Monday, December 9, 2013

New Zealand : Day 3

Catatan 23 November 2013

Wanaka - Cromwell - Arrowtown - Queenstown

Bangun pagi dengan view seperti ini dan segelas teh memang best. Kalaulah tuan rumah depan ni tebang semua pokok ni, mesti view lebih hebat. Tak pe lah kejap lagi boleh lepak depan Lake Wanaka.

Asalnya aku nak skip Wanaka ni, tapi bila teringat cerita Mission Impossible part 3, di mana Wanaka adalah tempat pertemuan pertama Tom Cruise (Ethan Hunt) dengan isterinya, maka aku dapat agak tempat ni mestilah special.


Lepas makan pagi dan berkemas kami terus check out. Tak buang masa terus aje ke tepian Lake Wanaka. Nasib baik aku tak skip tempat ni sebab Lake Wanaka memang cantik dan seronok untuk bersantai-santai.

Airnya yang jernih dengan tiupan bayu dingin sungguh menyegarkan.

 



Lama jugak bersantai di sini sambil makan-makan baki sarapan. Lepas mengisi minyak kat sini, perjalanan disambung semula. Tapi terlebih dahulu atas permintaan kanak-kanak kami singgah di Puzzling World. Yelah.....takkan tak kasi chance depa gembira sikit sebab hari-hari tengok view aje.





Mati mati aku ingat orang tua ni orang sebenar yang dok pandang semacam aje...ingatkan guard kat dalam ni....rupanya patung saja. Real sungguh.


Pantang nampak bunga mesti ini worang mau kasi tangkap gambar


Puzzling World ni boleh tahan jugak. Kanak-kanak memang suka tempat macam ni. Ada macam-macam benda yang menguji minda kat sini termasuklah Ilusion room, great maze dan lain-lain.

Ikut Haikal dia nak lama-lama lagi kat sini.......malah dia nak habiskan semua Maze tu. Tak berapa nak sempat, masa agak terhad dan perjalanan harus diteruskan. 

Barisan ros kat Transportation Museum

Singgah kejap di sungai yang kehijauan ni....jernih sungguh airnya, kalau ada tempat landai mesti aku dah berkelah kat sini
 

Sampai sudah waktu untuk makan tengahari maka kamipun singgah di tepian tasik ini yang aku tak tahu tasik apa. Bila google balik baru tau yang tasik ini pun Lake Dunstan jugak yang sangat panjang mengunjur sehingga ke Cromwell, ingatkan Lake Dunstan ni area Cromwell saja.

Di tasik ni jugaklah hajat anak aku nak mandi manda tercapai sementara Uminya menyediakan makanan tengahari. Menu untuk hari ini kari salmon dan sambal udang.


Perghhhhh.......belum pernah kami merasai kari salmon sesedap ini walaupun ini sekadar isi salmon dan bukannya kari kepala seperti yang biasa kami buat di rumah. Kelembutan dan kesegaran isi ikan yang kami beli di High Country Salmon Farm semalam memang tiada taranya lagi.

Patutlah ramai yang ke sini makan salmon mentah dengan limau aje......tapi tak de lah aku sanggup buat macam tu. Inipun dah tersangat lazat. Ditambah dengan sambal udang......orang kata mak mertua lalu pun boleh tak nampak....hehehehehe.


Walaupun Cromwell tu dekat dengan Wanaka singgah sana sini punya pasal maka lambatlah jadinya. Sambung lagi perjalanan dan tak lama kemudian baru kami tiba di Cromwell. Pekan ni terkenal dengan buah-buahannya. Lalu kat satu kedai, tutup pulak. Terus aku belok ke Lake Dunstan yang berhampiran menikmati suasana kat sini pulak sekejap.


.
Lake Dunstan dekat Cromwell

Gambar ni diambik di Mrs Jones Farm.....tapi kedainya dah tutup 

Aku teruskan memandu campervan melawati Kawarau River yang terkenal dengan aktiviti bungee jumping dan powerjet bot. Jalan menuju Queenstown dari sini agak berliku-liku dan banyak koner baring. Terpaksa aku memandu dengan berhati-hati. 

Kali ni depa langsung tak tanya bila nak sampai macam masa naik kereta .....maklumlah ada katil yang selesa
Kawarau River. Yang aku berenti ni tempat untuk Powerjet Boat

Jalan depan sikit jumpa pulak look out ni. Turun lagi.

Aku memang teruja tengok ladang anggur ni.....apa boleh buat belum musim

Tak lama kemudian kami melewati Arrowtown. Tak de apa sangat pekan koboi ni.......cuma macam diberitakan memang benar orang pekan ni suka lepak-lepak, berpesta sambil minum-minum.




Drive depan lagi akhirnya kami tiba di Queenstown. Check in dulu di Copthorne Hotel and Apartment Lakeview. Tak masuk bilik lagi sekadar mengambil kunci sahaja sebab kami nak jenguk Queenstown Botanical Garden sekejap....cantik jugak taman ni tapi cuaca la pulak makin sejuk.




Selesai tempat ni kami terus masuk ke bilik. Wow.....biliknya memang best lengkap dengan balkoni dan view tasiknya nampak hebat. Seharusnya rate bilik ni NZD200++ sebab biliknya ada 1 katil besar dan 2 katil kecik.

Tapi masa aku booking cuma NZD140 semalam. Rupanya ada kesilapan dalam booking.com. Managernya seorang Cina yang agak profesional dan walaupun receptionist nak charge extra dia tetap maintain harga yang sama lagipun bukan salah aku. Jadinya aku untung NZD120 untuk 2 malam. Rezeki.


Tidur nyenyak kami sekeluarga di tempat yang selesa ini sementara menantikan aktiviti untuk esok.

17 comments:

liza said...

as-salam..
nak tanya...yg van kaler hijau tu ker campervan?

brp caj utk sehari?

am said...

Wsalam
Yang hijau tu ler Campervan Jucy. Untuk 8 hari + stress free insurance + picnic set harga NZD 1350. Ni kira agak mahal sebab rate ikut summer.

casa nayafana said...

Amran....
Kamu naik Kl Sydney(Air Asia)...and Sydney- Christchurh(Virgin Air )....?...or different way....

am said...

Dr Yahya,
KL - Sydney...Air Asia. Sydney - Christchurch...Jetstar. Balik pun macam tu jugak

Unknown said...

Amran,
GPS apa yang Amran pakai di New Zealand? Saya selalu travel overseas tapi tak confident drive sendiri macam Amran

am said...

Hasni,
Sy Pakai Garmin dan suruh kedai tu install map Australia dan NZ. Fully functioning.....tak de masalah langsung.

am said...

Sorry terdelete komen Azri tadi.

Sy tido hotel sebab costnya beza sikit aje dengan Power Campsite walaupun campervan ni lengkap dengan katil atas-bawah.
Apapun yg pasti tentulah hotel lebih selesa, hehe.

Pasal free parking waktu malam tu, ada tempat yg boleh dan ada yg tak boleh. Boleh cari kat DOC website untuk info.

Unknown said...

Amran?
Berapa budget flight utk setiap orang based on amran trip to newzealand? RM3,000?

am said...

Hasni,
RM 1943/pax (termasuk KL-SYD dan SYD-CHR). kat tajuk New Zealand Trip ada detail serba sedikit.

Hasni said...

As'kum Amran
Mana lebih cantik lake takepo atau Wanaka? Saya plan trip mula dari queenstown dan terus ke lake wanaka dan balik ke queenstown. Patut saya skip lake takepo dan chrischurh? Apa pandangan amran?

am said...

Wsalam hasni...
Bg saya laluan Lake Tekapo, Lake Pukaki atau Mount Cook lebih cantik dr Wanaka..kalau sempat better jgn skip tempat ni.

casa nayafana said...

Salam Amran....nanti hang add aku ya 0196568557....I dah secured ticket...ke Christcgurch...dan tengah nak dptkan motorhome for 6 NZ1900+ for 8 days...Nak tanya mavammana nak sewa campsite for everystation...dan macammana kosnya...boleh ke berrmalam tanpa power....

am said...

yahya,
Harap info aku kat FB tu dapat bantu hang

Unknown said...

salam tuan,
sy sgt tertarik dgn blog tuan. byk info yg sy dpt disini..
sy akan ke melbourne 22may ini.. harap tiada apa2 masalah disana.
terima kasih atas tulisan dan gambar yg menarik.

am said...

Waalaikumusalam. Thanks.Enjoy your Melbourne trip soon.

Nebuchadneeza said...

Blog tuan byk membantu dgn memberi info2 yg sgt berguna n manfaat. Mudah2an byk ganjarannya. T.kasih.. masih tengah fikir nk gi Christchurch ke tidak bln Dec ni..

am said...

sama - sama.