Friday, February 21, 2014

Renungan Jumaat : Ghibah dan mengumpat


Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang di antara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?" Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami."

Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk."

Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa." Salman berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwaktu ia sedang tidur." Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): 

 (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."

Ulasanku

Zaman internet ini mengumpat jadi lebih mudah malah mengumpat secara berkumpulan sudah menjadi kebiasaan. Dalam facebook dan lain-lain media ada saja orang mengeluarkan satu tajuk atau ketidakpuasan hatinya terhadap orang yang tidak disenanginya. Benda berdosa macam ini, sekejap aje ramai yang memberi komen, mengumpat dan mengutuk sekalipun dia langsung tidak tahu hujung pangkal malah tidak kenal pun orang yang diumpat.

Begitulah sukarnya memelihara lidah dan perkataan serta penulisan pada zaman ini sedangkan di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi SAW bersabda kepada Mu'az bin Jabal sambil memegang lidahnya yang bermaksud : "Engkau wajib menahan ini. Maka aku berkata, ya Rasulullah, kami sentiasa mengotakan apa yang kami kata. Nabi berkata, 'ibumu telah kehilangan engkau, wahai Mu'az. Bukanlah manusia di campakkankan muka mereka ke dalam neraka disebabkan angkara lidah mereka?". (Hadis Riwayat Bukhari).

Semoga kita semua dijauhi dari perbuatan yang amat merugikan ini. Amin

Friday, January 24, 2014

Renungan Jumaat



 
Sabar dan Redha

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”


Kata-kata nasihat Ibnu Qayyum..

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak
akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak
akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak
akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak
akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu
dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak
akan padam kecuali redha dengan suruhan dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan
bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
 

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati
si hamba itu.

Wednesday, January 22, 2014

3 Hari 2 Malam : Teluk Senangin

Catatan 17,18 &19 Januari 2014

Jumaat lepas ada cuti umum. Lepas bincang lebih kurang kami pun buat keputusan ke Teluk Senangin. Lagipun dah lama tak datang sini. Kali ni lama sikit, duduk 3 hari 2 malam. Sewa Chalet Haji Kamal sekali lagi.

Sewanya sekarang RM40 untuk semalam. Sesuai dengan kenaikan harga barang-barang selain kangkung....kenaikan sebanyak RM10 ni kira ok lah. Contact Number Haji Kamal ni 012 -5287825.

Demi keselesaan kami sumbat masuk macam-macam barang sampai nyaris penuh kereta aku dengan pelbagai kelengkapan yang kami bawak dari rumah. Dari dapur gas kecik, BBQ set, periuk belanga, bahan mentah sehinggalah ke kipas angin, tilam dan peralatan elektronik semuanya serba lengkap.



Walaupun chalet ni biasa aje dan rating tak  sampai 1 bintang pun, kami tetap sukakannya sebab kedudukannya yang hampir dengan pantai, bebas memasak dan membakar seafood sesuka hati jugak suasananya yang redup dan mendamaikan.


 Sebahagian chalet Hj Kamal 

 1st night buat ayam percik

Sarapan

 Ada sukaneka kat chalet sebelah

 
Chalet-chalet lain yang terdapat di sini

 Menu makan tengahari 2nd day.....masak lemak labu, sambal telur hancur dan ikan goreng

  Buah kelapa ni pemberian dari tuan punya chalet

 
 Macam macam ada kat gerai ni

 Menu petang kami beli je...waktu macam ni memang ramai orang jual makanan

 



Suka depa kutip siput remis ni


Siakap bakar sambal yang meletop bila dimakan

Anak jiran chalet sebelah.....minat depa tengok anak aku main game  

Sarapan hari terakhir...nasi lemak daun pisang dan laksami udang.......yummy....mai bercuti ka mai makan ni??

Nama bot sekarang pun dah advance



Suasana tepian pantai di awal pagi


Paling best kali ni suasana agak sejuk dan banyak angin. Memang seronoklah untuk bersantai-santai bersama keluarga tersayang.

Monday, January 20, 2014

Cenderahati Dari New Zealand dan Sydney

Foto-foto serba sedikit cenderahati yang mampu aku beli untuk trip kali ini..,