Booking Date : 3 June 2013
Tetiba aje tergerak hati aku nak tengok website Air Asia. Mana tau kot-kot ada offer baik punya. Try beberapa negara termasuk Japan dan Korea. Tak memberansangkan. Macam mahal je...
Tengok pulak Sydney. Bravo!!!.RM3880 returned untuk 4 Pax. Yes.....inilah peluang yang aku nantikan untuk mencapai percutian idaman kami ke New Zealand. Tengok pulak website Jetstar untuk route Sydney - Christchurch AUD 1256 returned untuk 4 pax.
Maknanya total RM7773 semua sekali. Bagi aku harga ni boleh tahan memandangkan tarikh departure 18 November sudah penghujung spring dan macam biasa le harga semua mesti sudah adjust macam summer punya rate.
Tarikh ni yang paling sesuai bagi kami sebab bebudak dua orang ni dah habis periksa dan cuti panjang. Lagi satu dapat jugak merasa melawat Sydney yang akan aku jadikan transit selama 2 hari pergi dan 2 hari balik. Maka pada 3 June aku pun booking kedua-dua flight.
Tarikh ni yang paling sesuai bagi kami sebab bebudak dua orang ni dah habis periksa dan cuti panjang. Lagi satu dapat jugak merasa melawat Sydney yang akan aku jadikan transit selama 2 hari pergi dan 2 hari balik. Maka pada 3 June aku pun booking kedua-dua flight.
Terbeli benda ni masa flight ke Gold Coast tempohari. Adakah gambar ini relevan dengan booking date??
Preparation
Rentetan dari itu kamipun mula membuat pelbagai persedian yang secara ringkasnya seperti berikut :
1. Sebab aku dah memang plan nak amik kereta di Sydney dan campevan di New Zealand maka akupun belilah GPS di AEON Seri Manjung dan save semua favourite destination dan main attraction di Sydney dan New Zealand semua sekali termasuk tempat penginapan di kedua-dua tempat ini.
Tips aku untuk set up destination ni ialah pengguna kena pastikan tempat yang dituju adalah tepat malah kena confirm dengan google map sebab kadang-kadang ada alamat yang tak betul dan bertindih-tindih sudahnya boleh menangis tak berlagu bila sesat.
Terbang duit aku RM500++....install map AUS & NZ kena lagi RM100
Ertinya dalam hal ni aku dapat 2 kelebihan dengan kombinasi Campervan Jucy dan motel iaitu perjalanan yang selesa untuk anak-anak aku sebab boleh tidur atas katil masa travel (salah kalau ikut undang-undang.....tapi belasah ajelah), boleh masak makanan di mana sahaja (Campervan Jucy ni lengkap dengan peti ais dan dapur) dan waktu malam dapat tidur, masak dan mandi dengan selesa di motel.
Lagi best bila dijumlahkan sewa Jucy dan motelaku dapati harganya lebih rendah dari bayaran Motorhome dan sewa powered campsite. Ini sudah bagus. Of course pilihan ketiga iaitu kombinasi kereta sewa dan apartment lebih murah.....tapi pilihan ini tak berapa sesuai untuk kami sekeluarga.
3. Pasal makanan, Tesco Manjung memang tempat sesuai untuk mengumpul bekalan makanan di New Zealand nanti. Macam-macam perisa segera kami beli dari sini dan siap-siap aku prepare list untuk pemeriksaan kastam nanti. Ini termasuk jugak ubat-ubatan terutamanya untuk kanak-kanak. Beras, minyak semua tak perlu. Kat Christchuch macam macam ada.
Update: contoh list makanan dan ubatan
Dekat Sydney pulak aku memang plan tak masak dan cadang nak order aje makanan kat Malaysian Hall.
Bertimbun!!! Bekalan untuk 8 hari di NZ
5. Tentang pakaian pulak ada ler tambah sikit sikit termasuk stoking. Sweater lama bole pakai lagi...jimat. Kasut beli sorang sepasang kecuali aku. Gitulah pengorbanan seorang bapa....






.jpg)

.jpg)





