Friday, October 5, 2012

Amsterdam

Catatan 30 & 31 May

Kami tiba di Euroline Coach Station Amstel, Amsterdam lebih kurang pukul 7 pagi. Tidak berlengah terus mengambil teksi ke hotel De Munck yang telah aku tempah sebelum ini. Masih terlalu awal untuk check in, nasib baik kat depan hotel ni ada taman....bolehlah lepak-lepak sambil makan bekalan makanan yang masih ada.
 

Nampak macam bangku kosong aje.....sebenarnya ada Haikal tidur bawah jaket....alahai keciknye anak lelaki aku ni

Nabila ni serasi sungguh dengan haiwan-haiwan jinak ni.....tak kira ke mana dia pergi

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun check in. Mujurlah aku dah request hotel ni untuk check in awal melalui email terlebih dahulu. Alhamdulillah lega rasanya sebab diberikan bilik 4 bedroom pada harga yang sama walaupun aku hanya request bilik dengan 3 katil. Mengantuk dan letih punya hal semua orang tertidur sejam dua untuk merehatkan badan.


Hotel De Munck - bilik 4 katil ni memang luas dan selesa

*

*

*

*

Bangun tidur, badan rasa lega sungguh, apalagi pusing-pusing Amsterdam la....jangan buang masa lagipun kami cuma ada sehari sahaja.





Pertama kali aku tahu pasal Amsterdam/Belanda bila terbaca dalam buku teks masa sekolah rendah dulu. Cerita tentang pengorbanan seorang budak yang cuba menghalang empangan bocor daripada membanjiri perkampungan mereka.

Budak ini cuba menutup kebocoran empangan tersebut dengan tangannya dari malam sehingga ke pagi. Budak ini akhirnya ditemui dalam keadaan pengsan dan terselamatlah kampung mereka dari tenggelam. 




Amsterdam ini digelar kota di atas air kerana sana sini memang sentiasa terjumpa sungai dan terusan yang sambung-menyambung. Fakta-fakta menarik tentang Amsterdam : ada 165 terusan dengan panjang 75 km, luas daratan 171 hektar (dengan hanya 750 ribu penduduk) dan 2 juta kubik meter air, dan terdapat 1000 jambatan.

 Rembrandt Garden.....tempat santai-santai dengan persembahan seni dan nyanyian






Satu hal yang menarik kota ini memang dipenuhi basikal. Basikal di mana-mana dan memang merupakan budaya penduduk di sini. Kami pun kekadang tergelak tengok mat saleh yang pakai sikit punya smart ke, siap dengan neck tie, blazer bagai.....tapi naik basikal buruk aje.

Tempat kedua...Flower Market. Tempat ni memang menarik, cuma kena siap duit banyak-banyak sebab boleh rambang mata tengok pelbagai sourvenir, bunga-bungaan dan barangan-barangan yang sungguh menarik hati.





 Tempat ketiga - I Amsterdam. Kalau mai Amsterdam, tak sah kalau tak bergambar kat tempat ni. Macam-macam aksi orang ambik gambar kat sini. Panjat sana panjat sini....adeh







Pertunjukan akrobatik dan shuffle bebudak muda ni memang hebat dan menarik. Tapi aku tengok orang bagi duit sikit aje..... Mungkin depa buat semua ni atas nama seni kot.



 Makan tengahari di Restoran Turki......makanan nampak sedap tapi rasanya biasa-biasa aje......terbang 36 euro

Kenangan bersamamu ......berlatarbelakang terusan dan flower market

brader ni memang unik....nampak saja kami terus dia nyanyi lagu dalam bahasa melayu.....lepas tu sebut I love Malaysia





Seharusnya kami pergi melawat kincir angin di Zaanse Schans atau Van Sloten   atau kilang keju.....apakan daya sudah tiba giliran aku pulak uzur dan sakit kaki. Tak pelah kalau ada rezeki boleh datang sekali lagi dan melawat tempat-tempat lain yang terlepas seperti ladang tulip keukenhof dan lain-lain lagi.

Lewat petang kami pun balik ke bilik hotel. Makan malam dan berkemas-kemas untuk penerbangan balik ke Malaysia esok pagi.


Menuju Airport Schipol


Kat airport......makan pagi yang paling tak sedap

Pesawat MAS ....view dari Airport Schipol



Dalam flight...Ni baru betul-betul sedap hahaha

Dalam pukul 9 pagi kamipun mengambil teksi ke Airport Schipol. Sampai di airport kami melakukan aktiviti biasa, print tiket, check in lugage dan makan pagi.

Pukul 12.00 tengahari waktu eropah kami telahpun berada di dalam pesawat MAS. Dan apabila kapalterbang mula take off maka berakhirlah pengembaraan kami selama 3 bulan di benua Eropah. Bermula dari Lorient France dan berakhir di Amsterdam. Walaupun hanya 3 bulan, sungguh banyak kenangan yang kami pahatkan bersama dan tersimpul rapi dalam ~Percikan Kenangan~ buat selama-lamanya. Selamat tinggal bumi Eropah...........ada umur dan rezeki berjumpa lagi. 

Terimakasih Ya Allah, atas anugerahMU sehingga kami berpeluang melihat keindahan negara orang. Subhanallah.

Thursday, October 4, 2012

Sehari Perjalanan : London - Amsterdam

Catatan 29 May 

Asalnya Amsterdam ni tak termasuk dalam negara yang nak dilawati sebab plan asal nak amik direct flight dari London. Entah macam mana terlintas hati aku nak tengok tiket MAS Amsterdam-KL. Wow....terkejut aku rupanya untuk route ni murah sampai 3K berbanding London-KL. 

Tak berlengah lagi terus aku booking............sapa nak lepas peluang tambah satu lagi negara dalam senarai lawatan.

Pukul 9 pagi kami bertolak ke London dari rumah Amir. Akhirnya kami sampai ke London lebih kurang pukul 5 petang setelah mengharungi traffic jam yang agak teruk. Macamanapun sempat singgah di Hyde Park dan makan-makan bekalan yang dibawak dari rumah Amir tadi.

Jugak beli sedikit sourvenir kat sekitar Hyde Park ni walaupun tak berapa cukup masa. Alhamdulillah tiba jugak di Victoria Coach Station on time. Pukul 7.00 malam bas Euroline kami pun bertolak. 





 Parking bawah Hyde Park

Perjalanan kali ni berbeza sedikit sebab kali ni perlu menaiki feri dan tidak lagi melalui tunnel macam sebelum ini. Bas kami tiba di pelabuhan Dover sudah agak malam. Selepas pemeriksaan kastam (kali ni kastam tak banyak songeh macam masa masuk London dulu) bas memasuki feri pulak untuk perjalanan Dover-Amsterdam.

Besar sungguh feri mat saleh ni sehingga boleh memuatkan 1850 penumpang termasuk kereta, bas dan lori. Feri ni lengkap dengan restoran, tempat mainan kanak-kanak, supermarket. Ni baru feri murah aje (tambang sudah termasuk dalam tambang bas).....belum lagi cruising feri......mesti lagi lengkap.

Akan tetapi tak dapat ler nak enjoy view kali ni sebab gelap gelita tak nampak apapun kat tengah lautan. Kalau siang aku yakin seronak naik feri ni.

   Menuju Dover Checkpoint



 

Tuesday, August 28, 2012

Durham & Sunderland

Catatan 27 dan 28 May

Hari ini adalah hari khas untuk lawatan ke Durham. Dalam pukul 10 pagi, adik aku yang tinggal di Durham pun sampai ke hotel dengan anak sulungnya. Adik aku ni rasanya dah 3 tahun kat Durham UK sebab dia tengah buat PHD dalam Accounting. Alang-alang dah datang London, ada lebih baik menjenguk saudara di sini.

 

Singgah makan tengahari kat tempat rehat yang dipanggil Service


Perjalanan lancar dan view kiri kanan agak menarik. Ada banyak ladang rapeseed yang kekuningan dan nampak cantik serta ladang ladang ternakan biri biri.

Jauh jugak jarak Durham dengan London ni rupanya. Kira kira 5 jam perjalanan. Agak petang kami pun sampai ke rumah adik aku ni.

Tak sangka aku yang Durham ni masih sejuk lagi berbanding London, mungkin sebab kedudukannya yang dekat dengan laut.

 
Depan rumah Amir

Esoknya lepas sarapan Amir bawa kami ke market kat Sunderland. Tujuan asal nak cari udang yang bentuknya macam udang lipan tapi takde rezeki. Menurut adik aku, udang ni sangat sedap apalagi kalau dibuat laksami. 

Dah banyak kali kami nampak udang ni di Lorient, France tempohari, tapi tak terlintas pulak nak beli. Aku rasa udang yang sama jugak kot.



Ni gambar udang yang kat Lorient tu

Next kami ke tepian pantai Sunderland. Tempat ni cantik. Ada rumah api lagi. Lepak lepak kat sini memang best.






Budak kecik Ajmal ni lahir kat Durham

Puas lepak kat pantai kami singgah pulak sekejap kat Universiti ni sebab nampak ada tulip kat sini.


 Tulip yang sangat cantik



Seterusnya kami ke Factory Outlet yang tak jauh dari sini. Tempat ni memang kegemaran mana-mana kaum wanita yang berkunjung ke sini sebab harga barangan berjenama di sini agak murah. Kalau kaki shopping mahu tak cukup satu hari kat sini.




Sebelah petangnya kami mengunjungi ladang ladang di sekitar Durham.

Tempat ni memang indah.....macam dalam fairy tales pun ada


  Sebelum ni cuma dapat pandang aje bunga rapeseed ni dari jauh.....sekarang ada peluang masuk ke ladangnya. Rapeseed ni adalah pokok yang digunakan untuk buat minyak masak. Lepas tempoh matang, bunga akan gugur, tinggallah biji-biji kecil berwarna kehitaman yang kemudiannya dituai dengan jentera dan dijadikan minyak

Kenangan bersamamu.....ladang Rapeseed Durham

Family Amir


 Next kami ke ladang biri biri yang lain pulak. Tujuannya untuk tengok kambing dengan lebih dekat.


Sedang memasuki ladang....nasib baik anak pompuan aku tak masuk !!!!

Aksi setelah berjaya masuk....kesian kat anak aku, dia tak berapa sihat masa ni

Ini dipanggil edisi kantoi......tengah bebudak ni dok bergumbira, tuan punya ladang sampai. Nak cover malu punya pasal bergambar pulak dengan mat saleh ni

Aksi sedih......lembu-lembu dari ladang sebelah jalan datang menjenguk tanpa dipanggil.....sedangkan biri-biri tadi berlari-lari pergi bila dihampiri

Sebelum balik tu kami bersiar siar kejap sekitar Pekan Durham ni.







Selama dua malam kami sekeluarga tinggal di rumah adik aku ni. Makanan pun sedap-sedap belaka. Terima kasih banyaklah kat tuan rumah yang sudi melayan kami sekeluarga. Jasamu dikenang.

Lepas habis masa lawatan muhibbah di Durham sekali lagi Amir dan anak-anaknya menghantar kami ke Victoria Coach Station London untuk ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam Darul Belanda.