Sunday, June 26, 2011

Tanah Tinggi Cameron Day 2

Pagi lepas sarapan esoknya, kami gerak naik ke Tanah Rata lagi...macam dulu dulu jugakla mesti jenguk ke Mardi jap. Saja pegi tengok tanam tanaman. Entry masuk kat sini tak silap aku RM10 kot untuk sekeluarga.

Gambar sekitar Mardi dan Bees Farm 

 
 
Dah rupe pendatang aje aku tengok deme ini kat ladang teh. Dan seperti biasa tinggal aku sorang je yang malas nak panjat panjat sampai kat atas tu

Teringin pulak aku nak ada kolam ikan macam ni

Antara barang-barang yang sempat dibeli. Dua kekanak sedang bermain belon depan chalet

Sedap sungguh nasi lemak ayam berempah kat Tanah Rata ni...tak tipu serius cakap bukti ada kat depan mata (sampai terpejam ) 

Arnab pun ada                                       Kilang Teh

                                                                                                     
Dulu aku jeles tengok depa amek gambar kat dalam air terjun ni......kali ni giliran aku la pulak 

Letih


Menarik kali ni cuaca pun elok dan sempat pulak masuk ke Kilang Teh kat Mardi ni. Aku ingat simple je buat teh ni, rupanya banyak mesin dan proses yang diperlukan sebelum terhasilnya serbuk teh ni. Brader yang jaga kilang teh ni beria-ia menerangkan kat aku dan family tentang proses-proses ni semua....sampai faham.

Masa balik, aku tengok sebelah kanan jalan naik jam teruk. Sampai berkilometer jauhnya. Kereta tersadai tepi jalan pun ada. Nasib baik jalan turun tak macam tu lega aku rasa. Biasala hari sabtu lagi ramai orang nak ke sini. Apapun cuti kali ni tetap best dan rasa nak ulang lagi....tunggu ler bila bekalan teh dah abis, hehhehee.

Segar dari Ladang








 


Kalau la pokok pokok ni ada kat rumah aku kan best

Tanah Tinggi Cameron Day 1

Subjek Sejarah. Dari mana asal usul nama Cameron Highlands ni? Bukan dari nama James Cameron yang buat movie tu atau Cameron Diaz artis Hollywood, sebaliknya berasal dari nama seorang juru ukur pemetaan bernama William Cameron.

 Aku pun dah tak ingat sudah berapa kali datang Cameron Highland ni. Tetap jugak rasa nak datang lagi. Entahlah apa....suka sangat datang sini. Aku pun tak sangka la musim cuti sekolah full house rupanya. Call sana sini ....semua full house dan harga hotel atau apartment melambung tinggi. Tapi kalau dah rezeki nak sampai ke sini tu....tetap jugak dapat. Luar jangka aku saja call Juliana Resort pulak kat Berinchang. Rupanya ada lagi kosong, dan sewanya pulak RM 150 semalam. Ok laa. Alhamdulillah.

Sarapan

 Punya sayang laa kat budak budak ni sampai terlebih peluk



                                                   Taman bunga kat Tanah Rata


Kat bawah tu kebun kubis..sayangnya kubis dah abis dipanen dan tinggal sikit je

Pasar malam paling sejuk dan tak berpeluh di Malaysia

Ralit tengok orang main skate board

Apalagi perjalanan dimulakan pagi-pagi. Singgah di Rosegar untuk makan pagi. Mungkin sebab dah banyak kali datang sini perjalanan terasa makin dekat berbanding yang sudah-sudah. Sampai aje terus check in kat Resort ni. Kedudukannya di atas bukit. Lega hati aku sebab dapat bilik yang agak luas bagi kami, siap ada 2 buah katil king size, dan dibelakangnya ada ladang kubis.

Lepas lega berehat kat bilik aku turun pergi melawat pasar malam kat depan Hotel Equtorial, beli apa apa yang patut termasuk sayur kim cai goreng (kalau tak salah la nama dia), sedapla pulak sampai tak cukup.  Dan strawberi. Habis tu terus pergi lepak lepak kat taman kat Tanah Rata.

Monday, May 23, 2011

Cinema Cinema Cinema : Pirates of the Caribbean On Stranger Tides

Malam Sabtu baru ni aku sekeluarga pergi menonton cerita Pirates of Caribbean on Stranger Tides. Mana lagi, kat Sitiawan la tayangan 9.30 malam. Eloklah tu, lepas isyak terus jalan. Kali ni Haikal ler orang paling excited nak tengok cerita ni. Awal- awal lagi dia suruh aku booking online dan 4,5 bulan sebelum ni lagi dia dah siap siap ingat cerita ni akan ditayangkan pada bulan May.


Dalam pada tu ada jugak la benda spoil masa nak pergi. Aku sebenarnya dah siap-siap nak beli roti kat kedai Fasa 3C. Bukan apa takut lapar kat dalam panggung ni sebab tayangannya sampai dekat 3 jam. Malangnya Haikal pulak sakit perut.....tak boleh tahan. Terpaksalah bagi dia pegi toilet kat kedai tu dulu. Masa makin suntuk, dah 9.15 masa tu. Lama lepastu baru dia keluar.....terus ler menuju Sitiawan. Sekali dia sakit perut lagi.....ala ala emergency. Seram aku takut berterabur kat dalam kereta ni.

Aku agak nasib dia ni sama macam aku, kalau teringin sangat sesuatu...mulalah ada halangan menimpa. Terpaksalah aku singgah Petronas pulak bagi dia melepaskan hajat. Macamanapun jadi jugak masuk panggung....walaupun lewat sikit dan cerita dah start. 

Cerita ni memang best. Penuh adventure, suasana baru dan pemandangan yang indah. Memang puas hati betullah tengok. Balik rumah pun ada lagi ulasan depa pasal cerita ni. Paling best scene pasal ikan duyung tu.....memang nampak luarbiasa teknologi dan idea depa ni. Nampak gaya lepas ni sure depa mintak nak tengok Harry Potter dan Transformer pulak. Nangis pokcik.