Tuesday, June 19, 2012

Switzerland : Day 1

Lorient - Lausanne

Catatan 17 May

Sampailah ketikanya untuk kami sekeluarga berangkat meninggalkan bumi Lorient ni setelah hampir 3 bulan di sini. Pagi pagi lagi kami bertolak meninggalkan All Season Apartment menuju ke stesen keretapi Lorient dengan teksi.

Alang-alang kami dah ada kat Europe ni ada lebih baik pegi melawat apa yang patut. Destinasi pertama dalam jadual lawatan adalah Switzerland. Keretapi TGV Lyria yang kami naiki bergerak lancar menuju ke Gare Montparnesse, Paris. Pemandangan sepanjang perjalanan ini agak menarik dengan suasana hijau-kuning di kiri kanan.

Depan apartment sementara menunggu teksi datang

Gare Lorient



Laluan Lorient-Paris-Lausanne

Dalam pada tu ada jugak yang kami musykil pasal keretapi ni. Aku agak kami tersalah masuk coach. Sebab signboardnya tak begitu nyata. Rasanya kami termasuk kelas 1 walaupun tiket dibeli untuk kelas 2. Patutlah aku tengok aman dan macam exclusive aje tempat ni langsung tak de orang. Tukang check tiket pun tak kata apa-apa dah turun baru terfikir hal ni.

Dalam keretapi dari Lorient ke Paris


Lembu susu


View dari atas TGV Train

Setelah 4 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Gare Montparnesse Paris, seterusnya ambik teksi ke Gare De Lyon pulak untuk bertukar keretapi menuju ke Switzerland. Pergerakan kami agak sukar maklumlah terpaksa membawa 3 beg besar.

Bagaimanapun alhamdulillah sempat naik keretapi on time walaupun beberapa kali bertanya arah ke sana-kemari. Macam tulah kalau melancong negeri orang secara sendiri dan tidak mengambil pekej pelancongan, kena rajin bertanya.



Gare De Lyon




Keretapi dari Paris ke Swiss...baru aje naik dah lentok



View yang memang cantik dari Paris ke Swiss


Tiba di Lausanne, Swiss lebih kurang 7.20 pm. Nasib baik masa ni europe lambat malam, maka
mudahlah kami mencari hotel Alagare yang telah aku tempah. Oleh kerana semua orang keletihan, lepas aje makan dan solat, semua orang tidur dengan nyenyak.

Unik jugak bilik kat Hotel Alagare ni  siap boleh bukak bumbung



Sunday, June 17, 2012

Koleksi Foto Sekitar Apartment di Caudan

Banyak jugak kenangan manis yang sempat kami kutip walaupun hanya dua bulan lebih kat sini. Rasa sayang pulak nak tinggalkan tempat yang cantik ni.



Lalang ni unik. Masa angin tiup kencang, lalang ni akan berombak cantik...special pasal dia jenis tak tajam atau miang





Playground dekat apartment



                                                       


 
Seronok pulak tengok rumah rumah mat saleh kat belakang apartment ni

Sunset

Walaupun ada swimming pool kat sini tapi memang takde chance la nak mandi....sejuk memanjang









Besarnya buah limau ni berbanding telur
                                            



 Suka depa boleh timbang sendiri sayur dan buah buahan yang dibeli kat Giant sini...siap ada gambar dan nama setiap barang ikut kategori

 Pantang jumpa mesti depa mau minum hot chocolate ni...0.60 euro tak silap aku

 Display sayur sayuran dan buah buahan kat sini memang menarik

Tunggu bas masa nak balik

Saturday, June 16, 2012

Petang Terakhir di All Season

Catatan 16 Mei

Meluangkan masa untuk kali terakhir kat belakang apartment ni.


 Kedai kat sebelah apartment yang kami tinggal



Lepas ni bukak tingkap takde lah nampak kuda lagi

Ala-ala Sameer Khan