Wednesday, December 11, 2013

New Zealand : Day 5

Catatan 25 November 2013

Queenstown - Te Anau - Milford Sound

Perjalanan hari ini agak jauh. Tempat tujuan adalah Milford Sound dan Te Anau sebagai tempat persinggahan. Aku memilih tidur di Milford Sound dengan satu matlamat iaitu tak perlu rushing dari Te Anau pepagi buta sebab aku dah booking tiket cruise pukul 9.15 pagi esok. Lagipun kebiasaannya waktu pagi ada heavy traffic kat homer tunnel.

Cuaca agak mendung pagi ini diringi hujan rintik-rintik. Lepas sarapan pagi dan mengisi minyak, kamipun memulakan perjalanan.

Kambing putih kepala coklat


Perjalanan lancar dan pemandangan masih cantik macam biasa cuma kami merindui langit yang membiru. Setelah 4 jam lebih kami akhirnya tiba di Te Anau. Comel pekan di pinggiran tasik ini. Tasiknya pun cantik, cuma airnya kurang biru dalam cuaca sebegini.



 



Untungla depa ni rumah mengadap Lake Te Anau

Waktu makan tengahari sudah tiba. Maka kami pun mulalah meninjau-ninjau tempat yang sesuai untuk memasak. Ada banyak tempat sebab camping/parking campervan memang dibenarkan di pinggiran tasik ini tapi pada waktu siang sahaja. Waktu malam dilarang dan mesti parking di Holiday Park yang berhampiran.

Cari punya cari akhirnya terjumpa satu kawasan sesuai....




Menu hari ini adalah ayam masak lada yang dimasak oleh Masterchef Am (aku ler tu) dan roti garlic special request Haikal. Sejuk-sejuk macam ni memang makin selera nak makan.


Kat kawasan ni  jugak ada kemudahan bilik air, tempat mengisi air tanki dan membuang air dari sinki secara percuma dan tak perlu ke Holiday Park untuk tujuan itu. 

Lepas makan kami masuk kejap ke sebuah kedai souvenir. Harga barangannya tak lah berapa murah, jadi beli sekadar yang patut aje. 


Aku masuk kejap ke I-Site Te Anau bertanyakan keadaan jalan ke Milford Sound. Petugas kat dalam tu bagitau jalan ke sana ok dan tak de sebarang masalah. Lega.....sebab ada jugak aku baca kat internet ada pelancong yang terkandas di Te Anau ni akibat tanah runtuh.

Te Anau Garden

Wajib mengisi minyak sampai penuh kat Te Anau ni sebab lepas  ni sampai ke Milford Sound pergi-balik memang tiada sebarang stesen minyak. Jadi kalau tak mau tolak campervan, pastikan jangan terlepas perkara yang sangat mustahak ni.

Kami teruskan perjalanan ke Milford Sound. Oleh kerana Milford Sound ni takde dalam GPS, saja aku sertakan di sini kordinit GPS yang tepat untuk sesapa yang terbaca blog aku ni. Kordinitnya :

DDDecimal (WGS84) : -44.671535, 167.925610

Decimal Minutes (GPS) : S44 40.29209 E167 55.5366

Degrees Minutes Seconds : S 44° 40' 17.5254", E 167° 55' 32.196"




Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Mirror Lake yang terkenal dengan reflectionnya itu. Sayangnya reflectionnya tak berapa menjadi disebabkan cuaca berangin dan air pun tak tenang.


Walaupun airnya jernih tapi tak dapatlah reflection tulisan 'mirror lake' tu. Takkan le aku nak tunggu sampai angin berenti pulak jawabnya sampai esok la terbenam kat sini




Berenti kejap kat air terjun biru ni

Sambung lagi perjalanan sehingga sampai ke Homer Tunnel. Traffic lightnya sekejap aje sekitar 5 minit. Suasana memang berkabus tapi masih lagi boleh nampak gunung-ganang hebat di sekitar kawasan ini dan beberapa glacier yang masih membeku. 

Bagi aku Homer Tunnel dan simpang siur kawasan ini taklah menakutkan sebagaimana gambaran sesetengah pelancong. Ok aje bagi mereka yang biasa memandu.





Tak lama lepas Homer Tunnel kami pun tiba di Milford Sound Lodge. Untuk pertama kali aku mengambil power campervan site sebab masa nak booking lodge ni dah penuh. Kami ok aje, lagipun inilah satu-satunya malam nak merasa tidur dalam campervan.

Milford Sound Lodge ni under rennovation rupanya, dan kami diberikan site No 5. Sebelah kami ada banyak Motorhome yang besar-besar dan jiran kami campervan Jucy. Parking aje elok-elok terus aku sambung soket dengan power yang disediakan kat post khas di petak yang sama. Oleh kerana agak sejuk terus aku pasang heater. 

Satu hal Milford Sound ni memang banyak nyamuk. Mujurlah nyamuk ni tak menyerang waktu malam. Selamat. Siang aje dia ada, banyak jugak. Tapi tutup aje pintu campervan selesai le masalah ni.

Kemudahan kat sini memang ok. Bilik air yang lengkap dengan toilet dan shower untuk kegunaan ramai. Cuma kena jalan kaki sikit le dalam sejuk sejuk tu tak macam kat hotel atau motel. Shared kitchen, washing machine pun ada kot-kot nak guna.

Maka lepas makan spagheti sup malam tu, kami pun menyusun dan mengemaskan katil. Tidurlah kami sekeluarga di dalam campervan ini sementara menantikan masa menyertai aktiviti kesukaan ramai iaitu bercruising di Milford Sound esok. Mudah-mudahan cuaca baik. InshaaAllah.

6 comments:

liza said...

oooo....ingatkan dlm campervan ni tak blh tido...pelik jugak tgk u all semua tido hotel...

kwn saya pegi bln 9 aritu ambik yg besar...tak tau nama apa...caravan kot...dia mmg tido dlm tu tp kena cari tpt khas yg blh parking utk power source...dlm tu blh tido 4 dewasa dan 2 kanak2...jimat duit hotel dia kata...

kalo setakat pegi dua org jer...mmg blh consider ambik campervan lah kan...tq...your journal byk membantu

am said...

Yang besar tu Motorhome.Sebenarnya kalau calculate betul2 harga campervan + apartment/motel lebih rendah (kena rajin search) plus lebih selesa, tapi untuk 4 orang saja. Betul kalau untuk 6 orang lebih baik Motorhome sebab max hotel boleh 4 aje, rugi kalau kena amik 2 bilik.

Unknown said...

Best bc blog ni.rasa smakin xsbr nk g NZ septmber ni..btw nk tnya,sy booking motorhome.setiap hr perlu ke powered site ke?sbb igt nk jimat znk tiap2 hr g byr utk powered site.tp risky ke klu x pegi powered site tiap hr?

am said...

Tak de hal kalau nak bermalam kat tepi2 tasik / tempat tersorok asalkan tak de papan tanda No Camping. NZ ni selamat cuma September tu sejuk jadi kena tidur tanpa Heater.

Helmy Alaidin said...

Salam En Amran,
Saya nak tanya, berapa jam sebenarnya driving dari Queenstown ke Te Anau ni ye? InsyaAllah saya 6 Dec nnt akan ke NZ. Laluan lebih kurang sama dgn En Amran. Naik Air Asia X dari KL ke Sydney naik Air Asia, Sydney ke Queenstown dgn Jetstar. Kitorg insyaAllah sampai Queenstown Airport pukul 2.45ptg, tu yg nak tanya En Amram brp jam nak ke Te Anau..risau jugak kalo hari dah gelap masih atas jalan lagi. Saya juga sewa kereta dgn Jucy...byk saya dpt info dgn baca blog En Amran ni lah, buat visa utk Australia dan macam macam lagi lah...

Soalan kedua :

Susu formula utk anak boleh bawa ke? Kalo tgk mmg tak boleh kan...ni yg pening sikit ni..anak masih minum susu formula..kang dah sampai Sydney susu kena rampas, denggg!!!

am said...

Waalaikumsalam
Kalau berkereta dan cuaca baik 3 jam lebih boleh rasanya.

Susu memang larangan kalau kena check dia suruh buang. Tapi kalau nasib baik dia tak check langsung.