Sunday, April 4, 2010
Kedai Best Anak Aku
Monday, March 29, 2010
Dataran Merdeka
Malam minggu lepas pergi ke dataran merdeka lepas habis pusing tasik titiwangsa petang sebelum tu. Boleh tahan meriah tempat ni waktu malam. Cuma nak dapat parking susah sikit. Ramai jugak orang lepak-lepak sini.
Ada budak-budak jual 'spinning light' macam-macam warna. RM10 satu. Anak aku capaila satu dan aku pun bolehla duduk-duduk dengan tenang sambil depa habiskan masa dok terbangkan benda tu. Seronok jugak lepak sini rupanya.
Bila dah berkeroncong perut aku ni terus aku ke medan selera D'tebing kat sebelah dataran tu. Ok la jugak makanan kat sini.
Masa balik aku tengok atas cermin kereta aku dah ada surat cinta dari DBKL. Sampai seratus atas alasan parking blocking jalan padahal jalan punya laa luas. Banyak lagi kereta yang senasib dengan aku. Apa punya kejam laa DBKL ni.
Apalah salahnya bagi rakyat marhain lepak-lepak sikit melepaskan penat lepas bekerja seminggu kat sini. Nak saman jugak tu.
Apalah salahnya bagi rakyat marhain lepak-lepak sikit melepaskan penat lepas bekerja seminggu kat sini. Nak saman jugak tu.
Monday, March 8, 2010
Akuaria KLCC
Sabtu 6 March, kami pergi akuaria KLCC. Sebab baru ni aku asyik tengok ikan kat laut jadi teringatla nak bawak family pulak tengok ikan kat sini.
Parking kereta kat depan convention center murah sikit RM8 per entry. Si Haikal ni, masa kat rumah tak nak makan, bila nak masuk dalam mengadu lapar. Dapatla sandwich beli kat cafe tepi aquaria ni.
Entry ticket sepatutnya seratus rasa aku kalau 4 orang, tapi pasal aku tunjuk kad staff petronas, dapatla diskaun jadi RM74.00. Tempat ni memang best kalau bawak anak-anak, sebab banyak pemandangan menakjubkan.
Ada pelbagai jenis spesis ikan yang menarik. Seronok tunjuk dekat depa berdua ni terutama ikan-ikan kat dalam tunnel ni. Dulu dah bawak pegi Langkawi tapi depa langsung tak ingat sebab masa tu kecik lagi.
Friday, March 5, 2010
FSO Ratu Songkhla
ni lah area FSO (Floating Storage Office) dan LQ yang aku pergi tuKali ni aku ke FSO- Ratu Songkha lagi untuk pre-SAT activities. Dulu dah pernah pegi tapi singgah sekejap saja. Aku kat laut ni 3 hari 2 malam.
Tidur semalam kat KB dulu sebelum naik heli ke FSO. Makan malam aku kat kedai mamak. Ingat tak perlu makan nasik jadi aku order bihun goreng. Nak makan yang ringan kononnya, betul-betul punya ringan la sebab pinggan kecik aje mamak tu kasi. Tengah malam barulah rasa lapar. Lastnya pukul 2 pagi aku masak maggi kat dalam bilik tu.
FSO ni lagi selesa dari LQ dulu sebab biliknya luas. Makanan boleh tahan, tapi lagi sedapla kat LQ. TV room dia memang best, macam tengok wayang aje. Apapun aku tetap rasa cam nak balik jugak.
bilik atas FSO
bahagian main deck
Kat sini yang bestnya boleh tengok macam macam ikan yang cantik dan pelik pelik. Cantik sungguh ikan ikan di tengah laut ni, macam macam warna ada. Tak pernah aku tengok ikan secantik tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)