Wednesday, April 25, 2018

Korea Trip - Intro

Mukadimah

November lepas, saja je aku search Air Asia website, mana tau ada yang menarik. Sekali aku nampak destinasi baru Jeju, Korea. Search untuk 4 orang harganya RM2700 tak termasuk luggage dan makanan. Boleh tahan jugak nampaknya. Lagi pun aku musykil ramai betul orang Malaysia suka ke Korea malah ada yang ulang berkali-kali. Mesti ada sesuatu yang menarik dan hebat tentang Korea ni. 


Alang-alang ke Jeju baik terus ke Seoul. Cari pulak flight Jeju-Seoul. Ada banyak company seperti T'ways, Jeju Air, Busan Air dan lain-lain yang harganya tak lah jauh berbeza. 

Maka pada 27 November aku pun book tiket KL-Jeju dari 14 April - 21 April 2018 . Sebenarnya sekali imbas aku dah tau masa memang tak cukup kalau macam ni. Tapi apa boleh buat, berdasarkan cuti aku dan kesesuaian melancong musim bunga, ini aje masa yang sesuai.

Walaupun tarikh ni offset seminggu dari Seoul Blossom Festival, family aku tetap "kenyang"  melihat cherry blossom yang masih banyak dan cantik di  Nami Island, azalea yang mekar berkembang di Seoul, Canola di Jeju dan tulip yang serba indah di Everland. Alhamdulillah.😍😍😍

Jeju pulak memang kaya dengan pemandangan hebat.

Program aku macam ni :

2 malam di Jeju - menyewa kereta dan tinggal di apartment Seongsan Love Pension dan Hill Park View

5 malam di Seoul - Apartment White Gold, Itaewon

Bawah ni foto-foto sebagai introduction :


The one and only Itaewon Mosque

Seongsan Ilchulbong

Seopjikoji

Oedolgae

Jusangjeolli Cliff

Cheonjeyeon waterfalls

Mount Sanbangsan 

Yeouido Park

Nami Island

Seokchon Lake


Everland

Tuesday, April 24, 2018

Teluk Senangin

23, 24 & 25 Feb 2018

Anak sulung kesayangan, Nabila sedang cuti semester masa ni. Dia ni penggemar laut, air terjun atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Semester baru dah nak bermula, jadi kena kasi entertainment sikit kat anak dara tunggal aku ni. 

Maka aku pun segera book Chalet Pak Kamal di Teluk Senangin dari 23 - 25 February untuk tujuan ini.

Walaupun dah kerap benor ke sini dan aktivitinya pun hampir sama, kena jugak buat entry pasal Teluk Senangin ni sebagai rekod dan archive 😄😄😃. Lagi kerap pergi tempat ni kira lagi tinggilah KPI kami sekeluarga.

Sini pun ada cherry blossom 

Usang... tapi tetap menyeronokkan


Nenas kicap

Kambing bakar

Nasi lemak dan laksami + bihun.. mantap

Ketam goreng yang manis bersari


Kali ni lebih special sebab ada lokan....RM6 sekilo... aku beli 2 kilo. Goreng kunyit pun yummy



Sunset




Tuesday, April 3, 2018

Perth : Day 7

21 October 2017

Esok pagi-pagi dah nak pulang ke tanah air. Jadi hari ni kiranya hari terakhirlah nak ronda-ronda sekitar Perth ni. Kalau ikutkan memang lah tak puas datang sini. 

Rainbow Container

On the way ke Fremantle

Pepagi lagi lepas sarapan kami berkereta ke Fremantle yang tak lah jauh dari Perth ni. Lebih kurang setengah jam. Cuaca memang cantik dan agak berangin. Pertama terus ke Victoria Quay. Cantik view sini. Lepak-lepak kejap kat sini sebelum ke Esplanade kat sebelah sana.








Fremantle Esplanade



Next ke tempat idaman wanita iaitu E shed Market. Lama jugak abiskan masa kat tempat ni sampai aku mengantuklah... maklumlah aku mana minat shopping. Tengok depa beli lebih kurang aku pi tidur kat dalam kereta tunggu rombongan Cik Kiah abis menyoping souvenir....hehehhehe.



Abis E Market, kami ke Perth semula. Singgah kejap kat Elizebeth Quay kemudian ke Kings Park Botanical Garden sekali lagi untuk makan tengahari yang dimasak pepagi tadi. Memang bestlah lunch nasi arab kambing kat sini. Suasana cantik, bersih dan nyaman.



Elizabeth Quay


Langley Park ni kedudukannya on the way ke Kings Park

Blue Boat House... ambil gambar sepintas lalu je

Makan makan atas rumput  


Ada lagi limau hari tu... sampai last day masih boleh makan dan bawak balik ke Malaysia lagi 

On the way balik ke rumah, depa ajak singgah di Chemist sebab nak beli perfume. Layan... Habis shopping sini , singgah pulak ke Belmont Forum tengok tengok apa yang patut. 

Balik tu aku dan Nora pergi riki tempat nak pulangkan kereta Hertz ni kat airport sebab risau aku memandangkan flight pepagi . Buatnya salah tempat dan sesat tak ke naya tu? Laluan masuk nak ke tempat pemulangan kereta agak sukar dan mengelirukan. Berbaloila aku dah riki sesiap.

Sampai homestay lepas makan malam, mulalah berkemas... esok flight 6.50 pagi.

Pepagi lagi dah gerak ke Airport, pulangkan kereta dan letak kunci dalam box, serta terus masuk. Semuanya berjalan lancar tak de masalah.

Kesimpulan aku tentang Perth : Memang best dan rasa tak puas pergi. Seronok kalau dapat bercuti lama-lama kat sini. Kalau ada rezeki lebih InshaAllah boleh ulang. Pergi attraction yang tak jauh sangat dan dengan kereta pulak sampai puas. Hehe.

Laluan sepanjang Perth trip

Monday, December 18, 2017

Perth : Day 6

20 October 2017

Sekitar Perth

Nampaknya program hari ini santai santai sahaja.  Semua orang sudah habis angin setelah mengharungi perjalanan jauh West Australia selama beberapa hari sebelum ini.

Kini sudah sampai masanya memulangkan motorhome. Rulesnya macam mana motorhome itu ketika diambil begitulah harus dipastikan keadaannya semasa dipulangkan. Tangki air buangan dan kumbahan wajib dikosongkan, manakala gas dan minyak perlu diisi penuh.

Check out agak lambat kerana perlu mengemas barang-barang dan membersihkan bahagian dalaman motorhome, supaya nampak kemas sebelum dipulangkan.

Selesai semua, aku menuju ke Kings Park Botanical Garden. Taman ni memang cantik dan sangat bersih. Luas betul, Kalau nak explore habis mau tercabut kaki dibuatnya. Kami menghabiskan masa bersantai-santai disini beberapa jam.

Pelbagai jenis bunga-bungaan ada sini

On the way.... melintasi Langley Park  

Parking

Sangat bersih... tong sampah langsung tidak disediakan






View Swan River dari atas bukit Kings Park

Tree top walk and glass bridge


Habis tempat ni terus kami menuju ke homestay di Belmont semula. Unload semua barang masuk ke dalam rumah dan menuju ke Motorhome Center. Urusan memulangkan motorhome berjalan lancar, lagi-lagi aku amik zero access insurance... memang tak ada sebarang masalah.

Selesai pemulangan, aku mintak staff dia tolong call teksi dan hantar kami ke airport. Bukan nak flight balik, tapi nak pick up kenderaan seterusnya iaitu kereta sewa dari Hertz Car Rental. Bayarannya AUD 112 untuk 2 malam. Aku ambik dua buah kereta untuk 7 orang ahli rombongan.
.

Baru dan sedap bawak kereta ni. Terus kami pulang ke homestay semula. Masa sampai ni jam dah pukul 4 petang. Semua orang nak bersantai santai di rumah. Jadi aktiviti makan, tidur dan berehat sangatlah best. Hehehee.

Esok nak ke Fremantle.