Monday, May 17, 2010

Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusanku...

Akhirnya aku meletak jawatan dari company yang agak glamour ini. Kerja yang menjadi idaman bagi sesetengah pekerja oil & gas yang lain. Tapi aku dah tak peduli semua tu lagi sebab yang penting offer ini adalah yang terbaik bagi aku.

Sudah sampai masanya untuk aku beralih angin lagi. Lagipun aku rasa aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran yang baru. Tambahan pula aku lebih selesa tinggal di tempat yang tenang dan mendamaikan itu.

Walau apapun Carigali merupakan tempat kerja yang menyenangkan dan mewah dengan pelbagai keistimewaan. Banyak pengalaman baru yang aku kutip dan banyak jugak benda yang telah aku pelajari selama dekat setahun aku kat sini.

Mudah-mudahan ya Allah, aku berharap keputusan ini adalah yang terbaik buatku. Bimbinglah dan bantulah hambaMu yang lemah ini, sehingga aku kembali kepadaMu.

Sebelum aku masuk kerja baru dan sempena jugak dengan cuti yang bakal ada ini, insyaAllah aku nak bawak keluarga aku pergi bercuti ke tempat yang agak jauh sedikit. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan perjalanan percutian serta perpindahan kami nanti...

No comments: