Thursday, November 2, 2017

Amazing Perth and West Australia : Day 4

18 October 2017

Big4 Middleton Park - Sharp Point - The Gap - Green Pool - Denmark Animal Farm - Augusta

Hari ini pun kena mengunjungi  banyak tempat dan travel jauh lebih 400 km. Maka pagi-pagi lepas sarapan dan berkemas semua kami pun menghidupkan motorhome dan menuju destinasi pertama untuk hari ini.

GPS aku memang dah set The Gap, tapi entah macam mana dia menuju tempat lain pulak. 

The Sharp Point. Awesome and breathtaking view

Rumah-rumah mat saleh...on the way menuju ke Sharp Point 


Agaknya aku salah tanda koordinit kot. Ia membawa kami ke unplanned attraction iaitu Sharp Point. Laluannya pun tanah merah aje. Tapi inilah kesilapan yang menguntungkan.

Maha hebat Allah. Walaupun tiada promosi tempat ni dalam main attraction Albany, view tempat ini memang luarbiasa. Tidak keterlaluan tempat ini lebih hebat dari the Gap cuma kurang dibangunkan atau dipromosi.

In real life, view di sini berkali ganda lebih cantik dari gambar ini. Ombak yang berdesir menghamburkan buih-buih putih memang memukau mata


Kawasan ini dipenuhi pokok-pokok bunga hutan...cantik sungguh








Keluar dari Sharp Point, berpandukan Google map di handphone, aku menuju ke The Gap yang sebenarnya di seberang sana sahaja dengan Sharp Point. Sekejap saja sampai sini. Terus kami parking motorhome. Parkingnya berbayar, aku gunakan kredit kad untuk tujuan itu.

Hebat juga tempat ini. Suasana agak sejuk dan angin bertiup kencang, Sapa yang pernah jejak kaki di the Gap ni mesti tau perasaan seram bila jenguk laut ke bawah dari platform hujung sekali tu. Tak berapa sanggup nak berdiri lama, rasa macam nak jatuh aje. 

Ini baru di dunia, bagaimana agaknya meniti titian sirat yang di bawahnya jurang neraka? Ya Allah selamatkanlah kami semua.

On the way ke main road, terjumpa pulak shawn the sheep kepala hitam ni

The Gap dari jauh



The Gap ni ada lagenda tersendiri iaitu kisah pertelingkahan dua beradik pada zaman dahulu


National Bridge



Selesai the Gap aku ke destinasi seterusnya iaitu Green Pool. Tempat ni pun menarik dan suasana memang indah. Itu pengamatan aku dari atas tebing ini. Tapi aku yang agak keletihan dan bercadang mengumpul tenaga untuk perjalanan jauh mengambil keputusan tidur aje di dalam motorhome yang selesa ini sementara orang lain turun sampai ke pantainya. 

View yang cantik on the way ke Green Pool







Destinasi seterusnya adalah Denmark Animal Farm. Entry dia AUD14 seorang. Dapat makanan sorang sepeket untuk diberi makan kepada haiwan haiwan nanti. 


Dekat nak sampai Denmark Farm jumpa ladang biri biri ni...singgah kejap. View macam kat New Zealand  





Memang puas hati la tempat ni. Binatangnya semua jenis jinak-jinak dan manja belaka. Mesti well trained kalau macam ni. Bagi aku paling best adalah Alpaca dan Kangaroo.

Senyum kambing


Habih hati le tu dapat bergomol dengan arnab


Alpaca adalah binatang paling glamour kat sini. Rupanya pun sangat comel dan ia sangat jinak. Sejenak tentang Alpaca, binatang ini asalnya di bawa dari South America ke ladang ini untuk diternak seperti biri-biri dan di ambil bulunya. Akan tetapi kadar pembiakan Alpaca ini rupanya sangat rendah, maka tinggalah Alpaca ini menjadi haiwan pameran.  

Tu dia Alpaca yang lebih kacak dari kangaroo sudah mari


Mamat ni beria ria dia bagi botol susu kat anak anak aku untuk disuap kepada haiwan-haiwan tertentu

Aktiviti ni memang fun...seronok depa mai sini




Apala nama binatang ni taktau...spesel botol susu dia 

Sesi memberi makan




Yes berjaya !!!! dah lama wife aku teringin pegang biri-biri.  Sebelum ni semuanya jenis liar dan asyik lari aje

Walaupun Alpaca lebih kacak dari mu....tetapi gaya lompatanmu tetap menjadi pojaan hatiku

Habis tempat ni perjalanan di sambung lagi menuju ke Augusta. Jauhnya jarak perjalanan ke Augusta ni. Kiri kanan hanya hutan rimba dan pokok-pokok balak aje yang kelihatan. 


Tips : Jangan sesekali lupa isi minyak sampai penuh sebelum bertolak, sebab stesen minyak kat sini jauh baru ada dan tutup awal pukul 6. 

Tuesday, October 31, 2017

Perth and West Australia : Day 3


17 October 2017

Guilderton Caravan Park - Golden Groove Orchard - Albany 

Sejuk berangin suasana pagi di Guilderton Caravan Park ini. Motorhome kami ditempatkan bersebelahan pantai. Perjalanan hari ini sangat jauh 576 km. 

Tips : Perjalanan sejauh ini amat meletihkan dan memerlukan tidur selama dua malam di Albany baru berbaloi, tapi apa boleh buat aku cuma ada semalam sahaja. Jadi itinerary aku ini tidak begitu sesuai untuk rujukan sesiapa pun. 

Setelah makan pagi perjalanan dimulakan menuju Golden Groove Orchard. Tujuannya nak memetik buah limau pelbagai jenis di sini. Bulan Oktober macam ni buah-buahan yang ada setahu aku cuma limau dan strawberry. Musim epal dan buah lainnya sudah berlalu.

Kalau panjat naik atas tu mesti lagi cantik view aku syak 


Sarapan. Laksami dan lontong 


Isi minyak dulu

View laut dan Moore River dari petrol station

Sepanjang perjalanan pelbagai view menarik dapat disaksikan di kiri-kanan jalanraya. Sampai aje ladang limau ni tidak berlengah lagi terus kami parking motorhome dan masuk ke dalam. Ada rombongan budak sekolah dan pelancong baru habis picking. 



 Pusat jualan

Pokok ni lagi 


Untuk petik limau bayarannya 10 dolar seorang dan boleh dapat 2.5kg limau setiap seorang. Arif tak dikira sebab berumur 16 tahun. Walaupun bertujuh yang dikira adalah 6 orang jadi total dapat lebih kurang 15kg.  Owner bagi 3 tong besar dan bagitau kalau semuanya diisi separuh, boleh dapat berat yang dikehendaki. Kalau lebih ambik....dia charge. Tapi kalau tak cukup dia akan tambah dengan menyuruh kita pilih limau jenis mana yang kita nak.

Aku tengok ada yang naik tractor dan chargenya 10 dolar seorang...tapi ladang dia aku nampak seberang jalan aje, dekat bebeno. Jalan kakilah...jimat dan exercise sikit.

Memang seronoklah self picking macam ni. Ada berbagai jenis species limau yang sedap-sedap dan manis manis belaka. Makan aje mana yang suka, dia bagi free. Nampak gayanya lepas ni siang malam boleh makan limau dalam motorhome.


Memang geram tengok limau-limau ni semua 


Lemon pun ada




Tamat masa bergembira memetik limau. Perjalanan jauh menanti di hadapan. Tidak berlengah perjalanan disambung menuju Albany.

Sebelum masuk highway sempat lagi kami ke area Belmont Forum. Ada kedai halal berhampiran depan kawasan parkingnya. Nampak segar  ayam dan kambing kat sini. Tak berlengah kami beli beberapa kilo ayam dan kambing cukup untuk bekalan beberapa hari serta beras basmathi dan lain lain bahan makanan. Jugak beli dua pasang selipar kat dalam Belmot Forum ni... sebab rimas aku guna kasut sepanjang masa.

Ini pun dah kira hilang masa. Jadi kena cepat-cepat sikit. Terus menuju highway Albany. Confirmlah perjalanannya membosankan tambahan pulak bukannya ada tempat rehat macam R&R kat Malaysia. Kereta pun jarang jarang ada.

Masa mula mula nampak pepokok ni...rasa unik jugak ...bila dah lama sangat view yang sama jadi takde mende dah...kira nak cepat sampai aje kalau boleh



Hutan ni macam pernah ada kebakaran besar

Take a break. Masa untuk berhenti makan. Nasib baik wife aku jadi 2nd driver dari Moore River ke ladang limau tadi dan jugak dekat 2 jam drive ke Albany. Dapat la aku bersenang-lenang sekejap. Kerusi motorhome ni agak selesa tu yang sampai tersandar serius aku ni...terasa macam boss.....hehhehehe


Kami tiba di Big4 Middleton Holiday Park ini sudah malam. Mujurlah ada lagi orang yang boleh bantu tunjukkan powered site yang telah aku tempah. Suasana sejuk sekali. Terus buat aktiviti biasa sambung power, mandi, makan-makan, solat dan tidur.