Friday, November 1, 2013

Penang : Unplanned Trip

Lawatan Pulau Mutiara sebenarnya bukan dalam perancangan. Kes terkejut-tergempar. Oleh kerana sampai Penang pun dah lewat petang, maka kami pun decide bermalam aje lah kat sini dan nak cari hotel yang murah-murah je.

Ada dua hotel kami tanya sekitar kawasan Bayan Baru ratenya dalam RM 150 ke atas dan dalam deretan kedai-kedai saja. Sekali tak semena-mena masa anak aku tengah search accommodation dalam GPS, muncul Hotel Seri Malaysia 2. 

Alang-alang dah dekat dengan kawasan ni kami terus aje lah ke sini. Luar jangka dia punya rate hanya RM 140. Ini sudah kira bagus sebab belum pernah aku jumpa rate macam ni di mana-mana rangkaian Seri Malaysia. Sangat selesa dengan bilik yang agak luas. Ada swimming pool lagi.

Berdekatan dengan hotel ni ada Giant Hypermarket. Oleh sebab malam tak de apa nak buat selain tengok TV dan berinternet, maka kami pun terus ke Giant tu dan makan malam kat dalam ni. Sebelah hotel ni jugak ada uptown.

Untuk family room rate RM 140 semalam hotel ni sudah sangat bagus bagi aku...ada 1 katil besar dan 1 katil bujang...bila nak tidur aku kembarkan aje 2 katil tu hehhehee


Makan pagi untuk 3 orang included.....boleh tahan sedapnya....tambah lagi RM 12 untuk Haikal

Ada ramai konvoi mat motor kat Seri Malaysia masa ni

Esok paginya lepas sarapan aku ke Taman Bukit Relau... dekat je dengan hotel. Tempat yang bersih, terjaga elok dan nyaman. Itulah yang dapat aku katakan. Nampaknya Majlis Bandaran Penang memang betul-betul mengambil berat tahap kebersihan dan keselesaan tempat macam ni.
 Ramai warga tua datang bersenam kat sini






Next kami ke Taman Botanical pulak. Lagi sekali sungguh terjaga dan bersih. Kami naik keretapi kat dalam taman ni dengan bayaran RM 2 seorang.












Abis tempat ni kami ke hotel semula untuk check out. Sebelum tu sempat lagi singgah beli makanan tengahari kat kedai makan depan hotel. Wah......banyak betul pilihan lauk pauk dia. Sampai confuse nak beli bungkus yang mana satu. 

Pilih punya pilih amik kari kepala ikan, ikan dan sotong bakar, ayam masak merah dan sayur. Dengan nasi dan air semua lebih kurang RM20 lebih aje. Sedapnya ikan bakar dia. Jenuh kami makan maklumlah perut memang berkeroncong sejak tadi. Malas aku nak makan kat kedai tu bukan apa....cuaca panas sangat.
Sampai dua tingkat lauk dia...itu belum sebelah sana lagi...dia punya kari siap macam gulai kawah punya style 

Tak mandi pun swimming pool ni.....tak sempat

Selesai check-out on the way tu nampak Kompleks Bukit Jambul...masuk tengok tengok apa yang patut. Luas tempat ni. Adeh...lenguh kaki aku dibuatnya.



Lepas tu kami ke next destination...macam biasala...Padang Kota. Jalan ke sini tak berapa smooth sebab boleh tahan dia punya traffic jam. Apapun sampai jugak le. Cuma bagi aku tempat ni terutama medan seleranya overatted. Tak bagus mana malah rimas dengan peniaga-peniaga yang berebut-rebut nak amik order sampai tak sempat nak fikir. Sekali serbu empat orang tuu....sakit hati pun ada.







Sotong kangkung ni aku tak order sebenarnya. Tapi mamak yang kelam kabut tu hantar jugak. Silapnya anak aku pulak termakan sikit masa kami dok bayar kat gerai sebelah......bayar jugaklah walaupun rasanya tak sedap dan mahal



Habis padang kota kami terus bertolak ke Manjung semula. Lalu kat Pantai Remis singgah bungkus nasi kandar pulak....sedap...

Thursday, October 17, 2013

Perihal penggunaan alatan memasak, makanan dan minuman bila di rantauan (Non Muslim Country)- Dari Segi Hukum


Kredit to blog Hukum Hakam

Jika peralatan memasak tersebut pernah digunakan untuk memasak bahan yang ada bercampur dengan babi dan seumpamanya yang terdiri dari benda najis. Maka peralatan tersebut wajib dibasuh. Setelah itu peralatan tersebut boleh digunakan tanpa was-was. Dalil dalam perkara ini adalah hadis dari Abi Tha’labah al-Khusyaniy yang terdapat di dalam al-Bukhari dan Muslim, ketika para sahabat bertanya:

يا رسول الله، إنا بأرض قوم أهل كتاب أفنأكل في آنيتهم؟

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di negeri Ahli Kitab, apakah boleh kami makan menggunakan peralatan mereka?” Jawab baginda Nabi SAW:

إذا وجدتم غيرها فلا تأكلوا، وإذا لم تجدوا فاغسلوها، وكلوا فيها.Maksudnya: “Jika kamu semua dapati yang lain maka jangan kamu semua makan dengannya. Dan jika kamu semua tidak dapati yang lain, maka basuhlah ia dan makanlah dengannya.”

Al-Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan bekas di dalam hadis Tha’labah ini ialah bekas yang digunakan untuk memasak daging babi dan bekas yang digunakan untuk meminum khamar seperti yang dinyatakan dengan jelas di dalam hadis riwayat Abu Daud:

إنا نجاور أهل الكتاب وهم يطبخون في قدورهم الخنزير، ويشربون في آنيتهم الخمر؟

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu berjiran dengan Ahli Kitab, mereka memasak babi di dalam bekas-bekas makanan mereka, dan meminum khamar?” lalu baginda memberi jawapan seperti jawapan sebelum ini.

Adapun berkaitan apakah perlu disamak bekas makanan tersebut? Pandangan yang lebih benar ialah kenajisan babi TIDAK PERLU disamak bahkan memadai dengan membasuhnya sekali dengan air yang mutlak. Tidak perlu juga menyamak mulut. Hal ini kerana tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah hukum menyamak untuk babi. Sebaliknya sebahagian ulama yang berpandangan perlu samak untuk babi, mereka hanya mengambil jalan kiyas kepada hukum anjing. Kerana itu al-Imam al-Nawawi, seorang tokoh besar mazhab al-Syafie ketika membicarakan persoalan kenajisan anjing di dalam Syarah Sahih Muslm berkata:

واعلم أن الراجح من حيث الدليل أنه يكفي غسلة واحدة بلا تراب ، وبه قال أكثر العلماء الذين قالوا بنجاسة الخنزير. وهذا هو المختار ; لأن الأصل عدم الوجوب حتى يرد الشرع ، لا سيما في هذه المسألة المبنية على التعبد

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa yang rajih dari sudut dalil, (jilatan/kenajisan babi) memadai dengan sekali basuhan tanpa perlu tanah. Inilah pandangan kebanyakan ulama yang berkata tentang kenajisan babi. Inilah pandangan yang terpilih. Hal ini kerana hukum asal ialah tidak wajib (samak) sehinggalah ada bukti dari syara’, terutama dalam persoalan seperti ini yang dibina di atas dasar menjadikan ibadah.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/604)

Ulasan aku:

Perkara ni dah lama aku tahu tapi baru sekarang terasa nak cari hukum hakam yang lengkap berserta dalil-dalilnya sekali. Sebabnya aku rasa hairan sikit tengok gigihnya sesetengah orang tu menyamak segala macam pinggan dan periuk belanga bila pergi obesi. Sedangkan bekas yang telah diketahui digunakan untuk masak babi pun cuma perlu basuh, apatah lagi bila sampai apartment terlihat bekas-bekas tersusun bersih yang sama sekali tidak diketahui pernah diguna untuk masak babi??


Wallahualam.

Sunday, October 6, 2013

Gambar Kenangan Zaman Baby Dan Renek Anak Anakku


Masa dok saja-saja ni seronok pulak aku rasa bila tengok gambar-gambar lama anak anak aku ni... zaman depa kecik dan renek lagi.

Depa ni jalan mana-mana pun suka tidur dalam kereta. Dekat pun boleh tertidur jugak. Siap siap kena set-up seat belakang kereta untuk depa tidur. Susunan yang sungguh selesa....udah macam katil aje nampaknya.

Masa ni kamera digital belum popular lagi. Kalau ada pun mahal dan aku mana mampu nak beli lagi. Masa tu kalau tangkap gambar, mesti berharap sangat la gambar-gambar tu semua menjadi bila dicuci kat kedai gambar. Kalau nasib tak baik gambar pun gelap aje. Bukan macam zaman sekarang.....ribu-ribu gambar boleh tangkap.


Kakak masa baru lahir

Adik 






Ada sekali tu kek birthday Nabila ni kena tulis 2 nama....kalau tidak adik dia nangis...kalau kek birthday adik tak bagi kongsi nama pulak....ada ke patut???

Gambar ni kat Danga Bay masa aku kerja kat Sime Darby Engineering Pasir Gudang. Masa ni dah besar sikit...kakak 8 tahun dan adik 5 tahun.



Alhamdulillah Allah telah mengurniakan sepasang anak cukup untuk menghiburkan kami suami isteri.....kalau Allah tambahkan lagi itu kira bonus bagi kami...

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Saturday, October 5, 2013

16th Anniversary

Ya Allah, Berkatilah rumahtangga kami ini dengan Rahmat dan Kasih SayangMu dan jadikanlah seluruh ahli keluargaku ini saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Juga pertemukanlah kami semua sekali lagi di dalam SyurgaMu sebagai ahli keluarga yang sama dengan Limpah KurniaMu