Saturday, March 7, 2015

Last Day in Krabi

Catatan 29 November 2014

Alamak. Sudah sampai hari yang tak best.....kena balik! Macam biasa pagi pagi lagi kami sudah mula berkemas-kemas. Dalam pada tu masih sempat lagi nak berendam kat pool ni.

Selesai packing kami ke Luna House sekali lagi untuk memulangkan motorsikal. Untuk ke hotel semula kami amik Tuk-Tuk pulak. Merasa jugak naik Tuk-Tuk akhirnya.

Suasana pagi

Anak sapalah yang nampak kepala aje tu?

Ni mesti tengah perasan ala-ala Datuk bila dapat melepak macam ni....hehehe

Best jugak kalau dapat satu kat rumah saiz kecik macam ni... syoknya berangan... heheheh

Singgah beli nasi dan ayam goreng berempah yang sedap kat area masjid

Tambah makanan lagi kat gerai sebelah Luna House... I like

Ni lah tauke gerai peberet kami...hari last baru merasa naik Tuk-Tuk miliknya untuk ke Deevana semula

Hasil tapau untuk hari ini... kenyang sampai ke Malaysia

Acara menunggu di lobi

Driver kereta sewa ni nampak aje muka macam taikor.....sekali dia sembang dengan member dia, punyalah meleleh dan lembut. Sah, bahasa Thai memang style lembut terkulai layu......hehehehhe

Krabi Airport

Lepas check out kami pun mengambil kereta sewa ke Airport. Segalanya berjalan lancar. Jam 2.25pm Flight pun berlepas menuju LCCT 2. Maka tamatlah percutian untuk tahun 2014. Alhamdulillah semuanya selamat.

Kesimpulannya....Krabi memang best dan enjoy.

Krabi Trip - Day 6

Catatan 28 November 2014

Nyamannya suasana pagi di bilik 1009 Somkiet Buri Resort ini. Bangun pagi-pagi terus aku menjengah balkoni. Aku nampak dalam air tu macam ada ikan. Aku pun amik sisa-sisa roti dan campak sikit. Waaaa....bukan macam ada, memang ada ikan. Besar-besar pulak tu. Lagi laa best. 

Mula-mula beberapa ekor lepas tu makin banyak....sudahnya jadi pesta bagi makan ikan. Nabila pulak bangun.....dia ni penggemar haiwan. Suka la tu. First time kami dapat merasa tinggal di hotel yang special macam ni.



Next agenda mestilah makan pagi. Menarik nampaknya tempat makan ni. Ala-ala tradisional. Mungkin owner tempat ni selalu terkenangkan kampung halamannya. Tu yang dia design resort dia macam ni. Makanan pun sedap-sedap belaka. Apalagi........balun cukup cukup.

Suasana kafeteria

Kuah masak lemaknya memang sedap.....rasa macam nak mintak resepi aje

Sedap sungguh salad ni


Merayau rayau sekitar resort ni memang best... sambil menyedut udara yang segar

Anak sungainya yang jernih


Mandi manda sebelum check out



Deevana Plaza Krabi

Lepas check out dari tempat ni kami menuju ke hotel berikutnya iaitu Deevana Plaza. Sekali lagi kami berangkut dengan motosikal. Walaupun bagi sesetengah orang check in, check out macam ni agak leceh, kami tak kisah sebab objektifnya adalah nak merasa suasana yang baru dan merasai pengalaman yang berbeza-beza. Lagipun bukan susah sangat pun.

Untuk high season macam sekarang  harga yang kami dapat ni adalah yang terakhir kat sini menurut receptionistnya. Lepas ni harganya lebih mahal sebab hotel ni yang asalnya bernama Mercure Deevana Krabi telah di ambil alih dan secara automatik harga bilik-biliknya meningkat.

Welcome drink... sirap biru

Sayangku @ lobi

Lepas check in keluar makan dulu kat sebelah masjid ni. Sedap. Total RM55

Menu tambahan burger musti ada 


Nice view



Ini betul-betul idea merapu... ada ke patut dia punya bidai tu letak kat luar. Kalau sesapa tengah mandi, ada orang tarik ke atas cemana... tak ke mengelabah biawak... hehehehhehe


Gembira nampaknya ahli-ahli keluarga aku kat hotel ni. Aku pun suka jugak. Ini kali pertama merasa bilik yang ada access swimming pool. 

Family Access pool room ni memang best. Semua orang suka, maklumlah kolam renang dah  ada depan mata. Tak de kerja lainlah kat sini...berendam sakanlah nampaknya.


Unik.....mana depa dapat idea buat sudu bengkok macam ni



Sebelah malamnya kami merayau-rayau di kedai-kedai dan pasar malam kat sini. Tengok-tengok apa yang patut. 

Esok dah nak balik Malaysia jadi hari ini nikmatilah percutian di Krabi ini sepuas-puasnya. 

Sunday, February 1, 2015

Krabi Trip - Day 5

Catatan 27 November 2014

Pusing-pusing Krabi

Hari ni lepas bersarapan di cafe Luna House kami meronda-ronda sekitar bandar Krabi sebelum check in ke hotel yang baru. Lepas check out dari Luna House dan tinggalkan beg-beg buat sementara dekat receptionist hotel ni, kami pun terus menuju ke pekan Krabi.

Krabi ni dekat aje dengan Ao Nang. Bermotosikal dalam setengah jam gitu. Dalam perjalanan ke Krabi ada banyak signboard Emerald Pool dalam 70 km jaraknya. Jauhnya...macam tak berapa berbaloi je.Tak pergi la nampaknya. Nak naik gajah kat sana pun depa tak berapa minat, kesian kat gajah katanya.

Pusing sana pusing sini akhirnya kami berjumpa mercu tanda utama bandar Krabi ini iaitu "Big Crab" di tebing sebatang sungai. Panas terik betul masa ni, jadi tak mampu nak lepak lama-lama kat sini. Sekadar bergambar. Lagipun ada dua ejen kat sini sibuk mengikut kami nak offer river cruising. Nampaknya air sungai ni tersangatlah keruh, jadi tak berasa nak join.




Berhenti isi minyak

Abis Big Crab kami ke sebuah gerai muslim. Kami order murtabak, roti pisang dan kueteow goreng atau orang sini panggil big noodles. Harga makanan di Krabi ni lebih mahal dari Ao Nang...terbalik nampaknya. Selalunya tepi pantai yang patut lebih mahal.


Selesai makan tengahari kami berjalan di kedai-kedai berhampiran tengok-tengok apa yang patut. Lepas tu ke pasar buah-buahan berhampiran. Nampak segar, jadi kami pun beli sekilo buah mata kucing, tembikai dan nenas.


Manis sungguh buah-buahan kat Thailand ni


Habis tempat ni kami balik ke Ao nang semula. Dalam perjalanan singgah kejap di sebuah masjid untuk solat. Ada beberapa masjid sepanjang perjalanan ini menggambarkan bahawasanya syiar islam memang tersebar luas di Krabi ini.




Sampai di Luna House terus kami ambil beg-beg dan letak atas skuter dan segera menuju ke hotel berikutnya iaitu Somkiet Buri Resort. Oleh kerana ada beberapa buah beg kenalah angkut dua kali. Tak masalah sebab hotel ni tak jauh sangat dari Luna House.

Cafe comel Luna House. Sarapan simple seperti roti, cereal dan minuman ada disediakan. Sapa yang nak jimat boleh je makan kat sini setiap pagi.

Angkut jangan tak angkut

Best. Hotel ni memang menarik dan persekitarannya indah. Di kelilingi pepohon hutan malar segar, suasana sekelilinginya memang sukar ditandingi. Biliknya pun selesa dan luas betul, berhampiran kolam renang yang direkabentuk dengan baik. Kami tinggal di bilik nombor 1009.

Check in aje kat sini , kami langsung tak kemana-mana lagi. Menghabiskan masa kat kolam dan melepak-lepak di bilik saja. Teringin aku nak tiru percutian ala-ala mat saleh yang suka bersantai sambil membaca di tepi kolam sekali sekala. Hahaha.




Lama tak mandi kolam, seronok pulak rasanya

Hijau dan segar...

Suasana kolam yang unik penuh kehutanan dan kerimbaan.
Bilik mengadap kolam ni untuk dua orang sahaja, penghuninya pasangan mat saleh. 

Oleh kerana hotel ini memang tersenarai sebagai hotel halal oleh "Jakim Thailand" maka tanpa ragu ragu untuk malam ini kami order makanan ke bilik. Menu pilihan kami adalah sepinggan nasi goreng Thai, dua pinggan nasi goreng America dan burger (special request Haikal).

Total RM45.00. Memang berpatutan sangat harga ini. Kalau kat Malaysia asal hotel best sikit je, mulalah harga makanan yang bukan-bukan.

Habis untuk hari ke 5 kami di Aonang.