Monday, February 8, 2010

Hutan Lipur Sungai Tua

Perjalanan dari rumah aku ke Sungai Tua ni lebih kurang dalam setengah jam. Ini jelah tempat mandi yang paling dekat rasanya kot. 

Masa sampai sini dekat nak petang jadi orang takdelah ramai sangat. Selesai berkelah, aku beli sate ikan yang 20sen kat atas dekat parking. Sedap.
 
banyak tempat berbumbung disediakan

masa nak balik tengok pelampung oren tu dah hilang satu

ingat nak singgah lepak kat empangan ni... tapi hujan 

Sampai tengah jalan masa nak balik, hujan. Dalam masa sekejap tu air tepi jalan boleh naik tinggi. Risau jugak nasib baik kereta masih boleh lepas. Bila sampai depan gua batu patung hindu besar tu, jam melekat sampai dekat sejam tak bergerak. Cisss tokri habis, nyaris tak terlepas maghrib.

Sunday, January 31, 2010

Bukit Tinggi

Datang sini hari Sabtu. Keseluruhan tempat ni memang menarik, penuh dengan suasana kehijauan. Habiskan masa satu hari kat sini memang tak terasa boring.

Mula-mula sekali ke horse trail. Lepastu terus ke rabbit farm. Next Japanese Village dan Botanical Garden. Mencabar sebab kena jalan kaki panjat bukit sebab kereta tak dibenarkan naik. Nak tunggu train pun lambat. Exercise la pulak...nasib baikla cuaca sejuk ala-ala Cameron Highland walaupun tengahari. Tak terasa letih sangat.

Akhir sekali barulah ke Castle. Memang cantik pemandangan kat sini.


Rabbit Farm


habis semua orang nak pegang arnab. Tapi paling suka Nabila ni la. kalau boleh tak mahu dia balik, peminat fanatik dia kalau dengan haiwan



botanical garden ni bersebelahan dengan japanese village

muka sorang-sorang dah tak larat sebab baru lepas panjat bukit, tapi kejap aje lepas tu cergasla balik sampai tak larat aku nak panggil, risau jugak sebab laluannya banyak naik turun tangga dan ada jurang

kat belakang tu rumah jepun

lompatan ni dah macam gambar kat ubat cap kaki tiga dulu dulu

swan yang cantik dan sombong, kalau dekat saja dia nak patuk

Tuesday, January 12, 2010

Masjid Jamek++Kampung Baru

sekali sekala guna lrt pulak...macho abis brader sebelah diorang ni

singgah di masjid jamek yang bersejarah ni
 
makan-makan di kg baru

ishh ishh lazatnya


Sabtu baru ni barulah boleh bawak keluar budak-budak ni setelah seminggu dua lepas asyik sibuk dengan benda-benda sekolah depa. Dari satu kedai ke satu kedai selesaikan pembelian. Baju sekolah nabila pulak lagi 2 hari nak sekolah hari tu baru nora jahit padahal cuti dah sebulan lebih. 

Keluar rumah pagi Sabtu terus ke lrt abdullah hukum untuk ke mid valley sebab konon- kononnya nak melawat chocolate fair. Ingatkan macam best rupa- rupanya sekadar tengok jenis- jenis dan jualan chocolate. Haha, kesian betul. Lepas dah beli coklat tu lebih kurang kami pun pusing-pusing je la sekitar mid valley tu sampai maksimum lenguh kaki. Jenuh budak- budak ni keluar masuk kedai mainan tengok- tengok barang.

Next kami terus ke masjid jamek solat zohor dan lepak-lepak kejap sambil tengok gelagat pelancong asing yang seksi tapi disuruh pakai tudung, syarat melawat. Dulu- dulu memang takde orang melawat, solat pun atas rumput lapik gitu- gitu aje, sekarang semua dah batu.

Selesai solat kami terus pergi makan di Kampung Baru. Boleh tahan sedapnya...order nasi bubur, cucur udang, bihun soto. Sampai rumah dah petang letih giler, tidur macam tak mau bangun rasanya.

Monday, January 11, 2010

A Farmosa Resort Melaka

Memori November 2007 

Bercuti di sini masa dalam perjalanan pindah dari Johor ke Perak. Aku pindah kerja lagi sebab dapat offer kerja kat Kencana HL. Kat MMHE pun aku dapat offer jugak tapi terpaksa ditolak sebab nak kerja kat Manjung punya pasal. Kerja kat tempat sendiri memang sukar nak dilepaskan. 

Sibuk-sibuk tengah pindah pun masih sempat nak berjalan-jalan. Barang-barang rumah dah naik lori siap-siap dan dah sampai dulu. Abang Mie sekeluarga dah standby masuk barang kat Manjung sana....terima kasih .

Tidur semalam kat resort ni. Malamnya kami masuk cowboy town. Ada sikit silap la sebab ingatkan boleh makan malam kat sini rupanya gerai-gerai sudah tutup. Laparlah jawabnya sementara menunggu pertunjukkan Red Indian. Maka terpaksa keluar makan dulu. Masuk balik dah dekat nak abis pertunjukkan Red Indian.Sempat tengok sikit aje. Firework show pun terlepas jugak. Adeh.....rugi-rugi.



senapang cowboy

                                                                     


Apapun memang seronok datang sini. Siangnya pulak pegi mandi kat theme park. Naik gelongsor yang tinggi tu sekeluarga. Cuak jugak pasal rasa macam nak terkeluar aje dari "longkang" dia tu.

Kebetulan hari tu ada rombongan kanak-kanak istimewa dengan ibubapa masing-masing buat family day. Tersentuh aku tengok betapa sayangnya ibu bapa masing-masing  terhadap anak-anak mereka,

Lepas checkout terus ke Putrajaya pulak singgah rumah adik aku  Amir satu malam. Malam tu depa bawa pegi makan malam kat Ayamas kat Alamanda.Esok tu terus aku balik.