Wednesday, March 20, 2013

Gold Coast Day 2 - Amazing Sea world

Catatan 9 March 2013 

Hari kedua yang ceria. Hari ni kami bangun awal sikit dan prepare makanan untuk sarapan dan yang nak dibawa nanti. Mana tak bangun awal, pukul 4 lebih dah masuk subuh....5 lebih dah terang benderang.

Hidangan hari ini nasi goreng telur mata untuk sarapan dan bekalan pula nasi putih berlaukkan rendang udang serta ikan goreng. Terima kasih untuk pengeluar rendang segera yang sedap.

View pagi-pagi dari bilik 114
View pagi dari bilik baru 

Oleh kerana ada lebih masa, lepas memasak dan berkemas, terus kami berpindah bilik  baru seperti yang dijanjikan.

Hampir pukul 10.00 pagi kamipun bertolak ke Sea World, theme park yang pertama dari senarai VIP Pass yang telah aku beli ( Sea world, Movie World dan Wet and Wild Park).  


Kenangan bersamamu .......Sea World enterance

Cuaca sungguh nyaman hari ini nampaknya. Tidak panas dan tidak sejuk tapi banyak angin.....just nice. Sea World ni hanya 3km dari apartment The Shore. Parking pun ada banyak dan free. Sampai aje terus petugas scan online pass aku, amik gambar kami dan dalam masa 5 minit VIP Pass pun siap dan boleh masuk. 

1st show - Spongebob - depa seronok tengok show ni



Dinosour Park
Kolam ikan pari...besar besar pari kat sini



2nd Show - Jet Ski Stunt ni sungguh hebat dan luarbiasa. Salah seorang pesertanya bekas juara dunia - Dia ni mampu lambung-pusing somersault jet ski 6 kali secara berturut. Sungguh mengkagumkan para penonton





fish n chip kat sea world

Dalam dok sibuk sibuk jalan sana sini dan tengok show, sempat lagi kami ke parking kereta untuk makan tengahari. Lega, lepas makan masuk balik...memang tak de masalah keluar masuk ni. 

Dalam pada tu hati sungguh lapang bila sorang brader tu bagitau surau ada kat main train station dalam Sea World ni. Nampaknya mat saleh Australia ni sungguh prihatin terhadap keperluan muslim.


Sungguh comel dan cergas ahkak penguin ni



Menunggang dolphin
Cute aje dolphin ni hi hi bye bye penonton dengan ekornya




3rd Show- Dolphin show ni sungguh mempersona dan mendatangkan keseronokan kepada penonton. Benarlah bila dikatakan dolphin ni binatang yang paling pintar di dunia. Semua dolphin-dolphin ni melakukan aksi yang dirancang dengan sempurna dengan timing yang sungguh tepat. 7 bintang untuk show ni.

Akuarium .......Jaws ni sebenarnya sangat besar secara live


Bila Sea World dah dekat nak tutup pukul 5.00 petang kami pun bertolak pulang ke Surfer Paradise. Pusing-sana, pusing sini akhirnya kami terjumpa Zahab Global Supermarket yang jual makanan halal. Parking pulak seberang jalan dan cuma perlu masukkan AUD 1.40 untuk sejam. Dah ada udang, telur, sayur.....nak jugak makan ayam tu.....nak buat cemana sekeluarga suka makan ayam.


Zahab
Kedai zahab yang berdepan dengan kedai ni

Tuesday, March 19, 2013

Gold Coast : Day 1

Currumbin Wildlife Sanctuary

Catatan 8 March 2013

Alhamdulillah diberi Allah kesempatan untuk melancong sekali lagi. Destinasi kami kali ni Gold Coast Australia. Air Asia ada tiket promo bulan September tahun lepas. Tak lepaskan peluang aku terus sambar cepat-cepat sebelum kehabisan. 

Plan tiket aku dah bagus iaitu pegi masa cuti sekolah kanak-kanak berdua ni. Apa boleh buat, tetiba aje cuti sekolah dianjakkan ke hujung March. Terpaksalah aku bagi cuti sendiri kat depa ni.

Maka setelah sekian lama, pada hari khamis kamipun bertolak dari Manjung menuju ke KL. Untuk kali ni aku decide letak kereta di parking lot Hotel Royale Bintang. Selamat, berbumbung dan kadarnya cuma RM15.00 sehari. Dari hotel ni terus kami amik teksi ke KL Central...tidak berlengah mengambil Skybus menuju LCCT terminal.

Sampai di LCCT sempatlah lagi makan, solat maghrib sebelum check in. Pukul 9.45 malam Air Asia Airbus departure menuju Coolangatta Airport dan penerbangan mengambil masa 8 jam. Macam 2010 dulu makan nasi lemak Pak Nasir sekali lagi.




Coolangatta Airport

Pesawat mendarat di Coolangatta airport lebih kurang 7.20 pagi waktu Gold Coast. Lega sungguh pasal airport immigration langsung tak periksa lugage kami. Dia sekadar bertanya apa yang aku bawak. Aku explain semua yang aku declare dalam form masa dalam flight tadi......terus dia suruh jalan. 

Suasana agak nyaman maklumlah sudah masuk musim luruh. Dalam mengantuk-ngantuk tu terus aku menuju ke kaunter Budget Car Hire, settle kan booking aku.

Untuk penggunaan 6 hari kereta Hyundai Elantra Auto yang masih baru ni, AUD 275.00 dikenakan. Lesen memandu memang tak de hal sebab staf-staf budget ni dah biasa sangat dengan lesen dari Malaysia dan tak perlukan sebarang translation pun.  

Aku memang dah decide untuk bertawakkal aje kali ni dan tak amik sebarang Reduction Insurance. Sebelum ni aku cadang nak amik aje dari Cut Price Rental yang lebih murah, tapi baca macam-macam komplen kat Trip Advisor pasal depa ni terus aku cancel. 

Destinasi pertama lepas dapat kereta Currumbin Wildlife Sanctury. Dengan adanya GPS, senang je nak cari tempat ni yang begitu hampir dengan airport.

Tiket masuk untuk 2 Adult + 2 kids AUD 131.00. Dalam sini memang sesuai naik keretapi (kecuali ada yang tenaga lebih nak berjalan) sebab tempat-tempat yang dituju memang jauh satu sama lain.

kenangan bersamamu......Currumbin Wildlife Sanctuary

 Tempat mula-mula kami turun tu dekat bird show,


Hebat.....memang luarbiasa bird show ni. Entah ilmu apa mat saleh ni pakai burung-burung tu semua sungguh mendengar kata. Suruh buat apa pun boleh. Lagi hebat burung yang boleh sambar makanan tak kira macam mana dibaling sekalipun. Sungguh cekap. 

Pekerjanya pun nampak sungguh komited dalam melatih burung-burung ni dan aku agak depa mesti sayang akan mereka, siap ada nama masing-masing.  


Lepas bird show ni, pegi tengok Koala pulak. Memang betul dia ni pemalu dan kaki tidur. Tapi memang dah rezeki, kat kandang sebelah kami terjumpa beberapa ekor yang tengah makan. Subhanallah, Sungguh comel Kaola ni. Tengok dia aje dah rasa seronok. Itu belum pegang lagi.



Nampaknya kaola ni lagi pemalu dari sesetengah anak dara zaman sekarang yang selamba aje jelir lidah dan upload kat fb

Next kami ke show mengetam bulu biri-biri. Walaupun show ni fun dan pengacara pandai buat lawak, tapi kami kesian la pulak tengok kambing biri-biri tu habis tinggal togel.



Seterusnya kami naik train lagi dan berhenti di next stop yang favourite iaitu tempat tinggal kangaroo. Wow....sungguh seronok dan amat puas hati dapat bermanja-manja dan bagi makan kangaroo. Kangaroo ni sangat hensem rupanya.

Tak sangka aku binatang ini betul-betul jinak, seakan-akan kucing. Alangkah seronoknya dapat membelai-belai tengkuknya, dan memeluk-meluk belakangnya.




Seronok pulak tengok telatah takut-takut anak mat saleh yang comel ni nak bagi makan kangaroo




Dalam banyak banyak kangaroo ni...dia ni lah yang paling aku suka

Tak ketinggalan jugak bagi makan burung unta....tapi bebudak ni suspen sikit takut tangan kena patuk, maklumlah muka burung ni nampak garang

Kangaroo ni selamba je tidur merata rata...terbongkang pulak tu





Ini masa naik keretapi nak balik...Lama jugak kami habiskan masa kat tempat kangaroo ni. Sayang aje nak tinggalkan tempat ni.

Keluar aje dari Currumbin Wildlife, kami menjenguk Currumbin beach yang terletak berdekatan. Suasana pantai sungguh nyaman dengan tiupan angin dingin.


Seronok kalau dapat melepak-lepak lebih lama tapi perjalanan harus diteruskan sebab semua orang sudah letih maklumlah mengharungi 8 jam dalam flight dan beberapa jam pula di Currumbin sebentar tadi. 


Keluar dari pantai ni, masa on the way tu ternampak ada sebuah Asian Supermarket...apa lagi terus singgah beli udang, ikan, sayuran dan lain-lain. Perjalanan disambung lagi menuju ke Surfer Paradise. Walaupun The Shore tiada dalam GPS, pakar GPS aku Arif Haikal set-up GPS ke Surfer Paradise. 

Dari jauh dah nampak tulisan besar SHORE menandakan kami sudah tiba di Apartment The Shore yang aku tempah ini. Keluar dari kereta bebudak ni ketawa dan sungguh gembira sebab depa ni tak pernah rasa tiupan angin sekencang ini. Beg beroda pun tertolak laju ke depan. Satu pengalaman baru.

The Shore ni receptionist dia semuanya opah-opah belaka. Kami ditempatkan di bilik 114 yang sungguh selesa. Walaupun boleh nampak laut........ini bukan bilik Ocean View yang dijanjikan. Next day aku request pindah ke bilik Ocean View pulak di tingkat 2.

Dua-dua bilik ada kelebihan. Bilik tingkat 11 lebih baru tapi view laut tu cuma boleh nampak dari tingkap tepi. Bilik ocean view ni pulak agak klasik tapi pemandangan dia memang superb. Apapun sungguh selesa untuk tidur, masak dan berehat. Tak perlu aircond sebab angin dingin sentiasa masuk bila bukak tingkap.


Apartment masa hari pertama ni ada 1 bilik...kat hall ada sofa panjang yang sangat selesa untuk bebudak ni tidur

Gambar atas dan bawah ni view dari dalam bilik tingkat 11


Lega rasanya dapat berehat di sini. Untuk hari pertama ni, makan malam kami adalah nasi putih, tomyam udang dan sayur-sayuran, telur dadar dan ikan lengat. Sedap..