Flinders Caravan Park - Cape Leeuwin - Margaret River - Canal Rock - Busselton Jetty - Perth
Flinders Caravan Park ni terletak di tepian pantai...sama macam holiday park yang lain sebelum ini. Suasana agak sejuk jadi tak rasa lah macam nak mandi laut. Lepas berkemas semua, wife aku ke tepian pantai sebentar dan mengambil beberapa foto.
Pantai Flinders Caravan Park
Wild flower
Flinders Caravan Park...aku request campsite yang dekat dengan bilik air
Taman cantik sebelah holiday park
Selepas sarapan pagi program untuk hari ini dimulakan. Destinasi pertama hari ini adalah Cape Leeuwin Lighthouse.
View Lighthouse dari kejauhan
Menarik dan ceria suasana di sekitar Cape Leeuwin ini. Cuma kami tak masuk pun ke dalam lighthouse sekadar melihat-lihat di luaran sahaja. Selepas meninjau-ninjau dan bergambar apa yang patut, perjalanan diteruskan menuju ke Margaret River. Sebelum tu aku ke dumping area, mengosongkan tangki.
Dumping activities
Pekan Margaret River
Singgah sekejap di Coles Express Shell kat sini untuk membeli beberapa barang sebelum menyambung perjalanan ke Margaret River Chocolate Factory. Menarik nampaknya kilang buat cokelat ni. Boleh free testing beberapa jenis cokelat dan menyaksikan cara pembuatannya.
Suasana on the way ke Margaret River Chocolete Factory ni memang menarik
Cokelat free
Cara -cara buat cokelat
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Canal Rock di Yallingup. Laluan ke Canal Rock dari Margaret River ni ( guna jalan dalam ) memang cantik. Perjalanan ke sini lebih kurang setengah jam. Kiri kanan dipenuhi ladang anggur, bunga-bunga liar yang cantik serta taman-taman.
Setakat ni dah beberapa kali pi obesi, aku belum berpeluang petik anggur.....my wish list ni
Semakin hampir dengan Canal Rock, pemandangan semakin memukau mata. Memang mengagumkan Canal Rock ni. Berbaloi datang sejauh ini untuk menyaksikan pemandangan sebegini indah.
Kena datang sendiri untuk menyaksikan view yang hebat ini
Habis mengunjungi Canal Rock aku singgah sebentar di satu lookout untuk makan tengahari. Memang bestlah makan tengahari kari ayam dan kambing. Terangkat kata orang utara.
Selesai makan sambung lagi, kali ini menuju ke Busselton Jetty.
Makan-makan di dalam motorhome dengan view laut
Sampai
Suasana di Busselton Jetty ini boleh tahan. Ditambah pula dengan taman rekreasi di sebelahnya yang dipenuhi bunga bungaan. Seronok bersantai-santai kat sini. Cuaca pun baik, jadi kami menghabiskan masa seketika di tempat ini sebelum menyambung semula perjalanan ke Perth.
Perjalanan ke Perth melintasi beberapa bandar seperti Mandurah dan Rockingham. Sekadar melintas sahaja kerana perjalanan masih jauh. Sedia maklum yang tempat ni semua ada attraction tersendiri, InsyaaAllah lain kali kalau berpeluang ke Perth lagi boleh singgah sini.
Setelah melalui perjalanan yang jauh...akhirnya tiba di Perth Vineyard Holiday Park. Cari punya cari Power Campsite seperti yang ditinggalkan dalam mail box sampai sudah tak jumpa. Terpaksa aku contact staff dia nasib baik ada yang standby.
Rupanya dia dah salah letak site untuk kami. Tempat yang dia tanda tu untuk cabin. Patutlah tak jumpa. Letih aku ke sana ke mari. Mat Saleh tu mintak maaf.....jadi sejuklah sikit hati aku. Lagipun suasana memang sejuk....hehehheh.
Powered campsite ni spesel sebab dia ada bilik air sendiri sebelah motorhome berbeza dari campsite sebelum ni. Privacylah sikit.
Semua serba mudah, maka kami pun buat aktiviti biasa sebelum tidur.
6 comments:
Nice view kat Canal Rock to Amran....Kami tak pergi...walaupun dah dalam bucket list....Sebelah Yalling up je.......
Rindu pulok dok kat Perth Vineyard tu hehehe
Perth vineyard tu memang spesel.hehehe..attraction ni semua aku banyak tuju-tuju saja...maklumlah tak cukup hari..hang lagi best dapat pi lama lagi puashati ooo
Salam singgah sini dan follow :)
Bilala merasa travel ke negara orang. moga ada rzki :D
Ada tu rezeki esok-esok insyallah
Best baca, teringat trip kami 3 tahun lepas..
Thanks rajin baca blog x seberapa ni
Post a Comment