Sunday, May 30, 2010

Melbourne Day 1 - Sekitar Windsor



Kami tiba di Armadale Apartments yang aku tempah untuk semalam ini lewat tengah malam. Malaysian Hall hanya ada kosong keesokan harinya. Dalam suasana sejuk terus kami ke receptionist untuk mengambil kunci bilik yang katanya ditinggalkan dalam safety box depan pintu.

Malang sungguh. Rupanya minah receptionist tu dah lupa tinggalkan kunci kat situ. Aduh macamana ni? Call nombor emergency receptionist kat depan tu pun dia tak angkat. Dalam masa yang sama aku dah cadang nak amik teksi cari hotel lain pulak sambil dalam hati dok fikir mana pulak nak cari hotel tengah-tengah malam buta ni? 

Maka pertolongan Allah yang diharapkan pun tiba tidak lama kemudian. Masya Allah. Sungguh Engkau itu Ya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Engkaulah yang memberi pertolongan dari jalan yang tidak disangka - sangka. Nampak sorang Mat Saleh yang tengah nak naik ke bilik dia. Dia bagitau ramai yang dah terkena dengan receptionist tu. Sebab pompuan tu memang "bitch" katanya.

Dia offer tinggal di apartment dia dan bagi bilik untuk kami dan dia tidur di ruang tamu.

Sungguh terharu dan macam tak percaya ada manusia sebaik ini. Esoknya pulak dia tolong pegi jumpa receptionist tu dan kami dapat refund. 

Inilah Mark, orang baik tu

Kami sangat berterima kasih dan mendoakan agar Mark diberi hidayah masuk Islam.


Kat sinilah kotak tempat letak kunci yang takde kunci tu. Cisss 

Selesai urusan re-fund kat receptionist, kami terus mengambil teksi ke Malaysian Hall.

Malaysian Hall ni of course la ramai melayu dan ramah-ramah belaka, senang nak bertanya apa apa. Warden dia nama Haznizul, baik dia dan banyak membantu aku. Kami ditempatkan di satu bilik yang agak luas. 

Kat sini tak boleh masak apa-apa kecuali buat air dan masak maggi aje, jadi kami order makanan macam student pada waktu malam. Berbaloi sebab makanan yang di order tu sangat sedap.



Letih punya pasal, lepas dapat masuk bilik terus kami sambung tidur dan berehat sepuasnya sampai agak petang.

Bangun tidur segera kami keluar merayau rayau di sekitar kawasan ni. Kami ke Albert Park. Nyamannya suasana. Best jugak melepak lepak dan menghabiskan masa kat sini.




Taman Tasik ni jalan kaki aje dari tempat penginapan di Malaysian Hall





Kat tasik ni ada mat-mat salleh veteran tengah main kapal layar remote

Burung apa entah...cantik jugak





Sebenarnya aku musykil jugak dengan Haikal ni. Walaupun kurus tapi dia mampu pakai T Shirt aje dalam suasana sejuk macam ni. Ish badan dia ada heater ke

 

Pondok tunggu tram

Cuti Cuti Melbourne - Perjalanan Pergi

Sempena aku ada cuti sebab tukar kerja baru dan ada rezeki lebih sedikit, kami sekeluarga pergi bercuti ke Australia.

Bertolak pada hari Sabtu 22 May, ambik tiket Air Asia. Kat KL Central ambik skybus ke LCCT, tak sampai 10 minit masuk, bas terus gerak. Dari Central, perjalanan lebih kurang sejam baru sampai LCCT.

 Makan-makan di Marry Brown LCCT sebelum check in


 Hidangan dalam flight...sedap jugak nasi lemak ni


 Tiba di Tullamarine airport, Melbourne

Tunggu teksi untuk ke Prahran

Alhamdulillah semua berjalan lancar termasuk check in dan pengesahan visa. Dekat 8 jam dalam flight, bosan jugak la. Kira-kira tengah malam waktu sana kami sampai. Keluar aje dari airport tu, terus terasa sejuk sampai cakap pun keluar asap. Suhu masa tu dalam 4 darjah celcius.

Walaupun masih dalam autumn, tapi waktu malam kat sana memang sejuk berbanding siangnya...nasib baik dah prepare pakaian yang sesuai. Terus ambik teksi untuk ke Prahran, AUD 80 kena bayar. Kalau dikalikan balik dengan 3...menangis pokcik.

Saturday, May 29, 2010

Last Day in CPOC


Hari terakhir aku di Carigali PTTEPI ini jatuh pada hari Khamis 20 May 2010 dan diadakan farewell party di sebuah restoran di KLCC. 

Aku sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang pernah membantu aku selama bekerja di sini. Ada banyak pengalaman yang telah aku kutip di sini, terutama masa di offshore.

Hamdan dan Anusorn

Asyraf dan Shima

tempat aku menghabiskan masa sepanjang hari

pintu masuk

Monday, May 17, 2010

Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusanku...

Akhirnya aku meletak jawatan dari company yang agak glamour ini. Kerja yang menjadi idaman bagi sesetengah pekerja oil & gas yang lain. Tapi aku dah tak peduli semua tu lagi sebab yang penting offer ini adalah yang terbaik bagi aku.

Sudah sampai masanya untuk aku beralih angin lagi. Lagipun aku rasa aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran yang baru. Tambahan pula aku lebih selesa tinggal di tempat yang tenang dan mendamaikan itu.

Walau apapun Carigali merupakan tempat kerja yang menyenangkan dan mewah dengan pelbagai keistimewaan. Banyak pengalaman baru yang aku kutip dan banyak jugak benda yang telah aku pelajari selama dekat setahun aku kat sini.

Mudah-mudahan ya Allah, aku berharap keputusan ini adalah yang terbaik buatku. Bimbinglah dan bantulah hambaMu yang lemah ini, sehingga aku kembali kepadaMu.

Sebelum aku masuk kerja baru dan sempena jugak dengan cuti yang bakal ada ini, insyaAllah aku nak bawak keluarga aku pergi bercuti ke tempat yang agak jauh sedikit. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan perjalanan percutian serta perpindahan kami nanti...