Saturday, December 7, 2013

New Zealand : Day 1

Catatan 21 November 2013

Christchurch - Rakaia Gorge - Lake Tekapo

Inilah kali pertama naik Jet Star. kami dapati seatnya lebih luas dan selesa dari Air Asia. Penerbangan Sydney-Christchurch ini mengambil masa 3 jam. Kami tiba di Christchurch sudah lewat malam kira kira pukul 12.45 waktu New Zealand

Kalau sebelum ni waktu di Sydney kena tambah 3 jam, kali ni kena tambah lagi 2 jam. Maka beza waktu dengan Malaysia  jadi 5 jam. 

Macam sebelum ni beg kami langsung tak diperiksa. Kastam cuma tengok list makanan dan ubatan aje dan terus boleh keluar. Terimakasih le pada orang yang bagi tips ni dalam internet.

Sampai aje arrival kat luar terus aku ke telephone booth dekat main exit dan dail Airways Motel untuk pick up kami dan bawak ke hotel. Tak lama kemudian kereta pun sampai. Dekat aje hotel ni dengan airport. Biliknya memang selesa dan lengkap dengan dapur. Motel ni diusahakan sepasang suami isteri dari China. Punya komited sampai owner dia sendiri yang datang pick up tadi. 

Lega jugak rasanya dapat berehat seketika walaupun sukar melelapkan mata maklumlah dah terlebih "korp" kata orang tua tua yang bermaksud masa untuk masuk tidur sudah terlalu lewat dan pasti sukar untuk lena.

Paginya lepas bersarapan, Airways Motel menghantar kami ke Airport semula sebab aku ada hal sikit kat sana. Selesai urusan segera aku call Jucy Rentals untuk datang pick up kami dan bawa ke office Jucy rental. 




Urusan pick up Campervan dan penerangan tentang cara penggunaannya berjalan lancar. Besar dan luas jugak campervan ni...boleh berdiri dengan sempurna, tak payah nak tunduk tunduk. 

Lengkap dengan katil untuk 4 orang (perlu disusun waktu malam), fridge, sinki, dapur gas, peralatan memasak, heater dan casette toilet (tak sudi aku nak pakai sebab tak sanggup buang #?%¥....hehehehhe). Lagipun New Zealand ni tandasnya ada merata-rata tempat.

Fridge dan pump air sinki boleh sentiasa digunakan walaupun tanpa power sebab campervan ni menggunakan dual battery system di mana ada dua bateri berasingan yang sentiasa di charge semasa memandu. 

Jadi bebas membeli pelbagai bahan mentah dan memasak di mana mana sahaja yang disukai dengan adanya fridge dan air sinki ni. Melihat saiznya aku dah tau campervan ni mudah dikendalikan. Tambahan pulak gearnya automatik.


Kejap je dah boleh faham fungsi campervan ni...yang penting cuma pastikan semua peralatan mesti boleh digunakan sebelum gerak...test sampai boleh

Route untuk hari pertama



Tak berlengah lepas je dapat campervan kami pun menuju ke Park N Save di 297 Moorhouse Ave, Sydenham. Sekejap aje nak sampai sini. Terus kami beli barang barang yang perlu termasuk bahan mentah untuk bekalan selama beberapa hari. Ayam halal Brinks pun ada sini. Kena limit sikit sebab takut tak muat peti ais dalam campervan.


Perjalanan disambung semula. Destinasi akhir sebelum malam menjelang adalah Lake Tekapo. Ada dua route sebenarnya untuk ke sana iaitu melalui Ashburton atau Rakaia Gorge. Tapi kami memilih Rakaia Gorge bila terlihat keindahan sungai ni dalam internet. Cadang nak lalu Ashburton bila balik nanti.





Pemandangan kiri kanan jalan memang cantik dengan ladang biri-biri dan lembu walaupun cuaca agak mendung ketika ini. Seronok tengok biri-biri yang gebu-gebu, cuma geram sebab tak dapat nak amik gambar dekat sebab biri-biri ni penakut dan asyik lari aje bila dihampiri. 

Beberapa jam perjalanan akhirnya kami tiba di Rakia Gorge. MasyaAllah. Tempat ni memang cantik. Sungainya dipenuhi air yang kehijauan mengalir tenang. Boleh tahan sejuk cuaca masa ni.....tak mengapa jaket dan sweater ada. 

Kat sini ada jugak bilik air untuk kegunaaan awam. 





Kenangan bersamamu di Rakaia Gorge



Batu bersurat??


View dari atas tebing tinggi lepas jambatan ni tersangatlah indahnya....tapi bila tengok balik dalam foto ni nampak landai dan biasa aje, heran aku.

Jambatan ni tak boleh berselisih, kena tunggu giliran. Tapi masa aku lalu takde kereta lain pun

Seronok kami kat sini. Kalau ikut depa nak lepak lebih lama, tapi sebagai ketua rombongan Cik Kiah aku lebih arif yang masa tidak begitu cukup untuk berlama lamaan.....jadi perjalanan disambung semula.







 Dari kejauhan terlihat awan kelabu semakin berarak pergi......ada harapan langit membiru menanti di hadapan

Kami melepasi beberapa bandar seperti Geraldine dan Fairlie sebelum cuaca bertambah cerah dan pemandangan kini menjadi semakin indah terutama bila menghampiri Lake Tekapo. 

Deretan gunung gunung bersalji yang tersusun indah serta dihiasi langit yang membiru menyebabkan kami secara spontan menyebut Mashaallah berulang kali.


Orang pompuan ni tak boleh tahan tengok bunga....depa pegi petik bunga lupin ni tepi jalan...marah PBT NZ kalau dapat tau hahahaa

Akhirnya tiba di Lake Tekapo sudah agak petang. Sebelum check in di Lake Tekapo Holiday Park kami sempat singgah sebentar di pinggiran tasik termasuk di spot utama pelancong iaitu "Church of Good Shepherd" (tak berapa gemor teman church ni sebab tu tak ambik gambar pun).





Alangkah indahnya pemandangan Lake Tekapo ni dihiasi rimbunan dan gugusan bunga lupin yang beraneka warna. Sesuailah dengan rankingnya yang termasuk antara 10 tempat tercantik di dunia. Terpesona kami menikmati keindahan seperti ini.

Bimbang receptionist Holiday Park tutup, kami check in terlebih dahulu dan kemudian datang semula ke spot yang sama untuk menikmati keindahan suasana senja di sini.




View macam ni paling aku suka sebab ada background snow capped mountain



Untuk penginapan semalaman aku telah menempah Ensuite Cabin di tempat ni. Sebenarnya kalau nak tidur dalam Campervan kami pun boleh jugak kat power campsite di Holiday Park ini, tapi sebab harga power campsite ikut pax, bila kira balik, aku dapati perbezaan harga sikit aje, jadi sudah tentu aku pilih Ensuite Cabin. Selesa sungguh cabinnya dengan view tasik. Cuma kekurangannya ialah tiada dapur untuk memasak walaupun aku dapati peralatan dapur yang lain serba lengkap, sedangkan dalam websitenya tulis ada dapur. Macamanapun kat sini ada Communal Kitchen, tapi kena share la dengan mat saleh. 

Malas aku nak komplen lagipun dah lewat. Apa yang aku buat ialah parking campervan sedekat mungkin dengan cabin dan masak dalam campervan. Settle. 


Motorhome and Campervan Power Campsite

Musykil aku dengan style mat saleh ni......dah banyak kali aku jumpa motel atau kabin yang nampak usang diluar tapi cantik di dalam. Macam dalam cerita senario aje.  



Menu untuk malam ini kari ayam, ayam percik (special request by Haikal) dan telur dadar. Seharian berkelana, makanan terasa sungguh lazat.