Showing posts with label Istanbul Turkey. Show all posts
Showing posts with label Istanbul Turkey. Show all posts

Monday, June 15, 2026

ISTANBUL TURKEY : DAY 1

26 APRIL : KLIA - ISTANBUL


Cukup sebulan kami balik dari bercuti ke Istanbul dan Scandinavia countries. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan boleh melihat ciptaanNya yang indah sekali lagi. 

Bermula dengan transit di Istanbul dan berakhir dengan road trip yang membawa kami merentasi Denmark, Sweden dan Norway. 

Sebenarnya ada beberapa kali aku intai flight negara negara Scandinavia ni tak kira Norway, Denmark atau Sweden. Aku tengok harga tiket beza beza. 

Macam mahal, kebanyakan 16k ke atas. Sekali terjumpa RM11.2k  untuk 4 orang, flight Turkish Airline. Peluang baik jangan dilepaskan, maka aku pun pilih trip dari 26 April hingga 15 May, landing di Copenhagen dan transit 2 malam di Istanbul. Yelah sapa nak lepaskan peluang singgah Istanbul 2 malam. 

Turkish Airline ada offer boucher hotel free tapi aku tak ambik pun sebab offer tu untuk 2 orang saja, kalau nak tambah lagi 2 orang harga pulak jadi terlebih mahal dan bilik pun berasingan.

Jumlah keseluruhan perjalanan kali ini 20 hari dan paling lama dalam sejarah percutian kami setakat ini. Hehe. 

Maklumlah bila anak anak semakin besar dan semua dah bekerja nanti, semakin sukarlah untuk mencari masa bercuti panjang bersama sama. Peluang ini sangatlah kami hargai. 

Nak susun itinerary pun perlu hati hati jugak nak matching laluan, attraction, penginapan, flight, feri dan lain lain. Musim pulak walaupun penghujung spring tapi negara Scandinavia terutama Norway confirm lebih sejuk maklumlah dekat dengan artic circle.

25 April kami bertolak ke Kuantan, ada urusan sana. Tidur semalam di Veer hotel. Makan malam di restoran favourite Kassim Baba. Nasi Arab dan roti nan dia memang another level punya sedap.

Dari KL lepas sikit Genting Sempah sebelah Shell, singgah beli ni. Sedap, sebekas confirm tak cukup 

Esoknya gerak dari Kuantan ke rumah adik aku Amir di Desa Pinggiran Putra untuk meninggalkan kereta di sana. Biasanya parking di Salak Tinggi, tapi kali ni sebab percutian agak panjang jadi lebih berbaloi. 

Esok sesudah Subuh terus ambik grab ke KLIA.

Dekat nak sampai KLIA dah ni

Sebenarnya sebelum beli tiket keadaan agak merisaukan sebab tarikh ni kan perang USA - Iran masih tengah hot, dan ada banyak flight bermasalah. Syukurlah flight Turkish Airline KL - Istanbul  tak terjejas dan semuanya on time serta berjalan lancar. 

Dan 9.40 pagi flight pun berlepas menuju Istanbul dan penerbangan mengambil masa 11 jam.

Jarang jarang ler merasa departure KLIA ni, marhaen cam aku selalu KLIA 2 je😁

Urusan luggage memang mudah. Maklumlah total weight sampai 120kg untuk 4 orang, nak bawak apa sampai banyak sangat tu

Jom berangkat

Ikutkan, memang Air Asia lebih murah sedikit, tapi untuk kali ini aku nak try Turkish Airlines. Lebih selesa. Banyak movies & entertainment.

Freegift untuk penumpang, balik dapat lagi sorang satu. Kuat sedekah airlines ni

Makanan pun 2 kali dihidangkan. Sedap je semua cuma ada satu dua desert yang tak boleh pi😁

1st meal

2nd meal, lagi satu menu nasi dengan ayam merah

Flight tiba di Istanbul Airport dalam pukul 4 petang. Terus cari teksi nak ke Sultanahmet. Susah pulak nak dapat teksi ke sana petang petang Ahad ni. Hotel yang aku book ada offer nak pickup tapi harga agak mahal sebab dia charge harga pergi balik. Last kami ke kaunter kereta sewa di airport yang dari tadi dok panggil panggil. 

Tulah tadi eksyen, sekarang tak kesudah pi tanya depa pulak😆. Harganya pun taklah mahal sangat 50 euro sahaja berbanding hotel yang nak sampai 180 Euro, yang bukan bukan harga. Booking.com nak 75 pound, mahal jugak. 


Yang pasti MPV yang dia bagi ni memang sangat best, besar, cantik dan selesa untuk kami berempat. Untuk bayaran semua aku guna wise card dan memang sepanjang perjalanan ni aku guna wise, rate dia lebih menguntungkan dari credit card dan diterima seluruh Europe.

Blue Mosque dari dalam kereta

Dari airport tadi, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sebelum tiba di hotel.

Untuk penginapan, kami memilih Le Safran Suite Hotel. Hotelnya tak besar mana tapi cukup selesa dan kemas. Harga pun ok RM390 semalam sekali ada sarapan roti, omlette, salad, cereal dan lain lain. Lokasinya jugak strategik berjalan kaki aje ke Hagia Sophia dan Blue Mosque. 

Pekerja pun tak berkira siap tolong angkat semua beg. Maklumlah kalau transit lebih dari 24 jam semua luggage kena bawak turun.

Le Safran Suite Hotel. Kami ditempatkan di sebelah kanan pintu masuk. Sebelah tangga tu pun bilik jugak, cafe pun level ni


2 katil single dan 1 bilik  lagi katil double. Ada tingkap yang besar dan tinggi 

Lepas check in, berehat seketika sebelum keluar berjalan kaki area hotel. Kawasan sini sedikit berbukit tapi masih selesa untuk berjalan.

Suasana malam agak meriah dengan banyak kedai dan restoran sepanjang jalan.


 Yang jual karpet cakap Melayu pun ada


 Harga makanan area popular macam ni tak murah mana

Anak anak aku suka je semua menu ni



Tengok menu sekali lalu tadi terus masuk ke kedai ni. Awalnya penuh orang kat luar.. elok kami sudah makan, kosong terus 

Lepas makan kami ke Blue Mosque dan Hagia Sophia. Seberang jalan je dari kedai ni. Memang cantiklah suasana malam kedua dua masjid terkemuka ini bermandikan lampu lampu. Tapi ada sikit sejuk la.



Dataran antara Blue Mosque dan Hagia Sophia






2 tempat ikonik dah kami lawat malam ni. Walaupun dari luar je, view malam dia memang memukau. Takde pergi mana dah lepas tu, terus menapak ke hotel lah.

Tetamu berbulu depan hotel. Tadi masa kat Blue Mosque pun dah berapa ekor dok main main. Betullah Istanbul ni dunia kucing