undang-undang.....tapi belasah ajelah), boleh masak makanan di mana sahaja (Campervan Jucy ni lengkap dengan peti ais dan dapur) dan waktu malam dapat tidur, masak dan mandi dengan selesa di motel.

Lagi best bila dijumlahkan sewa Jucy dan motelaku dapati harganya lebih rendah dari bayaran Motorhome dan sewa powered campsite. Ini sudah bagus. Of course pilihan ketiga iaitu kombinasi kereta sewa dan apartment lebih murah.....tapi pilihan ini tak berapa sesuai untuk kami sekeluarga.

3. Pasal makanan, Tesco Manjung memang tempat sesuai untuk mengumpul bekalan makanan di New Zealand nanti. Macam-macam perisa segera kami beli dari sini dan siap-siap aku prepare list untuk pemeriksaan kastam nanti. Ini termasuk jugak ubat-ubatan terutamanya untuk kanak-kanak. Beras, minyak semua tak perlu. Kat Christchuch macam macam ada.

Update: contoh list makanan dan ubatan

List ni memang sangat berguna. Kat dalam declaration form yang diberi dalam flight tick aje ada food and medicine dan tulis refer to attach list. Cuma perlu tunjuk kat imigresen atau kastam, insyallah settle.

Dekat Sydney pulak aku memang plan tak masak dan cadang nak order aje makanan kat Malaysian Hall.

Bertimbun!!! Bekalan untuk 8 hari di NZ

4. Untuk trip kali ni aku beli lagi satu hand carry, di AEON jugak.


5. Tentang pakaian pulak ada ler tambah sikit sikit termasuk stoking. Sweater lama bole pakai lagi...jimat. Kasut beli sorang sepasang kecuali aku. Gitulah pengorbanan seorang bapa....