Thursday, December 5, 2013

New Zealand Trip - Travel Day

Manjung - LCCT - Sydney Airport

Travel Date : 18 Nov 2013

Maka masa yang ditunggu pun tiba. Isnin 18 November kami pun bertolak ke Putrajaya rumah adik aku Amir. Tujuannya sebagai transit pertama dan nak menumpangkan kereta aku di rumahnya. 

Perjalanan agak lancar pada mulanya sehinggalah semakin hampir dengan Putrajaya. Walaupun langit memang sedia mendung, tetiba aje turun hujan yang tersangatlah lebatnya diiringi ribut petir. Lebat sungguh hujan sampai jarak penglihatan jadi terhad.

Suspen jugak aku memandu dalam keadaan macam ni, tambahan pulak air makin naik dan banyak dahan kelihatan berguguran.....adeh.

Macamanapun alhamdulillah selamat sampai ke Putrajaya dan kami ke Alamanda sebentar melihat-lihat apa yang ada sebelum ke rumah Amir.

Lepas rehat kejap dan selesai mandi semua serta makan malam, Amir dan keluarga serta adik bongsu aku Aziz dan isteri menghantar kami ke LCCT.



Bilalah KLIA 2 nak siap.....tak payah berjalan kaki macam ni lagi

Kat Airport macam biasa check in dulu. Tapi ada jugak yang aku musykil tentang Air Asia ni. Sekarang ni diorang lebih strict dan hanya membenarkan hand carry maximum 7kg aje. Oleh kerana kami 4 orang seharusnya boleh sampai 28kg.

Tapi yang sakit hati dia tak mahu combine total weight sebaliknya setiap satu mesti less dari 7kg. Terpaksalah adjust balik 2 beg roda dan 1 beg galas yang ada tu. Ikutkan total semua hand carry aku tak sampai pun 20kg. Aku pun sedar gitulah kalau naik flight untuk rakyat marhein......kena banyak bersabar.

Aku tak berapa aware pasal ni mungkin sebab sebelum ni hand carry aku sentiasa less dari 7kg kot.  

Seperti dijadual lebih kurang 11.40 malam flight pun departure menuju Sydney Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam.


Lega....sikitttt aje lagi dah nak sampai

2 comments:

Family of Travelers said...

salam..terima kasih bro sebab blog ni explain detail pasal NZ tour..Alhamdulillah dah setel pon trip saya (photography) ke NZ last September..insyaAllah ada rezeki nak bawak anak bini pulak...by the way, ttak sangka abang ni abang kepada kawan saya (Ajes SERATAS)...tengok muka dalam entry nih baru perasan muka seiras....

am said...

Waalaikumusalam,

Sama-sama.Member Aziz ye. Happy to know that my NZ entry helps you.