Subjek Sejarah. Dari mana asal usul nama Cameron Highlands ni? Bukan dari nama James Cameron yang buat movie tu atau Cameron Diaz artis Hollywood, sebaliknya berasal dari nama seorang juru ukur pemetaan bernama William Cameron.
Aku pun dah tak ingat sudah berapa kali datang Cameron Highland ni. Tetap jugak rasa nak datang lagi. Entahlah apa....suka sangat datang sini. Aku pun tak sangka la musim cuti sekolah full house rupanya. Call sana sini ....semua full house dan harga hotel atau apartment melambung tinggi. Tapi kalau dah rezeki nak sampai ke sini tu....tetap jugak dapat. Luar jangka aku saja call Juliana Resort pulak kat Berinchang. Rupanya ada lagi kosong, dan sewanya pulak RM 150 semalam. Ok laa. Alhamdulillah.
Sarapan
Punya sayang laa kat budak budak ni sampai terlebih peluk
Kat bawah tu kebun kubis..sayangnya kubis dah abis dipanen dan tinggal sikit je
Pasar malam paling sejuk dan tak berpeluh di Malaysia
Ralit tengok orang main skate board
Apalagi perjalanan dimulakan pagi-pagi. Singgah di Rosegar untuk makan pagi. Mungkin sebab dah banyak kali datang sini perjalanan terasa makin dekat berbanding yang sudah-sudah. Sampai aje terus check in kat Resort ni. Kedudukannya di atas bukit. Lega hati aku sebab dapat bilik yang agak luas bagi kami, siap ada 2 buah katil king size, dan dibelakangnya ada ladang kubis.
Lepas lega berehat kat bilik aku turun pergi melawat pasar malam kat depan Hotel Equtorial, beli apa apa yang patut termasuk sayur kim cai goreng (kalau tak salah la nama dia), sedapla pulak sampai tak cukup. Dan strawberi. Habis tu terus pergi lepak lepak kat taman kat Tanah Rata.
No comments:
Post a Comment