Sunday, June 13, 2010

Melbourne Day 4 - Port Campbell, The Twelve Apostles & The Loch Ard

Lepas check out pada pagi tu, kami jalan-jalan dulu sekitar Port Campbell. Suasana agak sejuk dan banyak angin. Boleh tahan cantik kawasan berteluk ini.

Depan Cabin







 Isi minyak dulu


 Tersalah jalan...sampai termasuk ladang mat saleh le pulak

Abis kat Port Campbell ni, kami terus ke Twelve Appostle yang merupakan landmark utama di Great Ocean Road ini. Mula-mula hairan jugak aku macam mana nak ke tepi laut ni yang penuh hutan rimba, dan tak nampak pun 12 Apostles ni dari jalanraya. Parking pulak di seberang sana jalan dan agak jauh dari laut. 

Rupa-rupanya ada laluan pejalan kaki khas melintasi jalanraya dari bawah ke 12 Apostles ni dari tempat parking. Bijak jugak idea depa ni.




Menakjubkan. MasyaAllah. Memang luarbiasa pemandangan ini bila ditatap sendiri berbanding di dalam photo. Kami sama-sama menikmatinya dan menghabiskan masa dekat 2 jam di sini. Berbaloi datang dari jauh untuk menyaksikan semua ini

12 Apostles ini merupakan tarikan utama pelancongan di negeri Victoria, Australia.Bagi yang pergi dengan pakej ke sini memang mahal dan itupun sekadar pergi balik hari sahaja. Itulah sebab aku sewa kereta dan pergi sendiri supaya boleh buat apa saja seperti bermalam di Port Campbell dan singgah merata-rata tempat yang aku suka.

Twelve Apostles ni sebenarnya sudah makin terhakis akibat ombak

 

 Kenangan Bersamamu Twelve Apostles








Habis melawat Twelve Apostles, kami terus gerak ke next destination iaitu Loch Ard yang berdekatan. Pemandangan di sini pun hebat jugak, tapi aku yang agak tak larat ni tak mampu nak turun ke bawah macam anak isteri aku. Lama jugak aku menunggu depa naik sambil membaca catatan sejarah tempat ini.

Mengikut catatan sejarah, Loch Ard ini adalah sempena nama sebuah kapal yang telah karam ratusan tahun lalu yang mengorbankan nyawa 50 orang anak kapal. Hanya 2 orang yang terselamat dan mereka berlindung di bawah gua batu di tepi laut ini sehingga mereka berjaya diselamatkan orang.










Dari Loch Ard kami berpatah balik ke Port Campbell lebih kurang 15 minit perjalanan untuk mengambil laluan Princess Highway ke Melbourne. Tidak lagi melalui jalan tepian pantai. Kami melalui ladang-ladang yang luas.





Singgah kejap kat taman di Colac ni untuk makan bekalan..hishh macam terlebih sejuk la pulak cuaca tetiba. Keputusannya makan kat dalam kereta aje


 Budak melayu jumpa daun


Kami sampai di Malaysian Hall sudah agak malam sebab ada traffic jam sikit kat Highway. Nampak macam ada kemalangan. Tanpa GPS terpaksa aku berhati-hati dalam bandar Melbourne ini. Syukurlah selamat sampai.

Monday, May 31, 2010

Melbourne Day 3 - Menyusuri Great Ocean Road

25 May 2010 

Idea asal aku nak menyewa kereta biasa kat Prahran untuk ke Great Ocean Road. Tapi rupanya company kereta sewa kat sini memang songel, aku nak bayar cash tak boleh, debit card pun tak diterima. Dia cuma nak credit card. Kecewa jugak aku mulanya. Aku ingat tak de harapan dah nak ke Great Ocean Road ni.

Tapi di sinilah pertolongan Allah sampai dan doa dimakbulkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyewa kereta kepunyaan Warden Malaysian Hall yang lebih murah, luas dan selesa. Kereta ini sebenarnya khas untuk disewa oleh student saja selama ini. Kalau dah rezeki, begitulah jadinya. Lesen tak jadi masalah sebab lesen Malaysia memang recognized di sini.

Perjalanan dari Melbourne hanya berpandukan Google Map sampailah ke Geelong yang merupakan pintu masuk ke Great Ocean Road. Sesekali aku bertanya arah. Apa yang pasti orang Australia ni memang friendly seperti yang aku baca dalam internet. Sanggup susah payah pergi ambil peta nak terangkan dekat aku.

 Kami memulakan perjalanan lebih kurang dalam pukul 11 pagi dari Malaysian Hall dan mula menyusuri Great Ocean Road dengan menaiki Toyota Tarago.

Laluan ke Great Ocean Road



Mat saleh ni memang baik hati

Dari Melbourne ke Geelong


Singgah beli french fries dan whipped potato di Torquay





Sepanjang perjalanan dari Geelong ke Port Campbell kami dihidangkan pemandangan persisiran pantai yang sungguh indah di sebelah kiri dan pepohonan serta ladang-ladang yang menghijau di sebelah kanan. Cantik sungguh ciptaan MU ya Allah.

Kami singgah di tepian pantai Lorne. Sungguh indah tepian pantai Lorne ini dengan rumput yang menghijau dan pantai yang putih bersih...........tapi ada sikit sejuk bila kena tiup angin.

 Singgah di taman tepi pantai Lorne












Perjalanan diteruskan sehingga melintasi Appolo Bay. Agak terkilan sebab tak sempat nak singgah di sini kerana mengejar destinasi Port Campbell sebelum malam tiba. Risau jugak kalau-kalau terpaksa menempuh kegelapan laluan Apollo Bay - Princetown - Port Campbell ni yang merupakan hutan dan bukit bukau. Masa agak suntuk sebab jam 5.30pm waktu sana pulak dah gelap.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih sehinggalah tiba di tempat penginapan di Port Campbell. 

Sampai aje di Port Campbell kami check in di Summer's Rest. Mula-mula cadang nak ambil single room saja, sekali tuan punya yang berbangsa cina tu tunjukkan cabin 2 bilik yang lebih elok dan lengkap dengan dapur. Terus kami ambil dan tambah lagi 20 dollar sahaja.

Lepas letak barang, terus pulak ke pekan kecil Port Campbell, beli barang untuk makan malam. Sedapnya aku makan malam sambal telur campur udang kering, ikan masak stim dan tomyam campur. Apalagi tidur nyenyak laa sampai ke pagi..





Katil untuk 2 beradik

Brahim's .....sambal telur campur udang kering

Licin